Salah Ke Angkat Bendera Putih? Ustaz Ini Beri Pencerahan Memang Buat Ramai Terdiam, “Nak Pengaruh Orang, Duduk Fikir Pengaruh Dia”

Kebelakangan, kecoh di serata media sosial tentang inisiatif menaikkan atau mengibarkan bendera putih sebagai tanda meminta bantuan.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang menegah perbuatan menggunakan bendera putih untuk meminta bantuan dan menasihati rakyat sepatutnya mengangkat tangan berdoa kerana doa merupakan bendera kekuatan dalam ujian kehidupan.

Bagi menjawab isu tersebut, seorang pendakwah yang juga merupakan guru pondok Ustaz Muhaizad Muhammad memberi pencerahan berkenaan segala persoalan tentang ‘bendera putih’.

“Baguslah kibar bendera putih minta bantuan, galakkan orang buat kebajikan”

“Kibarkan bendera putih itu atas nama nak minta bantuan baguslah. Maka sebab itu orang datang tolong. Baguslah. Jadi perbuatan ini dikira sebagai kebajikan. Orang nak buat kebajikan, orang nak bagi pertolongan mudah,” jelasnya.

Menurut Ustaz Muhaizad perbuatan tidak salah kerana ia memudahkan orang lain untuk melakukan kebajikan.

Selain itu, dia turut menyentuh tentang perasaan individu memerlukan bantuan yang mana kadangkala mereka malu untuk meminta. Jadi, bendera putih merupakan satu inisiatif terbaik buat mereka.

“Kadang-kadang ada orang malu lebih-lebih lagi sekarang ni musim orang bunuh diri sebab lapar, dengan sebab tak boleh makan, dengan sebab tertekan bunuh diri,” tambahnya lagi.

Kesal terhadap segelintir pihak yang pandang serong

Bukan itu sahaja, Ustaz Muhaizad meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang memandang negatif terhadap perbuatan yang boleh menggalakkan manusia berbuat baik ini.

“Tapi manusia ni tak tahulah. Dalam suasana orang nak buat baik, ada orang pandang tak baik pula. Pandang tak baik kata ada makna di sebalik dia lah, bendera lah, apa lah. Sekarang ni tak payah fikir niat orang lah.
“Yang penting berzikir dengan Allah Taala. Nak mati pun kita bersama Allah insyaAllah. Betul ke macam tu? Cuba tengok kalau awak lapar nanti macam mana. Mesti cari di rumah orang juga. Yang cakap tu perut kenyang,” katanya.

Kesimpulannya, perbuatan menaikkan atau mengibarkan bendera putih bukanlah 1 kesalahan. Sebaliknya, ia sebagai inisiatif selepas berdoa yang mana seseorang perlu berusaha untuk mendapat bantuan kemudian barulah bertawakkal kepada Allah.

Tambahnya lagi, individu yang berpendapat negatif terbabit tidak merasai kesusahan, oleh itu mudahlah bagi mereka untuk berkata sebegitu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Ustaz Muhaizad. Dalam pada itu, mereka turut menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap pihak yang memandang serong berkenaan usaha tersebut.

Kalau tak taksub kepartian, mudah nak faham isu ni

Zaman arwah Tuan Guru Nik Aziz, statement macam ni lah

Sampai bila nak tunggang agama?

Best bila dengar guru pondok bagi ceramah

Kerajaan Kedah tak iktiraf bendera putih

KULIM: Kerajaan Negeri Kedah tidak mengiktiraf penggunaan bendera putih oleh individu di negeri ini sebagai tanda memerlukan bantuan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sebaliknya Menteri besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pihaknya hanya menyalurkan bantuan makanan kepada individu yang membuat aduan secara rasmi melalui panggilan telefon di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) seluruh daerah di negeri ini.

“Kita telah edarkan nombor telefon PKOB setiap daerah dan nombor telefon pusat khidmat wakil rakyat untuk orang ramai hubungi bagi mendapatkan bantuan makanan.

“Sekarang ini kita ada kemudahan aplikasi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp serta pesanan mesej, individu yang perlu bantuan boleh menghubungi PkOB untuk bantuan makanan tanpa mengibar bendera putih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) di sini hari ini.

PTSB telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bemula 26 Jun sehingga 9 Julai.

Muhammad Sanusi berkata, penggunaan bendera putih itu merupakan salah satu propaganda politik untuk membina persepsi kerajaan gagal dalam kalangan masyarakat.

“Saya sudah kata banyak kali ia (bendera putih) ini adalah propaganda politik yang mencerminkan persepsi kerajaaan gagal, sebenarnya kerajaan sedang menangani pandemik Covid-19 ini dengan baik,” jelasnya.

Beliau memberitahu, kerajaan telah menyediakan saluran rasmi yang boleh digunakan oleh rakyat dan mereka akan dibantu tidak mengira fahaman politik.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri memberi bantuan wang tunai sebanyak RM20,000 kepada PKOB Daerah Kulim termasuk PTSB sebanyak RM10,000.

Tambahnya, setiap PKOB juga akan menerima sebanyak 2,000 bakul makanan kecuali PKOB daerah Kuala Muda mendapat 3,000 bakul makanan.

Sumber: Twitter @hambaliasri, Twitter @kebi__

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*