
Baru-baru ini, ramai mempersoalkan mengenai ciapan pelatih Pakar Bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri di laman Twitter yang memberi pendapat tentang budaya ‘seniority’ di Malaysia sehingga dibidas oleh seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Aznil Hisham.
Sebagai kakitangan warga KKM, saya mengesahkan bahawa amalan “siapa makan garam terlebih dahulu” bukanlah amalan yang dipraktiskan di Malaysia secara membuta tuli.
Tak kira di UK mahupun di Malaysia, terdapat beberapa peringkat seniority. Dan sudah pasti, pandangan dan pendapat mereka yg lebih senior dan berpengalaman diraikan. Ini norma dimana jua kita berada.
Dalam lapangan saya selaku pakar radiologi, kami sentiasa berdiskusi antara satu sama lain dalam apa jua kes yang sukar. Semua pandangan dari consultant, senior dan junior diambil kira.
Dan saya juga mengambil pandangan dari para junior saya. Dan tidak sedikit pun merasakan ianya perbuatan yang hina.
Ketua jabatan saya juga pernah beberapa kali meminta pandangan kami semua dan beliau juga menerima dan melaksanakan pandangan yang kami sarankan.
Ini membuktikan bahawa setiap keputusan kami adalah dari pandangan secara kolektif. Bukan ditentukan melalui siapa yang makan garam terlebih dahulu.
Dan ini adalah amalan yg norma di Malaysia. Bukan sebagaimana yang beliau dakwakan.
Walaubagaimana pun, saya menerima pandangan dan teguran Dr Amalina. Ini sekali lagi membuktikan bahawa saya selalu senior yang banyak makan garam dari Dr Amalina menerima kritikan dan pandangan Dr Amalina.
Satu lagi bukti keterbukaaan di Malaysia, kita dapat lihat bagaimana Dr Muhaya dikritik dengan hebat oleh para Dr celebriti yang tak cukup makan garam (jauh lebih junior) dari beliau. Dan Dr Muhaya tidak malu untuk memohon maaf jika kenyataan beliau menyebabkan para Dr celebriti terasa hati.
Bukankah ini menunjukkan amalan “siapa makan garam” di Malaysia bukanlah satu amalan biasa di Malaysia?
Berikutan itu, rata-rata netizen mengecam pandangan Dr Amalina yang didakwa hanya tahu ‘bersembang’ sedangkan belum pernah pulang untuk berkhidmat di tanah air sendiri.
Tidak sanggup melihat doktor perubatan dilabel sebagai ‘pengkhianat’, Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah tampil membidas golongan yang mempunyai pemikiran kolot seperti itu.
Jaga bahasa! Sedap sahaja mengata…
Menurut Dr Rafidah, golongan tersebut tidak perlu menilai tindakan seseorang individu kerana masing-masing ada haluan tersendiri dalam menjalani kehidupan.
Ini kerana apabila bergelar petugas perubatan, eseorang itu tetap sedia berkhidmat bagi menyelamatkan nyawa manusia tidak kira di mana sahaja mereka berada.
Ibu pun galak Dr Amalina tinggal terus di sana
Beliau berkata, Dr Amalina tetap membawa dan mengharumkan nama Malaysia yang pasti menjadi satu kebanggaan apabila peluang dan pengalaman di luar negara.
“Beliau ada tanya saya tentang bekerja di Malaysia – saya senang sahaja beri pendapat : JANGAN BALIK Malaysia. You will not get the appreciation you deserve.
“Amalina dapat HADIAH biasiswa dari Bank Negara untuk ijazah pertama. Tiada kontrak. Beliau tidak perlu balik Malaysia.
“Beliau buat Masters degree SEMASA Housemen di University of Cambridge & sekarang menerima biayaan Imperial College untuk pHD. Tidak ada “hutang” apa-apa dengan sesiapa di Malaysia,” katanya.
Jangan fitnah, jangan menghina!
Bawa nama negara bersama pakar2 hebat
Tujuan tajaan supaya dapat bawa balik kepakaran!
Biarlah dia cari pengalaman dulu…
‘Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’
Setahu saya beliau pernah cakap, akan balik Malaysia nanti…
Sumber: Facebook Rafidah Abdullah/OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment