
Dalam ramai-ramai anak artis, tidak dinafikan cahaya mata kepada selebriti Hanis Zalikha dan suaminya Hairul Azreen paling menjadi tumpuan ramai di media sosial.
Lihat sahaja telatah Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah, bukan hanya cerdik malah dilihat sangat sopan dan tertib dalam melontarkan kata-kata walaupun baru melangkah usia beberapa tahun.
Berikutan itu, warganet di laman Twitter berkongsi pendapat bahawa Hanis sememangnya mempunyai tahap kesabaran dan cara tersendiri untuk mendidik anak-anak dari pelbagai aspek dalam kehidupan.
The way hairul azreen and hanis zalikha parenting their childrens ????
Mengakui bukan mudah bagi membentuk perilaku anak-anak, rata-rata kagum dengan kemahiran keibubapaan dimiliki selebriti berusia 31 tahun itu sekali gus ‘mengungkit’ soal wang hantaran yang diterima sewaktu berkahwin enam tahun lalu.
so memang worth it la hanis zalikha jaga anak dia apa semua dengan hantaran 91k..
Netizen menyifatkan hantaran berjumlah RM91, 019.90 diberi Hairul adalah berbaloi, namun perlu diingat bahawa wang ringgit bukan penentu kehebatan dalam membesarkan anak-anak.
Terdahulu, Hanis atau nama penuhnya Hanis Zalikha Zainal Rashid berkahwin dengan aktor berbadan sasa itu pada 5 Jun 2015 dengan menerima mas kahwin berjumlah RM300 dan sebentuk cincin selain sejumlah wang hantaran tersebut.
Trivia Hanis Zalikha
Hanis Zalikha Zainal Rashid (lahir 9 Oktober 1990) merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.
Beliau merupakan anak kedua daripada tujuh orang adik-beradik. Ibunya, Nani Rostam merupakan bekas model sekitar tahun 1980-an. Beliau mula menceburi bidang peragaan bermula daripada penyertaannya dalam pertandingan televisyen realiti secara dalam talian iaitu Malaysian Dreamgirl pada tahun 2008.
Beliau menjadi peserta kedua yang menjadi naib juara pada pertandingan tersebut. Pada tahun 2010, beliau menduduki tempat keenam dalam carta Top 10 Fastest Rising People in Google Malaysia Top Searches 2010 serta mengatasi kedudukan Siti Nurhaliza. Selain itu, beliau pernah disenaraikan sebagai carian sepuluh teratas dalam pencarian Google Zeitgeist 2011.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Selangor (1997), Sekolah Kebangsaan USJ 8 (1998) dan Sekolah Kebangsaan Seafield (1999-2002). Pada peringkat menengah, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 (2003), Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield (2004-2006) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 (2007).
Pada tahun 2012, beliau berjaya mendapat lulusan diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor pada majlis Konvokesyen ke-76 di universiti yang sama. Selain itu, beliau berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sebanyak 3.9. Beliau juga bercadang untuk menyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda selain daripada membuka perniagaan produk kecantikan sendiri selepas menamatkan pengajiannya.
Sumber: Twitter
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment