Ismail Sabri Bersahaja Berkain Pelikat Dan Pandu Kereta Sendiri, Turun Padang Pantau Total Lockdown

Tanggungjawab yang dipikul terutamanya demi menjaga keselamatan dan kemaslahatan rakyat Malaysia adalah suatu perkara yang besar.

Justeru itu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yaakob mengambil inisiatif sendiri dengan memandu kereta miliknya tanpa sebarang protokol dan hanya memakai kain pelikat bersama-sama ‘turun padang’ bagi melihat sendiri keadaan bandaraya Kuala Lumpur selepas pelaksanaan Total Lockdown yang bermula kelmarin.

Perkara ini turut dik0ngsi oleh beliau menerusi  muat naik di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Video berdurasi 38 saat itu juga menunjukkan Ismail Sabri sempat menyapa anggota Polis yang bertugas dalam sekatan jalan raya (SJR).

Namun, apa yang lebih menarik perhatian lagu Sakit nyanyian Zynakal bersama Yonniboi turut dijadikan lagu latar video berkenaan.

Video tersebut juga turut mendapat lebih 185,000 ribu tont0nan sejak ianya dimuat naik.

“Rakyat sayang pemimpin yang prihatin…”

Itu antara komen yang sempat ditinggalkan oleh warganet di ruangan komen instagram milik Ismail Sabri. Malah, ramai yang memuji tindakan Menteri Kanan Keselamatan ini kerana dilihat tidak terikat dengan sebarang protokol ketika membuat tinjauan. –

‘Saya nak balik, tutup la pintu’ – Ismail Sabri

GAMBAR dan kapsyen Ismail Sabri di FB yang menjadi mengundang pelbagai andaian. FOTO FB Ismail Sabri Yaakob

“Nak balik, tutup la pintu.” Demikian jawapan ringkas Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung gambar dan kapsyen di media sosial miliknya, semalam.

Menerusi kapsyen “Saya dah tutup pintu depan tapi……” disertakan dengan emoji sedih di akhir catatan berkenaan.

Status itu diiringi sekeping gambar beliau sedang menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan mengundang pelbagai persepsi dan buah mulut netizen yang mengaitkan hal itu dengan ‘makna tersirat’ di sebalik pembukaan lebih 95,000 sektor ekonomi.

Ketika ini kerajaan memutuskan melaksanakan sekatan pergerakan penuh (SPP) terhadap sektor ekonomi dan sosial berkuat kuasa, 1 Jun lalu.

Bagaimanapun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan 95,142 syarikat mendapat kebenaran untuk beroperasi semasa SPP menjadikan hampir 20 peratus syarikat berdaftar dengan Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) mendapat kelulusan.

Ismail Sabri tidak memperincikan kapsyen dan gambar itu ketika ditanya media dan hanya menjelaskan mengenai pembukaan banyak sektor diuruskan oleh MITI.

“Perkara ini diuruskan oleh MITI, jadi wajar kalau media tanya MITI.

“Saya sukar nak jawab sebab dah serah kepada MITI, biar MITI jawab,” katanya ringkas dalam sidang media secara maya Pelancaran Sumbangan Hospital Modular Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hari ini.

Pembukaan sektor ekonomi bukan perkhidmatan penting itu juga mengundang kritikan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan yang mahu semua pihak berkorban selama dua minggu untuk menutup seketika sektor ekonomi.

Mohamad berkata, dijangkakan jumlah itu akan bertambah di mana matlamat melaksanakan SPP tidak akan tercapai untuk melandaikan lekuk jangkitan.

“Semua pihak harus berkorban untuk dua minggu ini. Kita tidak akan dapat melandaikan lekuk jangkitan dengan pelbagai sektor terus beroperasi secara berpilih.

“Tindakan kerajaan terus membenarkan sektor pembuatan atau perkilangan terpilih terus beroperasi walaupun dalam keadaan terhad akan terus mendatangkan risiko jangkitan,” katanya dalam kenyataan.

Sumber & video dipetik dari Xtra, Instagram Ismail Sabri/Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*