Khairuddin Nafi Ada Bersama Mawar Karim Dan Ditahan Di SJR, Sekali Pihak Berkuasa Keluar Kenyataan Ini

Tular satu whatsapp berkenaan dengan DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ditahan di sekatan jalan raya di Perasing, Terengganu semalam.

Lebih mengejutkan, dalam tulisan tersebut menyebut tentang dakwaan ada seorang wanita yang dikenali ramai turut bersama-sama dalam kenderaan tersebut.

Wanita yang pernah menjadi isteri kepada pelakon popular Fizo Omar, Mawar Abd Karim itu didakwa dilihat berada dalam kereta yang sama dalam kereta MP kuala Nerus tersebut.

Khairuddin yang juga Ahli Parlimen dari PAS tampil menjawab dakwaan tersebut:-

1. Saya akan membuat laporan polis esok, 28 Mei 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung beberapa dakwaan mengenai diri saya yang telah tular di media sosial hari ini.

2. Secara ringkasnya saya;

(1) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman hari ini.

(2) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Mawar Abdul Karim.

(3) MENAFIKAN berkahwin dengan Mawar Abdul Karim.

3. Saya akan keluarkan kenyataan penuh esok sejurus selesai membuat laporan Polis.

Ini kata kata dari YB DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI tentang apa yang terjadi.

Khairuddin nafi kahwini Mawar Karim, dakwa difitnah

Khairuddin nafi kahwini Mawar Karim, dakwa difitnah

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Seri Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan beliau adalah individu yang ditahan semasa Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan Perasing, Terengganu bersama bekas isteri seorang artis, Mawar Abdul Karim, hari ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu, berkata beliau juga menafikan laporan sebuah portal yang mendakwa sudah berkahwin dengan Mawar dan menyifatkan semua dakwaan itu sebagai satu fitnah terbaharu daripada mereka dengki kepada beliau.

“Semoga Allah membalas segala fitnah mereka dengan sehina-hinanya!,” katanya seperti dilaporkan portal AgendaDaily

Sehubungan itu, beliau difahamkan sudah membuat laporan polis pada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang untuk menegakkan kebenaran.

“Saya akan keluarkan kenyataan penuh sejurus selesai membuat laporan Polis,” tegasnya.

Semalam, tular dalam mesej WhatsApp melibatkan Khairudin bersama wanita yang dikatakan Mawar itu semasa ditahan dalam SJR di Perasing.

Mawar yang pernah menjadi isteri kepada pelakon, Fizo Omar didakwa dilihat berada di dalam kereta yang sama dalam kereta Khairudin.

Polis sahkan Khairuddin diperiksa di SJR, siasatan sedang dilakukan

Polis mengesahkan laporan bahawa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali ada diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) Perasing pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Terengganu Roslee Chik ketika mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini berkata polis kini masih menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, Roslee tidak mengulas dakwaan tular mengenai ahli parlimen Kuala Nerus itu diperiksa ketika menaiki kenderaan bersama seorang wanita.

Katanya, persoalan lain mengenai siasatan itu perlu dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman memandangkan unit itu sudah mengambil alih siasatan.

“Masih dalam siasatan. Tanya (USJT) Bukit Aman sebab Bukit Aman ambil alih (siasatan),” katanya.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dev Kumar, ketika dihubungi pula, mengesahkan bahawa siasatan sedang dilakukan.

Namun, katanya, polis membuka kertas inkuiri terlebih dahulu bagi memastikan apakah ada kesalahan yang dilakukan dalam kejadian berkenaan.

“Kita buka kertas inkuiri polis dahulu. Kita akan panggil semua yang berkaitan dengan isu ini untuk pertanyaan.

“Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di SJR dan jika ada berlaku apa-apa kesalahan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pemeriksaan Khairuddin di SJR Perasing mula diperkatakan apabila satu mesej tular beberapa hari lalu mendakwa dia ditahan bersama usahawan tudung yang juga bekas isteri seorang pelakon terkenal.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Khairuddin bagi mendapatkan maklum balas.

Sumber : Malaysia Post / INFONEGARAKINI / Mskini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Khairuddin Nafi Ada Bersama Mawar Karim Dan Ditahan Di SJR, Sekali Pihak Berkuasa Keluar Kenyataan Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*