
PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dilaporkan mengalami kema.langan selepas video melibatkan kejadian tersebut tular dalam media sosial sebentar tadi.
Menerusi video berdurasi 12 saat itu, penumpang berada dalam keadaan terkejut dan trau.ma dengan ada beberapa individu mengalami kece.deraan.
Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan punca sebenar kejadian dan berapa ramai penumpang mengalami keced.eraan.
Lokasi kejadian juga masih belum dapat dipastikan.
Dalam kenyataan ringkas di media sosial, Rapid KL memaklumkan kejadian tersebut melibatkan gerabak kereta api bernombor 40 dan 81.
Menurut syarikat itu, bantuan khidmat kecemasan dan penyelamat telah pun berada di tempat kejadian.
“Harap bertenang dan ikuti arahan. Kami sedang berusaha secepat mungkin untuk menghulurkan bantuan dan mengawal keadaan,” jelas Rapid KL.
Sementara itu, Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan turut memohon maaf dan memberi jaminan akan berusaha secepat mungkin memberi bantuan.
“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah memberitahu, maklumat awal mendapati insiden tersebut tidak melibatkan pelanggaran.
Sebaliknya, kejadian itu dipercayai berlaku akibat brek mengejut.
“Bukan berlanggar jadi yang tak pegang terjatuh. Bagaimanapun maklumat lengkap akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini,” katanya.
Sementara itu,
Prasarana Malaysia Berhad mengesahkan bahawa perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami kemalangan melibatkan tren bernombor 40 dan 81.
“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.
Sejumlah penumpang mengalami kecederaan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru malam ini.
“Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” katanya ketika dihubungi
Video,
Komen orang ramai,
Tren brek mengejut??? teruk sgt ni. moga dipermudahkan
Ketika saya kerap ambil train dahulu, pemandu train memang suka jem break, memang sakit hati. Boleh tersungkur kita.
Selalu juga brek mgejut.. taun 2006 camtu blaku.. ada sorang wanita pregnant antara yg mjadi mangsa.. hati2 lah sume
LRT KLCC break mengejut that’s dia auto break sb x ada driver..merbahaya jua..
Kjl kan? Ke putra ? Aq dah lupa,tapi dulu masa dok kl dulu aq naik mmg selalu kena,masa first time kena tu terkejut gile
Sumber Utusan TV/Rj
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment