
TASEK GELUGOR – Rentas negeri dari Kedah ke Pulau Pinang untuk t.angkap biawak dan bermacam lagi alasan diberi. Video disediakan di akhir artikel.
Itu antara alasan empat daripada 17 individu yang dit.ahan pihak polis atas kes.alahan rentas negeri menggunakan laluan tikus di Kampung Selamat di sini hari ini.
Noorzainy (kanan) memeriksa motosikal empat lelaki yang rentas negeri tanpa kebenaran dengan alasan menangkap biawak.

O.perasi bermula jam 4 petang yang dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di laluan tikus berhampiran sempadan ke Padang Serai, Kedah itu turut membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang dipercayai menggunakan borang rentas negeri yang kesahihannya dir.agui.
Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bert.indak atas maklumat awam pihaknya mengadakan o.perasi mengejut di tiga laluan tikus yang dikenal pasti berhampiran Padang Serai, Kedah.

Jelasnya, hasil pemantauan mendapati rata-rata individu menggunakan alasan tidak munasabah untuk rentas negeri, selain menggunakan laluan tikus bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
“Seramai 17 individu dit.ahan dalam o.perasi ini di mana ada yang rentas dari Pulau Pinang dan ada juga dari Kedah masuk ke sini.
“Masing-masing memberikan alasan rentas negeri untuk membeli barang keperluan dan ada yang mendakwa nasi di Kedah lebih sedap.
Rata-rata yang di.tahan memberikan alasan tidak munasabah untuk rentas negeri

“Dalam o.perasi sama, kita men.ahan empat lelaki membawa biawak yang baru ditangkap mereka untuk dibawa ke Sungai Petani, Kedah,” katanya ketika ditemui di lokasi s.erbuan di sini hari ini.
Tambah Noorzainy, kesemua individu berkenaan dik.ompaun RM 5,000 setiap seorang atas kes.alahan rentas negeri tanpa kebenaran yang sah.
Jelas beliau, pihak polis tidak menolak kemungkinan orang ramai menggunakan laluan tikus untuk merentas negeri serta daerah susulan pemeriksaan ketat di semua Sekatan Jalan Raya.
“O.perasi sebegini akan dilakukan secara berterusan sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakkan bagi memastikan orang ramai mematuhi S0P yang ditetapkan sekali gus mengekang penularan w.abak C0vid 19.

Noorzainy menujukkan borang rentas negeri yang kesahihannya diragui yang dirampas dalam milikan salah seorang lelaki
“Selain itu, kita juga akan menambah kekuatan pasukan pemantauan di laluan tikus yang dikenal pasti sekitar daerah SPU,” ujar Noorzainy.
Rakaman Video
Dalam perkembangan sama, Noorzainy turut menasihatkan semua penduduk di Seberang Perai serta sempadan negeri Pulau Pinang untuk mematuhi S0P yang dikuat kuasakan bagi mengelakkan t.indakan u.ndang-u.ndang dikenakan termasuk k.ompaun.
Kredit : MalaysiaGazette
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment