Juruvideo pertama kali sebak tengok rakaman sendiri! Tiba-tiba ditugaskan terbangkan dron rakam pengebumian pesakit Covid-19 bagi pihak keluarga arwah

PENINGKATAN jumlah kes kematian akibat Covid-19 di negara ini ternyata meresahkan kita semua.

Terbaharu, seorang juruvideo tampil berkongsi rakaman dron suasana pengebumian jenazah Covid-19 menerusi Instagram miliknya sehingga meraih lebih 13,000 tontonan.

Menurut Muhammad Hafizuddin Che Hamid, 30, ia dirakam di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Selangor pada Khamis lalu.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Hafiz mendedahkan jenazah itu merupakan ahli keluarga kepada kenalannya yang meninggal dunia akibat wabak berkenaan pada hari sama.

“Ini merupakan kali pertama saya buat rakaman kematian Covid-19. Saya dapat panggilan pukul 1 tengah hari pada Khamis dan pergi ke kubur sekitar 3 petang.

Video dikongsi Hafiz turut lebih hampir 13,000 tontonan di Instagram.

“Dapat tahu pun pada saat-saat akhir, namun mujurlah saya tengah berkelapangan. Saya hanya rakam proses pengebumian jenazah ahli keluarga rakan saya atas permintaan mereka.

“Tetapi ketika buat rakaman, saya dimaklumkan ada tiga lagi jenazah pesakit Covid-19 yang lain dikebumikan pada petang itu,” ujarnya.

Menurut Hafiz, rakaman itu dibuat sekitar 30 minit dan proses suntingan turut dilakukan pada hari sama sebelum ia diserahkan kepada keluarga Allahyarham.

Malah katanya, dia turut meminta kebenaran mereka untuk berkongsi video sama ke laman sosial bagi menyampaikan mesej mengenai Covid-19 kepada masyarakat.

Selesai suntingan, bila saya tengok balik dari awal sampai habis, dari situ automatik datang perasaan sebak.

“Ketika rakaman, saya boleh nampak kesungguhan frontliners bekerja. Pada masa sama, turut berdukacita kepada keluarga terlibat.

“Balik terus saya buat suntingan dan serahkan video kepada keluarga arwah. Saya juga minta kebenaran mereka untuk kongsi video itu.

“Bagi saya, dengan peningkatan kes dalam beberapa hari ini, saya berharap masyarakat dapat mesej untuk lebih beringat dan patuh prosedur operasi standard (SOP).

“Covid-19 memang wujud. Kepada yang tak percaya, mungkin bila dah kena suatu hari nanti baru akan sedar betapa bahayanya wabak ini,” ujarnya.

Hafiz membuat rakaman dalam tempoh singkat.

Menurut Hafiz yang juga seorang ejen takaful, dia sendiri turut sebak dalam proses penghasilan video itu dan menzahirkan rasa simpatinya buat keluarga mangsa Covid-19 yang sudah meninggal dunia.

Malah katanya, ia ternyata berbeza dengan tugasnya sebelum ini yang banyak menghasilkan video bagi acara perkahwinan.

“Sebelum ini saya pernah juga hasilkan video berkaitan kematian sebab saya terlibat dalam Pertubuhan Sentuhan Setia kasih Fardhu Kifayah.

“Melalui pertubuhan ini, kita uruskan jenazah yang tak dituntut atau uruskan jenazah bagi keluarga yang kurang berkemampuan.

Hafiz turut sebak menonton rakaman yang dihasilkan itu.

“Tapi Khamis lalu saya pertama kali hasilkan video untuk jenazah Covid-19. Memang berbeza dengan video perkahwinan yang banyak saya hasilkan sebelum ini.

“Selesai suntingan, bila saya tengok balik dari awal sampai habis, dari situ automatik datang perasaan sebak.

“Tak boleh nak bayangkan kalau kena kepada keluarga sendiri,” ujarnya lagi.

Selain bekerja sebagai ejen takaful dan juruvideo sambilan, Hafiz juga terlibat dengan bisnes katering sejak tahun lalu.

Video,

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*