Anak Jutawan Terkenal Kongsi Gambar Percutian Pulau Redang, Ramai Mula Persoal Sbb Gambar Baru

Anak jutawan dan isteri kepada usahawan SM Faliq Nasimuddin, Chryseis Tan mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto dirinya dan anak, Arianna Kyla Tan bercuti di Pulau Redang.

Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis memuat naik momen bersama anaknya di The Taaras Beach & Spa Resort untuk tatapan umum.

Namun apa yang menarik perhatian, wargamaya mempersoalkan foto-foto tersebut adalah perkongsian ‘throwback’ memandangkan saiz badan anaknya yang nampak ‘terkini’.

Malah di ruangan komen, persoalan itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya.

Ada yang tidak berpuas hati jika percutian tersebut baru sahaja terjadi memandangkan negara kini berada di dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (total lockdown).

Namun, ada juga yang mempertahankan tindakan Chryseis lantaran dia bercuti di resort milik bapanya sendiri.

“Not surprise dia akan cakap pergi sebab kerja. Dia kan owner hotel situ.. Tapi bawak anak tu,” komen seorang wargamaya.

“Aku dah perasaan but she cannot be touch so kau diam dan merentan dekat social media jelah yek,” ujar seorang wargamaya.

“So bapak dia owner resort dekat Pulau Redang dan owner Berjaya corp, memang lepas lah nak pegi bercuti. Flight ada sendiri punya, resort bapak punya,” kata seorang wargamaya.

“13 Jun pegi Redang pastu claim throwback. Anak dia pun memang besaq tu ja dari dulu kan,” tulis seorang wargamaya.

“Selain dari saiz anak, Hermes Kelly picnic bag harga almost 400k tu ada dalam gambar latest dia. And she said it’s her current favorite bag. (Current fave sebab baru beli?) Didn’t look so much like a throwback for me,” jelas seorang wargamaya.

“Ada resort sendiri.. apa ada hal hahaha,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian foto-foto percutian Chryseis telah menerima hampir 23,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Siapa Chryseis Tan Ni? Jom Intai Kehidupannya…

“BREAKFAST in London, Lunch in Paris, Dinner in Rome.” Begitulah perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan kehidupan sempurna yang dimiliki gadis ini.

Pastinya semua sudah sedia maklum berita pertunangan anak Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya, Tan Sri Vincent Tan iaitu Chryseis Tan bersama pewaris Kumpulan Naza, SM Faliq Tan Sri SM Nasimuddin, 32, baru-baru ini.

Pertunangan pasangan berprofil tinggi ini mendapat perhatian daripada pelbagai media sama ada bercetak mahupun elektronik.

Namun tahukah anda siapa sebenarnya Chryseis Tan ni? Pasti ramai yang tertanya- tanya kan.. Jom kita intai kehidupan mewah gadis ini…

Menurut satu sumber, Chryseis, 29, yang mempunyai 11 orang adik-beradik ini merupakan pewaris kepada empayar bernilai RM4.2 billion dan merupakan Pengarah Eksekutif Berjaya Assets Berhad.

Ha… walaupun gadis ini anak kepada seorang billionaire, beliau tidak hanya bergantung harap kepada aset bapanya semata-mata tau..

Beliau berjaya mewarisi minda keusahawanan bapanya dengan penubuhan kiosk minuman detox popular La Juiceria dan pemilik Greyhound Cafe.

Beliau juga merupakan salah seorang pelabur kepada aplikasi kecantikan dan fesyen Goxip. Beautiful with brain sungguh gadis ini ya!

Di usia mudanya, beliau sudah mempunyai jet peribadi yang dinaikinya untuk melancong bersama keluarga serta rakannya.

Selain melancong, beliau juga gemar menghabiskan masa bershopping bersama rakan-rakannya sama seperti rutin gadis-gadis lain di luar sana.

Berikut merupakan beberapa gambar yang dikongsikan Chryseis menerusi laman Instagramnya.

SUMBER:GEMPAK/MynewsHub

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*