Kereta Neelofa pula buat hal dlm kompleks mahkamah Sampai Peguam kemuka aduan

Ia susulan aduan daripada pihak peguam yang mempersoal keistimewaan diberikan kepada Noor Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail selepas kenderaan mereka dibenarkan parkir di premis Kompleks Mahkamah Seremban ketika didakwa, Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan, Azmi Abdoll Aziz berkata, aduan tersebut dibuat oleh salah seorang peguam pada petang Khamis lalu iaitu pada hari yang sama pasangan selebriti itu didakwa atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Peguam-peguam di Negeri Sembilan ada membuat aduan kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan tentang hal ini dan kami menerima satu surat bertulis daripada seorang peguam pada 20 Mei lalu (Khamis).

“Perkara ini (aduan) dipanjangkan kepada Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan pada pukul 3 petang semalam (Jumaat) dan kami masih menunggu maklum balas berhubung isu tersebut serta pihak mahkamah akan jawab sewajarnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, tular aduan peguam yang memaklumkan selebriti itu dibenarkan parkir dalam mahkamah manakala individu lain perlu meletakkan kenderaan di kawasan seberang jalan di mana perkara itu boleh boleh menimbulkan persepsi dan menjejaskan integriti mahkamah.

KERETA dinaiki Noor Neelofa dan Muhammad Haris memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban di Seremban 2, Seremban pada Khamis lalu ketika pasangan suami isteri itu didakwa di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan melanggar SOP PKPB. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

Sebaliknya, pengadu memberitahu hanya kenderaan milik kakitangan, peguam, polis, pendakwa raya dan pengecualian kepada orang awam (jika kurang upaya) dibenarkan parkir dalam premis mahkamah.

Malah, pengadu turut mendakwa bahawa ada sesetengah peguam yang dimarahi oleh pegawai keselamatan apabila mereka meminta untuk memasuki pekarangan mahkamah, namun mereka patuh kepada arahan bagi menghormati integriti institusi tersebut.

Neelofa, suami mengaku tidak bersalah langgar SOP PKPB

SEREMBAN: Usahawan dan selebriti tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal bulan ini.

Noor Neelofa atau Neelofa, 32, dan Muhammad Haris atau dikenali sebagai PU Riz, 26, yang tiba di mahkamah pada 8.50 pagi, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusoff.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Haris, 26, gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Neelofa, 32 pula berdepan satu pertuduhan iaitu tidak membuat imbasan MySejahtera.

Kesalahan pasangan itu didakwa dilakukan pada 2 Mei lalu kira-kira jam 4 petang bertempat di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, No. 219, Jalan 3/6, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, Negeri Sembilan.

Berikutan itu kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya bagi setiap kesalahan.

Pendakwaan dilakukan barisan Timbalan Pendakwa Raya (TPP) Ahmad Sazali Omar, TPP Nor Azizah Aling dan TPP Iznina Hanim Hashim, manakala Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Duratul Ain selaku peguam bela yang mewakili kedua-dua tertuduh.

Pendakwa memohon wang jaminan RM20,000 terhadap Muhammad Haris, manakala RM10,000 terhadap Neelofa.

Mahyun kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi Muhammad Haris untuk kedua-dua pertuduhan, manakala RM5,000 terhadap Neelofa dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes. Pasangan itu membayar wang jaminan.

Neelofa dan Muhammad Haris enggan ditemubual media.

Sementara itu, Mahadevan ketika ditemui media di pekarangan mahkamah berkata, jaminan perlu diberikan kerana ia membabitkan kes saman.

Beliau berkata, pertuduhan hanya membabitkan pelanggaran SOP dan tidak membabitkan isu rentas negeri.

“Kita hari ini hadir untuk tuduhan yang sedia ada dan sebutan semula kes pada 4 Jun nanti adalah untuk serahan dokumen berkaitan kes semasa ini.

“Kedua-dua mereka bersetuju untuk dibicarakan,” katanya.

Katanya, kedua-dua anak guamnya dalam keadaan yang baik dan tidak menghadapi sebarang masalah atau terganggu dengan pertuduhan hari ini.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet berkenaan.

Neelofa dan Muhammad Haris menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet dan netizen mempersoalkan bagaimana pasangan itu boleh merentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

Isu itu mula menjadi perhatian selepas Neelofa memuat naik sekeping foto dan video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet.

Lebih 56,000 orang mahu Neelofa dipenj4ra

PETALING JAYA- Lebih 56,000 orang rakyat Malaysia menyuarakan tanda setuju agar Neelofa dipenj4rakan selepas terpalit beberapa kontr0versi melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP).

Persetujuan itu dilakukan orang ramai menerusi petisyen bertajuk ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera’ yang diwujudkan sejak dua hari lalu.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di laman sesawang change.org, petisyen berkenaan berjaya memperoleh sebanyak 56,815 tandatangan setakat pukul 9.30 pagi tadi.

Petisyen penjarakan Neelofa berjaya mendapat sokongan lebih 56,000 rakyat Malaysia setakat pukul 9.30 pagi tadi.

Pada masa sama, petisyen itu menyasarkan mencapai sejumlah 75,000 sokongan orang ramai bagi mengenakan tindakan undang-undang terhadap Neelofa.

Menurut Faryshah Zahirah, dia meminta maaf kepada Neelofa atas tindakan menandatangani petisyen itu.

“Saya minta maaf Neelofa, ini adalah cara untuk kami menghentikan (tindakan) kamu, kami sudah penat,” tulisnya.

Berkongsi rasa sama, Zainu Mat Isa berkata, tindakan pilih kasih daripada pihak berkuasa menyebabkan rakyat berasa meluat serta kecewa.

“Orang miskin diambil tindakan, selebriti bebas mempermainkan undang-undang,” luahnya.

Antara kesal4han Neelofa disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya di ibu negara; rentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu melanggar SOP Aidilfitri.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment on "Kereta Neelofa pula buat hal dlm kompleks mahkamah Sampai Peguam kemuka aduan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*