Makin Kurus Tudung Makin Pendek, Sekali Zulin Aziz Bersuara Buat Ramai Terdiam

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz pernah mengejutkan peminat dengan perubahan penampilannya setelah berjaya menurunkan berat badan dengan ketara suatu ketika dahulu.

Sejak itu, pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz menjadi bualan para netizen lebih-lebih lagi apabila ada yang memberi komen mengatakan dirinya sering memakai tudung pendek dan tidak menutupi bahagian dada.

Netizen tegur tudung makin pendek

Namun begitu, wanita berusia 32 tahun itu sedikit pun tidak melatah malah dia memberi respon yang baik terhadap tuduhan tersebut.

Gemuk atau kurus, Zulin masih orang yang sama

Tembamkan? Tapi orangnya masih sama.

“ zulin dah kurus,tudung pun makin pendek. Dulu gemuk elok je tudung labuh” – netizen

Takde maknanya! Saya gemuk ke kurus ke, Saya pakai tudung semua jenis. Labuh ada,pendek ada..

Saya ni mmg begini tapi tak semestinya terus begini.

Doakan yang baik2 utk saya okay

Menurut Zulin, walaupun dirinya telah mengurangkan berat badan namun dia masih lagi Zulin yang sama dan cuba memperbaiki penampilannya dari masa ke semasa.

Di samping memohon doa orang ramai, Zulin turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang menegur pemakaiannya.

Terima kasih doakan & tegur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar bintang drama Penjara Janji itu bertudung dengan sempurna suatu hari nanti.

Sementara itu, ada juga yang berasa kasihan terhadap Zulin kerana ada sahaja golongan yang suka mencari kesalahan wanita itu.

Kami doakan Zulin bertudung dengan sempurna

Kesian, pasal tudung pun jadi hal

Doa yang baik2, kita manusia biasa

Moga sentiasa dalam lindungan Allah

Nak jadi isteri solehah kena mula dari sekarang

Hijrah ke arah lebih baik kak

Terdahulu, netizen menuduh Zulin menjual cerita sedih di laman sosial untuk kurus dan seterusnya tampil dengan produk keluarannya sendiri.

Mereka mempertikaikan produk ini kerana terdahulu Zulin ada berkongsi bahawa dia mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menurunkan berat badan.

Trivia Zulin Aziz

Farah Azleenda Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz (lahir 26 November 1989) ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan penyampai radio Malaysia, beliau merupakan bekas alumni Pilih Kasih musim pertama dan penyampai radio Suria FM.

Zulin Aziz memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang mana beliau merupakan salah seorang daripada 20 finalis.

Jarang Tak Masuk Air , Zulin Aziz Buat Hal Di Pandu Lalu McD Pula - Tempatan - Hiburan Trending - CARI Infonet

Penampilan drama televisyen pertama Zulin ialah Begitukah Cinta yang dibintangi oleh Nazim Othman dan Ainul Aishah yang disiarkan di TV3 pada 2011. Beliau ditawarkan oleh pengarah Shamyl Othman bagi membintangi filem Rembat yang dibintangi oleh Zizan Razak dan Shaheizy Sam; Zulin menjayakan watak Didie. Filem ini ditayangkan pada 8 Oktober 2015.

Zulin memulakan kerjaya muziknya pada 2017 dengan mengeluarkan single sulungnya bertajuk “Terbiar” yang bergenre bossa balada hasil nukilan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar. Diikuti dengan single kedua, “Keliru” yang dikeluarkan pada Februari 2018.

Sejak Julai 2016, beliau menjadi penyampai radio Suria FM. Zulin merupakan antara penyampai baru yang diserapkan ke Suria termasuk Fizi Ali dan Suraya Borhan. Zulin memgang watak Mira Edora Senrose dalam filem aksi komedi suspens 2016, Bo-Peng yang dibintangi oleh Nabil Ahmad dan Johan As’ari.

Zulin lahir dan membesar di Kuala Lumpur. Beliau merupakan salah seorang bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes.Pada Mac 2018, beliau mendedahkan di akaun Twitter miliknya bahawa beliau pernah menjadi mangsa dera pembantu rumahnya sendiri semasa zaman kanak-kanaknya.

Aura nak jadi pengantin dah nampak ni" - Lufya Alaana - Oren Laici

Zulin mempunyai seorang anak angkat yang bernama Puteri Eryna Amanda yang juga anak kepada rakan baiknya yang turut berkhidmat sebagai pembantu peribadinya.

Pada Januari 2018, beliau menyatakan kekesalan apabila digelar ‘Perempuan Melayu Jahat’ oleh seorang wanita yang tidak dikenali gara-gara kenyataannya dalam artikel ‘Zulin tak kisah bermadu’ yang disiarkan dalam akhbar Harian Metro.

Pada Disember 2017, Zulin dikesan menghidap penyakit cyst selepas mengadu sakit perut dan cirit birit.

Sumber: Instagram Zulin Aziz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Makin Kurus Tudung Makin Pendek, Sekali Zulin Aziz Bersuara Buat Ramai Terdiam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*