“Selagi Tak Salah Buat Apa Nak Dengar Orang Cakap Apa..” Zara Zya Minta Rakyat Buka Fikiran Lebih Luas Isu Iklan Produk Dewasa

Susulan kritikan peminat terhadap Zara Zya yang dikatakan tidak sensitif memilih iklan untuk dibuat ulasan produk (paid review) di Instagram, pelakon wanita itu tampil memberikan respon.

Ujar Zara, dia berharap rakyat Malaysia lebih berfikiran terbuka terhadap sesuatu isu memandangkan dia hanya mempromosikan produk makanan tambahan sahaja.

Susulan kritikan peminat terhadap Zara Zya yang dikatakan tidak sensitif memilih iklan untuk dibuat ulasan produk (paid review) di Instagram, pelakon wanita itu tampil memberikan respon.

Ujar Zara, dia berharap rakyat Malaysia lebih berfikiran terbuka terhadap sesuatu isu memandangkan dia hanya mempromosikan produk makanan tambahan sahaja.

Katanya lagi, dia enggan mengambil pusing dengan kritikan netizen kerana merasakan tindakannya itu tidak salah dan tidak melampaui batas.

“Kalau fikir ia 18 SX, jadi macam itu la. Rakyat Malaysia kena open minded. Lagipun, saya hanya promosikan produk seperti supplement atau makanan tambahan sahaja. Tapi tak apa la, saya okay saja bila netizen kecam atau kritik sebab dah memang masak sangat dengan netizen Malaysia. Saya terima untuk buat ulasan itu bukan sebab tak ada job. Tak kisahlah orang nak kata apa pun, selagi benda itu tak salah buat saya nak dengar cakap orang lain..”

Terdahulu, Zara ada berkongsikan ulasan produk yang memaparkan pasangan lelaki dan perempuan sedang melakukan aksi mesra di atas katil dengan kapsyen yang dianggap tidak sesuai dipertontonkan kepada masyarakat.

Perkembangan lain, Zara Zya kini sibuk mengusahakan produk sambal yang diberi nama ‘Sambal Mantul’ yang didakwa pelakon Korban Kasih itu merupakan resipi turun temurun arwah neneknya.

Video,

“Geli tengok” – ‘Promote’ iklan tak senonoh, netizen serang IG Zara Zya

Pelakon popular Zara Zya menjadi bualan hangat netizen apabila memuat naik sebuah video mempromosikan produk dewasa di laman sosial Instagram miliknya.

Lebih mengejutkan adalah apabila secara terang-terangan video berkenaan menunjukkan pasangan lelaki dan perempuan sedang berpelukan erat di atas katil.

Review produk dewasa

Rata-rata netizen terkejut melihat iklan yang dikongsi oleh pemilik nama Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin itu.

Malah, mereka seakan tidak percaya tambahan lagi kerana bintang drama Love You Mr. Arrogant itu berpenampilan bertudung litup.

Tak sesuai walaupun review berbayar

Dah takde job ke?

Benda macam ni pun nak tunjuk?

Geli pula tengok

Kalau budak2 tengok macam mana?

Tak sesuai review ni dengan penampilan sis

Kenapa pula Zara Zya ni?

Mungkin PA dia yang post

Sumber: Instagram Zara Zya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "“Selagi Tak Salah Buat Apa Nak Dengar Orang Cakap Apa..” Zara Zya Minta Rakyat Buka Fikiran Lebih Luas Isu Iklan Produk Dewasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*