“Saya Pernah Makan Tisu Bersama Kuah Roti Canai Orang, Isteri Tak Tahu…,” – Ac Mizal Dedah Zaman Sukar, Duit Dalam Bank Tinggal Banyak Ni Je




Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal berkongsi satu kisah yang mungkin tidak ramai tahu ketika dia dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka, lebih 18 tahun lalu.

Jelasnya, fasa merupakan zaman sukarnya di dalam kerjaya seni ketika itu.

“Kelahiran anak pertama kami, Muhammad Reeve Damien. Waktu ini kami tengah susah.

Malah ketika isteri saya mengandungkan Reeve tujuh bulan pertama, duit dalam bank akaun ada RM250 saja.

“Waktu ini boleh dikatakan saat saya jatuh, di mana banyak cerita mengenai saya macam-macam,” katanya.

AC bercerita mengenai perkara itu menerusi program hiburan terbaru, Media Hiburan Throwback episod pertama yang dihoskan Radin Era, baru-baru ini.

 

Dedahnya lagi, isterinya terpaksa melahirkan anak sulungnya itu secara pembedahan kerana mengalami sakit bersalin lebih 12 jam.

“Ketika ini waktu 12 tengah malam. Pada waktu itu, isteri saya sakit mengandung lebih 12 jam.

Bulan Ogos ketika itu, Allah bagi rezeki pada saya dapat tawaran empat drama sekali gus… tak tidur malam.

“Akan tetapi pada waktu isteri nak melahirkan, duit pada hanya cukup untuk bersalin secara normal sahaja.

Akan tetapi oleh kerana 12 jam sakit, mahu tak mahu lakukan prosedur pembedahan. Bayaran berlakon pun masih banyak yang tak dapat lagi.

“Tidak mengapalah, saya minta isteri untuk lakukan pembedahan, duit saya cari.

Alhamdulillah saya ada seorang rakan di Ipoh yang berikan saya pinjam duit. Ketika ini memang susah betul.

“Ketika isteri mengandungkan ni… saya pernah cerita saya makan tisu bersama kuah canai orang.

Isteri tak tahu, bila waktu pagi rakan ajak pergi sarapan saya cakap tak apa, saya dah makan.

“Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita pasal kesusahan dengan saya tak payahlah.

Saya sudah lalui macam-macam,” katanya sejurus Radin menunjukkan artikel lama yang merakamkan Emylia mendukung anak sulung di wad bersalin.

 

Sementara itu, AC turut mengakui kehadiran anak-anak banyak membukanya pintu rezeki.

“Lahirnya anak lelaki saya, rezeki mulai terbuka dan kehadiran anak perempuan saya, Fya Erissa memang

Dia lebih bukakan rezeki. Memang rezeki anak, kami hanya menumpang,” katanya lagi.

Ikuti episod penuh MH Throwback bersama Datuk AC Mizal secara penuh di sini;

 

Sedikit trivia Dato AC,

YH Dato’ Mizal Dato’ Zaini, atau lebih dikenali sebagai AC Mizal (lahir 21 Disember 1971) ialah seorang penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara televisyen, penyampai radio dan ahli perniagaan Malaysia.

Sepanjang kerjayanya, AC telah merakamkan album dan lagu, membintangi sejumlah filem dan siri televisyen, mengacarakan rancangan hiburan, bual bicara dan majlis anugerah.
Beliau memulakan kerjaya hiburan sebagai ahli kumpulan hip hop 4U2C yang meraih kejayaan pada 1990-an. Kerjaya lakonannya bermula menerusi Roda-Roda Kuala Lumpur, namun paling dikenali menerusi watak Inspektor Mazlan dalam Gerak Khas.

Beliau dilahirkan pada 21 Disember 1971 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak kepada pasangan Datuk Zaini Md. Hasim dan Datin Madzinah Mansor. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja Malaysia.

Dengan kejayaannya dalam kerjaya hiburan, beliau menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan syarikat AC Konsortium Sdn. Bhd. yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif, syarikat ini menghasilan gelang magnet dan produk lain. Terdapat kontroversi mengenai penjualan gelang ini, namun telah dijawab oleh beliau menerusi temubual bersama Harian Metro.

AC turut menceburi industri penyiaran radio dengan menubuhkan stesen radio internet Peace Yall FM pada 1 Mei 2015 dengan majlis pelancaran dirasmikan oleh Siti Nurhaliza, yang mana beliau turut berkhidmat sebagai Presiden dengan Rashidi Ishak berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Pada 18 Oktober 2015, beliau berjaya membida satu set rokok elektronik buatan anak tempatan dengan nilai bidaan sebanyak RM45,000 di Festival Vape yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Beliau dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ dari Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang pada hujung 2010.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*