“Purdah nipis sampai nampak mulut dan muka, Neelofa tak pakai ‘face mask’ ke?”

Ramai tahu bahawa awal pagi ini, Noor Neelofa hadir bersama suaminya ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan untuk prosiding dak.waan atas kesalahan merentas negeri.

Sebaik tiba di perkarangan mahkamah, pasangan itu dilihat memakai pakaian sedondon dan dikerumuni oleh pihak media.

Hendak dijadikan cerita, ketika mereka sedang berjalan menuju ke ruang perbicaraan, pihak media Malaysia Gazette telah menangkap beberapa keping gambar pasangan terbabit.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah walaupun Neelofa tampil dalam imej berpurdah, namun bentuk wajahnya seperti hidung dan mulut usahawan berusia 32 tahun itu jelas kelihatan.

Purdah Neelofa terlalu nipis?

Justeru itu, rata-rata netizen mempertikaikan mengapa selebriti terbabit tidak memakai pelitup muka di sebalik kain niqab tersebut.

Selain itu, ada juga yang menegur kain purdah wanita itu kelihatan semakin nipis jika dibandingkan dengan penampilannya sebelum ini.

Orang macam ni burukkan imej ‘purdah’ dan ‘niqab’

Tambah lagi kertas siasatan tak pakai ‘mask’

Moga diberi hidayah

Pakai niqab atau purdah kena pakai mask

Niqab pun nipis sangat

Mentang2lah artis

Untuk makluman, setelah perbicaraan selesai pemilik nama Noor Neelofa Mohd Nor dan Haris Ismail mengaku tidak bersalah terhadap tudu.han ing.kar prosedur operasi standard (SOP).

Pihak mahk.amah membenarkan Muhammad Haris diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Noor Neelofa diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebut semula kes.

[VIDEO] Lebih 20,000 tandatangan petisyen mahu Neelofa dijel – “Kesalahan dilakukan tanpa serik”

SATU petisyen yang menggesa selebriti sensasi Neelofa menerima hukuman setimpal atas kesalahan berulang kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditandatangani lebih 20,000 individu.

Tindakan selebriti itu kebelakangan ini menimbulkan kemarahan ramai sehingga netizen bersatu hati menyokong petisyen bertajuk Langgar SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera.

Petisyen di laman web change.org diwujudkan seorang individu menggunakan nama Hentikan Double Standard itu turut menyenaraikan beberapa kesalahan yang dilakukan isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz.

Dia juga menuntut tindakan wajar dikenakan kepada selebriti berusia 32 tahun itu.

“Neelofa adalah seorang selebriti yang banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.

“Kesalahan dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard (pilih kasih) dikenakan terhadapnya,” tulis individu berkenaan pada petisyen itu.

Antara kesalahan yang disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya pada Mac; rentas negeri ke Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu video sambutan Aidilfitri bersama ahli keluarga pada 1 Syawal lalu.

Pada pagi Khamis, Neelofa dan Riz dida.kwa di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas tuduhan pelanggaran SOP selepas merentas negeri bagi membeli karpet di sebuah kedai di Nilai 3.

Dia sebelum ini dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal ketika majlis perkahwinannya dan merentas negeri ke Langkawi selepas majlis pernikahan mereka.

Bagi dakwaan melanggar SOP sambutan Aidilfitri lalu, Neelofa dan sembilan lagi anggota keluarganya sudah memberi keterangan Ibu Pejabat Polis Brickfields, Kuala Lumpur, pada Rabu

Sumber: Portal Kisah Dunia, Facebook Kisah Dunia, Malaysia Gazette (Norayuni Johari)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "“Purdah nipis sampai nampak mulut dan muka, Neelofa tak pakai ‘face mask’ ke?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*