Ahli Parlimen Kata Video Makan Durian Video Lama, Sekali Ada Dua Benda Yang Buat Kantoi Bukan Video Lama

Sejak semalam, tular sebuah video di media sosial memaparkan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menghadiri ‘kenduri durian’ di sebuah kebun sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Memetik laporan BH Online, beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat menjelaskan, rakaman video berdurasi 13 saat adalah rakaman lama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Itu video lama. Saya ingat itu (video) tahun lepas sebelum PKP,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, seorang warganet tampil membidas kenyataan tersebut dengan mengemukan ‘bukti’ tersendiri sehingga menarik perhatian pengguna laman Twitter.

Warganet terbabit @thesyafizasyhrn mendakwa tudung dipakai salah seorang wanita dalam video itu adalah koleksi raya yang baru dilancarkan dua bulan lalu.

@thesyafizasyhrn memberikan komen tersebut pada ciapan sebuah portal yang melaporkan mengenai dakwaan Mohd Rashid melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan.

“Bohong. Dalam video tu ada sorang akak ni pakai tudung koleksi raya tahun ni punya, baru release dalam 2 bulan lepas.
“Tetiba cakap video ni tahun lepas punya? Nak menipu tapi tak pandai,” dakwa @thesyafizasyhrn yang juga agen koleksi tudung berkenaan.

Rata-rata netizen kagum dengan ‘siasatan’ dilakukan oleh warganet tersebut dengan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Jersi salah seorang brader tu pakai pun versi baru?

Bila netizen siasat, habis semua sudut…

Akak datang dari masa depan ke?

Perempuan kalau siasat, memang hebat!

Selain itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, Mohd Rashid dan pihak terbabit dalam video tersebut akan dipanggil bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya.

Video

Polis siasat Ahli Parlimen Batu Pahat ‘berpesta’ durian di dusun

Polis akan menjalankan siasatan terhadap Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon dan beberapa lagi individu yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP), baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan sehingga kini, video memaparkan aktiviti wakil rakyat itu tular dalam media sosial.

“Satu laporan polis sudah dibuat dan kertas siasatan sudah pun dibuka untuk menyiasat kejadian yang berlaku.

“Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 18(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya, pihak polis akan memanggil Ahli Parlimen berkenaan dan mereka yang terlibat dalam video tersebut untuk membantu siasatan.

Pihak polis memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu, satu video berdurasi 14 saat tular di media sosial memaparkan wakil rakyat terbabit bersama individu lain sedang menikmati buah durian di sebuah dusun.

Perkara itu menimbulkan kemarahan netizen susulan negara kini sedang melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh yang mana segala aktiviti riadah secara terbuka adalah dilarang.

Sumber: BH Online (Essa Abu Yamin) , Twitter @LagaCawan & @thesyafizasyhrn

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*