Tiada hati perut, anak tuntut RM6,000 selepas ibu meninggal dunia lawan Covid-19

Disangka sedih apabila ibu meninggal dunia didakwa akibat wabak Covid-19, namun seorang anak ini tergamak menuntut wang sebanyak RM6,000 daripada akaun bank milik arwah ibunya.

Kisah tersebut dikongsi seorang pengguna Twitter, @hypePeep yang mendakwa kejadian itu berlaku di dalam sebuah wad selepas wanita berusia 96 tahun itu menghembuskan nafas terakhir.

Si ibu tenat lawan Covid-19

Al kisahnya di ward Covid hari ni :

Mak umo 96 tahun tengah tenat melawan covid. Disebabkan umur yang terlalu advance,kita arrange je la anak dia yang positive covid jugak untuk tolong jaga dan berkhidmat kepada maknya di wad sehingga akhir hayat dia.

“Disebabkan umur yang sudah tua, kita atur je la anak dia yang positive Covid-19 jugak untuk tolong jaga dan berkhidmat kepada maknya di wad sehingga akhir hayat dia.
“Setelah dua hari si mak pakai bantuan oksigen paling tinggi, akhirnya pagi ni si mak dijemput Ilahi. Aku macam sedih nak beritahu kematian depan anak dia,” tulisnya.

Namun, tanggapan @hypePeep di luar jangkaan apabila si anak tidak menangis sebaliknya sibuk membuat beberapa panggilan bagi melakukan proses tuntutan wang tersebut.

Aku expect si anak tu akan nangis bila aku cakap mak dia dah takde, tapi dia tak nangis, dia busy kol sana sini. So aku terdengarla percakapan si anak,

“Wei, mak dah mati ni. Sebab aku yang jaga mak kat wad, duit mak RM,000 kena transfer aku. Aku sempat ambil no pin mak,” cerita @hypePeep.

Posting berkenaan diulang kicau lebih 5,000 kali dan mendapat hampir 7,000 tanda suka selain terdapat persoalan warganet adakah kisah itu sekadar rekaan semata-mata kononnya oleh golongan anti-vaksin.

Tidak berdiam diri, @hypePeep menegaskan dia sudah mengambil dua dos suntikan vaksin Covid-19 selain mendakwa terdapat pelbagai lagi kerenah manusia di dalam wad yang tidak perlu didedahkan.

Kitorang jaga pesakit kat dalam tu! Macam2 cerita…

Ada lagi yang tanya cerita ni betul ke idok. Siap tuduh lagi cerita ni dibuat oleh anti vaccine..Antivaccine what?? Aku dah complete 2nd dose lama dah. Ingat dgn bersepai keje donning, doffing, electrolyte correction dalam tu, sempat ke nak buat buat cerita. okeh I’m done la.

Ramai berharap agar cerita berkenaan tidak benar apabila menyifatkan si anak sangat kejam dan tidak berhati perut. Tapi kesahihannya hanya @hypePeep yang mengetahui. Moga kita dijauhkan daripada situasi seperti itu!

Sumber: Twitter @hypePeep

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Tiada hati perut, anak tuntut RM6,000 selepas ibu meninggal dunia lawan Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*