Gadis Ini Salah Seorang Yang Berada Dalam Lrt Bertembung, Dia Ceritakan Apa Yang Berlaku Ketika Itu Sampai Keadaan Dia Jadi Begitu (Video)

KULIT dahi terko.yak hingga menutup bahagian mata kiri, demikian menurut salah seorang mang.sa pertembu.ngan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Laluan Kelana Jaya berdekatan Stesen LRT KLCC pada Isnin lalu.

Cerita Siti Nuraliah Hashim, 24, dia tidak menyedari apa yang terjadi kerana kejadian nge.ri berkenaan berlaku sekelip mata sebaik sahaja melangkah masuk ke LRT di Stesen KLCC.

“Saya tak tahu sangat apa yang terjadi, sebab masa tu saya pengsan, ada seorang abang ni bantu saya.

“Apabila saya sedar, mata kiri tak nampak kerana banyak darah.

“Kulit dahi saya terkoyak sehingga menutup mata sebelah kiri, ” katanya kepada mStar.

Video:

Artikel Berkaitan ..

LRT bertem.bung: Dua tren berjaya dibawa keluar lebih awal

LRT bertembung: Dua tren berjaya dibawa keluar lebih awal

Kedua-dua tren yang terlibat dalam kema.langan pada 24 Mei lalu berjaya dibawa keluar pagi ini, lebih awal daripada tempoh tiga hari yang dijangkakan.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, ia selepas pasukan ‘Team Recovery Rapid Rail’ menjalankan kerja tanpa henti sebanyak tiga shif selepas kejadian.

Tren TR40 selamat sampai ke Depoh Subang pada jam 3.45 pagi manakala TR81 pula sampai di trek landasan Gombak jam 4.51 pagi, katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

“Pihak Prasarana akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan trek dari Stesen Kg Baru ke Stesen KLCC.

“Akan tetapi, Team Recovery terpaksa ‘Power Down’ (menutup pembekalan kuasa), untuk seluruh ‘stretch’ yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai, melibatkan lima stesen LRT,” kata Wee.

Lima buat stesen LRT yang terlibat sepanjang jajaran tersebut adalah Stesen Damai, KLCC, Ampang Park, Kg Baru dan Dang Wangi.

Jelasnya, sebaik sahaja kerja pembaikan berkenaan selesai, pemeriksaan akan dijalankan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan.

Bagi pengoperasian LRT hari ini, kata Wee, situasi ‘bottleneck’ dijangkakan kerana ia hanya beroperasi dengan satu landasan iaitu dari Stesen Damai ke Stesen Pasar Seni (melibatkan tujuh stesen).

Keadaan itu akibat ‘power down’ tersebut dan memandangkan masih terdapat satu landasan yang ditutup selepas kejadian.

Masa yang diambil untuk sesebuah tren melalui ‘stretch’ berkenaan adalah 16 minit.
Bagi mengurangkan kesan ‘bottleneck’, katanya, kaedah ‘platoon’ akan digunakan bagi dua tren memasuki landasan ke arah yang sama.

Wee turut memaklumkan, 58 tren LRT untuk laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi sepertimana diumumkan sebelum ini.

“Saya memberi jaminan bahawa Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan pada hari ini agar perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

“Apabila landasan siap diperbaiki, tiada lagi kesan ‘bottleneck’ dan perkhidmatan LRT akan beroperasi pada tahap 50 peratus kapasiti.

“Ia seperti yang disyaratkan sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketat sehingga 7 Jun 2021, tanpa mengurangkan frekuensinya,” tegasnya.

LRT laluan Kelana Jaya mungkin beroperasi esok

Kerja-kerja pembaikan dan pembersihan di lokasi kemalangan nahas dua tren transit aliran ringan (LRT), Isnin lepas selesai sepenuhnya setakat pukul 5.45 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi laman sosial Facebook beliau, hari ini.

Menurutnya, sesi pengujian awal sedang dijalankan bagi memastikan sistem dan peralatan dalam keadaan baik.

“Pengujian akhir akan dijalankan pada waktu kejuruteraan iaitu setelah tamat waktu perkhidmatan LRT hari ini, pada lewat malam.

“Pengujian ini akan disaksikan oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan kelulusan penggunaan landasan akan diberikan setelah disahkan selamat.

“Semoga perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dapat mula beroperasi dengan frekuensi normal pada pagi esok,” katanya

Sumber : MSTAR ONLINE / ASTRO AWANI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*