
Kec0h di media sosial video yang menunjukkan seorang usahawan kosmetik yang tanpa segan silu mengaku dirinya tidak suka solat.
Menerusi klip video 27 saat itu yang merupakan rakaman secara pengstriman langsung di Facebook (FB Live), wanita itu bercakap dalam loghat negeri.
“Orang nak buat apa suka hati orang la (orang panggilan untuk diri sendiri). Bacaan Yasin tak perlu tunggu malam Nisfu Syaaban. Mu datang duduk rumah aku lagu mana (macam mana). Aku nyembah (solat) ke tak? Kalau nak tahu aku nyembah ke tak datang rumah aku.
“Aku memang tak suka sembahyang. Jangan suruh aku sembahyang. Ambil air sembahyang (wuduk) pun aku tak reti. ‘Macam mana Aiman ambil air sembahyang’ (tanya pada orang sebelah),” kata wanita itu, tidak dapat dipastikan bila dan lokasi video tersebut dibuat.
Bagaimanapun, t.indakan usahawan yang b.erani membuat pengakuan tersebut membangkitkan kem.arahan ramai khususnya masyarakat Islam.
Susulan itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihatkan para pengikutnya perlu membuat pen.apisan dan penilaian secara baik terhadap video yang tular.
“Kita perlu membuat pen.apisan dan menilai bukan sahaja melihat siapa yang bercakap, tetapi kita juga menilai apa yang dikatakan. Jangan hanya pandang pada siapa yang bercakap.
“Dalam Islam, dua perkara ini kena lihat siapa yang bercakap dan menilai apa yang dikata. Kalau seperti yang did.akwa, dia berbangga atau kejah.ilannya kerana tak suka sembahyang, tak tahu wuduk, ini adalah perb.uatan yang tidak baik.
“Perb.uatan yang tidak baik, tidak seharusnya diuar-uarkan. Jadi, tidak baik kalau kita berbangga atau mende.dahkan perb.uatan-perb.uatan buruk kita,” katanya.
Bukan sekadar itu, beliau menjelaskan bahawa individu tersebut seharusnya didekati sekiranya dia benar-benar j.ahil dalam Islam.
“Jika dia dalam kalangan orang-orang yang j.ahil, maka balaslah percakapan orang-orang yang ja.hil itu dengan memberi kesejahteraan.
“Ertinya kita perlu dekati orang macam ni untuk mengenal lebih dekat, kenapa dia meluahkan kata-kata macam ini… adakah kata-kata ini dikeluarkan kerana kejah.ilannya atau kerana dia berbangga dengannya, ia dua i.su yang berbeza,” katanya.
Sehubungan itu, Mohamad Shukri akan meminta pihak berkuasa iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk mengendalikan perkara ini.
“Sekiranya dia ja.hil, pihak pengua.tkuasa akan mendamping orang ini dan memberi bimbingan. Kalau dia tak tahu ambil wuduk, beri bimbingan bagaimana ambil wuduk.
“Berdasarkan hasil si.asatan itu nanti barulah kita ambil t.indakan-t.indakan yang sewajarnya. Kalau masih berulang-ulang dan sudah diberi nasihat, tetapi dia berk.eras juga maka ti.ndakan boleh dikenakan mengikut un.dang-u.ndang.
“Ia perlu berpandukan kepada s.iasatan yang teliti apakah punca sebenar dia bertindak sedemikian. Pihak berkuasa perlu si.asat d.akwaan yang tersebar di media sosial,” katanya.
Sementara itu, pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin berpandangan terdapat kemungkinan usahawan itu meny.indir individu-individu yang menganggap dia tidak solat.
Walau bagaimanapun beliau berkata, apa yang dipertuturkan menerusi video yang tular merupakan kata-kata yang tidak baik untuk dilontarkan.
“Kata-kata macam ni tak baik dan boleh bawa fi.tnah kepada semua yang mengenali dia, sebab hal solat dan agama tak boleh suka-suka dibuat main,” katanya ketika dihubungi.
Sehubungan itu, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim menyarankan pihak berwajib untuk mendekati dan membimbingnya.
“Kena ada yang mahir agama mendekati dan membimbing dia. Content be.rani macam ni sepatutnya tak perlu ada lagi dah sebab hanya membawa kepada b.ad mar.keting dan ini boleh mencetuskan suasana tak baik atau n.egatif dalam masyarakat,” ujarnya.
Kredit : Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment