
Bukan mudah bagi petugas barisan hadapan mengawal sejumlah penghuni di stesen kuarantin Co.vid-19, apatah lagi perlu berhadapan dengan pelbagai ragam dan permintaan dalam satu-satu masa.
Bagi petugas yang mengawasi stesen kuarantin di Kelantan, mereka turut menghadapi cabaran apabila dapat mengesan kes seperti van.dal.isme, penghuni melarikan diri dan persetubuhan luar nikah.
Menurut laporan Astro Awani, masalah sosial tersebut didedahkan oleh Penyelaras Stesen Kuarantin Kelantan, Kapten Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mohd Shafie Ramli.
Shafie berkata, dia memberi contoh kes yang berlaku di stesen kuarantin Sektor Sumber Teknologi Pendidikan di Pengkalan Chepa dimana satu-satunya stesen kuarantin di negeri tersebut.
Terdapat beberapa kes penghuni melarikan diri dari stesen kuarantin berkenaan dengan mencabut besi kerana mahu berbuka puasa di rumah.
“Kami telah mengasingkan lelaki dan perempuan… kita tak jaga sepenuh masa mereka di dalam. (Dalam) bilik mereka bebas bergerak.
“Walaupun dah bagi teguran… bila (petugas) keluar bilik berlakulah perkara tersebut… staf saya buat semakan (pemeriksaan) ternampak pesakit lelaki keluar bilik… keluar dari blok perempuan.
“Untuk semua kes serta masalah sedemikian, kami akan terus buat laporan polis untuk siasatan,” katanya menerusi laporan Astro Awani berkenaan.
Selain mempunyai blok asrama perempuan dan lelaki, Shafie berkata pusat tersebut turut menempatkan bekas banduan yang menjalani kuarantin dengan pengawasan lebih ketat oleh pegawai bertugas.
Pernah berlaku kes hampir sama di luar negara,
Tahanan Kuarantin Kantoi Sedang Berasmara Atas Katil Hospital Selepas Video Tersebar Di Laman Sosial
Viral di laman sosial baru-baru ni pasal video yang dikatakan mengandungi adegan tidak bermoral oleh sepasang kekasih di Hospital Umum Daerah Dompu, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.
Tanpa diketahui, rupanya aksi pasangan itu telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di ruang pengasingan pesakit covid-19. Video yang berdurasi 1 minit 30 saat itu menunjukkan aksi tidak senonoh seorang lelaki dan wanita sedang melakukan hubungan intim seperti suami isteri di atas katil hospital.
Selepas saja video itu tersebar di laman sosial, Pengarah Hospital, Dr Alief Firyasa Maulana turut mengesahkan yang video itu memang diambil dari salah satu ruang isolasi pesakit covid-19 dan laporan polis telah pun dibuat oleh pihak hospital.
Menurut sumber, lelaki dalam video itu rupanya adalah seorang pegawai polis yang bertugas di daerah itu dan dia dikatakan sedang menjalani pengasingan diri selepas menjalani ujian covid-19.
Ketua polis Daerah Dompu berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian yang berlaku, tambah lagi video itu turut melibatkan salah seorang anggotanya.
Dua kakitangan hospital yang merakam dan menyebarkan video itu pula pada awalnya hanya dijadikan saksi, tetapi kini mereka juga turut disoal siasat.
Tindakan undang-undang juga akan dikenakan kepada kedua kakitangan itu kerana dengan sengaja telah merakam dan menyebarkan adegan intim kedua pesakit itu melalui rakaman CCTV di media sosial.
Bukan ke CCTV tak boleh di letakkan dalam ruang pesakit selain daripada Main area? ‘Invasion of patient privacy’ gituw. Lepastu kakitangan pula tu yang pergi sebarkan. Haih, eloklah dikenakan tindakan pada pasangan kekasih dan kedua kakitangan hospital tu, semoga jadi pengajaran buat orang lain diluar sana.
Sumber: Astro Awani (Muhafandi Muhamad)/OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment