
Pemakaian pelitup muka atau ‘face mask’ merupakan perkara wajib bagi semua rakyat Malaysia yang berada di kawasan awam untuk mengelakkan penularan virus COVID-19.
Bukan itu sahaja, jika didapati gagal mematuhi arahan yang ditetapkan oleh kerajaan tersebut korang boleh dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa ya.
Namun begitu, lain pula cerita tentang warga emas ini yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Sas Barakah ini.
Sifat ehsan & empati seorang pegawai polis
*Ehsan dan Empati*
Kejadian di Pasar Awam Parit, Perak
Makcik ini ke Pasar Parit tanpa mask tidak terus disaman kerana warga emas ini selalu terlupa dalam erti kata masalah orang-orang tua. Bertindak segera memakaikan mask supaya makcik ini dapat dilindungi daripada virus covid-19 dan memberi sedikit nasihat supaya dapat melindungi diri dengan keadaan semasa yang agak merbahaya jika tidak mematuhi arahan memakai mask.
Syukur, makcik ini menerima teguran dan mengangguk faham, tanda terima kasih.
“Jadilah engkau dalam kehidupan orang lain seperti butiran-butiran gula, meskipun engkau tidak tampak namun engkau meninggalkan rasa (kesan) yang manis bagi orang lain”
“Makcik ini ke Pasar Parit tanpa mask tidak terus disaman kerana warga emas ini selalu terlupa dalam erti kata masalah orang-orang tua,” tulis Sas Barakah.
Menurut penjelasan Sas Barakah, warga emas itu dipercayai terlupa untuk memakai ‘face mask’ ketika keluar dari rumah untuk ke kedai.
Kejadian yang berlaku di Pasar Awam Parit, Perak itu mencuri perhatian seorang pegawai polis yang secara kebetulan sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan.
Biarpun menyedari warga emas itu tidak memakai ‘face mask’, dia tidak terus mengeluarkan kompaun. Sebaliknya apa yang dilakukan adalah menolong warga emas tersebut untuk memakai ‘face mask’.
Sarung dan pakaikan face mask
Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi oleh saudara Sas Barakah, jelas kelihatan pegawai polis itu menyarungkan ‘face mask’ pada wajah warga emas itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dan mengucapkan terima kasih kepada pegawai polis tersebut.
Dalam pada itu, ada juga yang memuji keperibadian pegawai itu yang disifatkan sebagai seorang yang bertimbang rasa, menggunakan fikiran cerdas sebelum bertindak menghukum orang lain.
Sumber: Facebook Sas Barakah/OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment