Akhirnya Suara Rakyat Berkuasa, Perdana Menteri Umumkan PKP Total Lockdown. Ini Kenyataan Dari Muhyiddin Yassin Bermula Dari Bila

Status yang dimuat naik oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung cadangan baharu untuk mengatasi peningkatan kes Covid-19 menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Berdasarkan status Facebook yang dimuat naik pada pada jam 6.07 petang itu, beliau berharap agar semua pihak mendoakan cadangan itu jadi kenyataan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri tidak menyatakan secara terperinci mengenai cadangan tersebut.

“Saya ambil maklum bilangan kes yang meningkat mendadak hari ini. Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah, tapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama.

“Saya dah bawa cadangan ini ke atas, doakan semoga ada sinar untuk semua. #PakLongMailMendengar,” katanya pada Jumaat.

Pada Jumaat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 8,290 kes positif direkodkan dan pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 549,514.

Pelbagai pihak mencadangkan untuk kerajaan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Pada 20 Mei, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa PKP penuh dikuatkuasakan di seluruh negara dengan syarat kerajaan perlu menanggung kos termasuk menyediakan makanan cukup untuk seluruh rakyat.

Kata Dr Mahathir, langkah kerajaan adalah tepat untuk memperkenalkan semula PKP sehingga 7 Jun depan, namun pelaksanaan PKP kali ini tidak lagi ketat berbanding pelaksanaan pada kali pertama.

PM MUHYIDDIN UMUM PKP BERMULA JUN

Esok diumumkan perincian mengenai sekatan tambahan PKP 3.0 - Utusan Digital

Menurut dari Facebook Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau telah memuat naik kenyataan media berkenaan PKP.

PKP akan bermula pada 1hb Jun sehingga 14hb Jun 2021. Semua sektor akan ditutup kecuali sektor ekonomi dan sektor perkhidmatan perlu.

Ini Kenyataan Penuh Dari PM Muhyiddin

Apa yang diminta oleh rakyat akhirnya didengari, sekarang tugas kita untuk membantu dengan mematuhi segala SOP dan duduk di rumah.

Sumber : Sinar Harian / FB Muhyiddin Yassin

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*