
Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat mendedahkan dirinya sering menerima gambar ‘bukan-bukan’ daripada kaum lelaki yang berstatus suami orang.
Menerusi beberapa perkongsian di InstaStory @nour_fashionnova, usahawan berusia 36 tahun itu mengakui ia semakin menjadi-jadi sekiranya dia tidak melayan ‘godaan’ golongan lelaki berkenaan.
“Memang tak faham, makin kita tak layan makin berani suami orang hantar gambar bukan-bukan kat kita. Jangan sampai saya viral gambar awak yer!!,” tulisnya.
Bapa kepada dua orang anak angkat itu menegaskan, dia tidak mudah ‘cair’ dengan golongan ‘buaya darat’ tersebut apatah lagi mereka sudah berkahwin serta memiliki keluarga masing-masing.
“Cubalah bini dia tahu, tak ker sedih bini dia yang laki dia perangai macam tu!! Nampak baik, manakala buaya.
“Inilah orang cakap jangan disangka air sungai yang tenang tiada buaya.. Kebanyakan muka si suami yang tenang (tak semua yer) itulah yang banyak 1000 satu rahsia,” luahnya.
Berikutan itu, Sajat berpesan kepada para isteri supaya rajin memeriksa telefon bimbit suami. Bukan soal tidak percaya, tetapi lelaki ini kadang-kala bertindak di luar jangkaan.
“Para bini rajin-rajinlah buat sport check kat handphone suami yer… bukan kita tak percaya, just double check kalau-kalau si suami buat macam itu.
“Sebab tak faham mamat ini, hantar mesej ibarat macam tak ada bini kat sebelah!! Giler ke apa jantan macam ini… memaksa-maksa dah tak betul kot. Tahulah lockdown,” katanya.
Cerita mengenai Sajat sebelum ini,
Sajat dicari, bantu siasatan kes tukar maklumat kad pengenalan
PETALING JAYA – Polis sedang mengesan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali Nur Sajat bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.
Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang dalam satu kenyataan berkata, Sajat merupakan seorang saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.
“Alamat terakhir dikesan di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu,” katanya di sini.
Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954.
Kosmo! pada 26 April lalu melaporkan Nur Sajat berkemungkinan berada di luar negara selepas diburu setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah pada 23 Februari lalu.
Waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes menghina Islam tanpa sebarang sebab.
Sumber: Instagram @nour_fashionnova
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment