
Pelakon Ummi Nazeera berkongsi wajah dan nama cahaya mata keduanya selepas genap seminggu dilahirkan.
Menerusi laman sosial Instagram miliknya, pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin itu berkongsi video pendek memperlihatkan bayi perempuan itu.
Pilih nama Aysha Arsylia
Alhamdulillah. Dah hari ke-7. Ummi nak share nama anak kami iaitu Aysha Arsylia. Sempena nama isteri baginda Rasulallah SAW.
Arsylia pula yg bermaksud kehidupan yg tenteram, bahagia & sempurna.
Semoga Aysha akan membesar menjadi anak yang solehah, dengar cakap ibu bapa & keluarga, serta berbakti kepada agama dan negara.
Risau mummy masa 4 minggu mengandungkan Aysha dulu dah bleeding. Tapi alhamdulillah, mummy diberi peluang untuk melahirkan Aysha secara normal. Syukur syukur.Allah Maha Besar. @ayshaarsylia
Titip doa untuk anak
Selain itu, suaminya Dr Izzar turut berkongsi gambar puteri kedua mereka itu berserta titipan doa menerusi laman Instagram miliknya.
Membesarlah dengan baik dan sihat, anakku Aysha Arsylia. Jadilah anak yang solehah serta berbakti kepada agama dan negara. Mummy, Daddy n Ayra akan sentiasa bersamamu. Tambah2, zaman lockdown pkp ni. Memang sentiasalah bersamamu sokmo.
Mohon semua untuk mendoakan kebahagiaan dan keselamatan kami sekeluarga. Aminn YRA
Perkongsian video berdurasi 13 saat itu meraih perhatian dan menerima komen daripada rakan selebriti serta warganet yang mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan Aysha Arsylia.
Comelnya Aysha
Tahniah!
Semoga jadi anak solehah
Sedapnya nama anak
Ummi dan suami, Dr. Izzar mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018.
Sumber: Instagram Ummi Nazeera
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment