Salam Takziah, Perkhabaran Duka, Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Dr Hj Harussani Telah Menghembuskan Nafas Terakhir

Mufti Perak Harussani Zakaria telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Khabar duka itu dimaklumkan di laman Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan, Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria baru sahaja meninggal dunia,” menurut hantaran itu yang dimuat naik pada pukul 3.04 petang tadi.

Allahyarham disahkan positif Covid-19 sejak sebelum Aidilfitri lalu, dan pada minggu lalu, dia dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Memegang jawatan Mufti Perak sejak 1985, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun.

Perkara itu disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi melalui WhatsApp sebentar tadi.

Menerusi mesej itu, beliau sekadar menyebarkan gambar tertera ucapan takziah atas pemergian Allahyarham yang sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini selepas disahkan positif COVID-19.

Ucapan takziah atas kematian Allahyarham turut dimuatnaik di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk).

Rata-rata pelayar Facebook turut menzahirkan rasa terkejut dan menyampaikan ucapan takziah atas pemergiannya.

Berita sebelum ini pada May,

Mufti Perak positif Covid-19

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria disahkan positif Covid-19.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, beliau kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Ketika ini, Tan Sri (Harussani) masih menerima rawatan di HRPB. Marilah kita semua mendoakan kesembuhan beliau,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Turut disahkan positif setakat ini adalah empat kakitangan Jabatan Mufti Perak.

Sebelum itu, tular satu mesej di WhatsApp menyatakan Harussani positif Covid-19 sejak 11 Mei lalu dan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas, bagaimanapun beliau dilaporkan masih dalam keadaan sedar.

Mengulas dakwaan itu, Zamri berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada ahli keluarga.

“Saya hanya boleh sahkan beliau masih dirawat di HRPB, sama ada beliau memerlukan bantuan oksigen dan sebagainya, itu perlu dirujuk kepada ahli keluarganya,” katanya.

Harussani, 82, dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.

Antara jawatan disandang termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak dan sebagainya.

Sumber Hmetro/Sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*