Adil Ke Sy Isteri Ke 2 Tp Dduk Rumah Flat Kos Rendah, Tp Kak Madu Tgl Rmh Banglo Pakai BMW, Bila Suami x Jd Ceraikkan Dia, Sy Nekad Nak Bt Sesuatu.

Foto sekadar hiasan.Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Asalam kepada semua pembaca, mohon admin hidekan profil saya, semasa kenal suami, dia adalah suami orang tapi mereka tak bahagia kerana 7 tahun berkahwin, isteri pertama suami tidak mampu memberikan zuriat.

Suami mengambil keputusan untuk berkahwin dengan saya diseberang. Bila kntoi, isteri suami meroyan dan meminta crai, sebab tak mahu bermadu dan suami pun mahu mencraikan dia. Tapi bila dalam proses cerrai, isteri pertama didapati mengandung dan mereka rujuk semula.

Dan silap saya sebab mengandung dahulu sebelum kawin, tapi saya sudah insaf. Selepas kami kawin, suami melebihkan isteri pertama, sedangkan dlu suami kata dia tidak bahagia dengan perkahwinan itu. Isteri pertama tinggal dirumah banglo besar, kereta honda, bmw sedangkan saya?

Hanya pakai kereta axia dan rumah flat sewa kos rendah yang agak usang. Adil ke buat saya? Saya ada nyatakan kepada suami , saya ini isteri sah dia juga, anak saya adalah anak dia juga, kenapa dia selalu lebihkan isteri pertama?

Nafkah dia beri pada saya rm2k isteri pertama 5k. Adil ke? Tapi suami menyatakan kalau isteri pertama perluukan duit yang banyak. Allahu.. jadi saya tak perluukan duit ke?

Pernah sekali, saya mengamok sebab tak tahan bila suami selalu pergi rumah isteri pertama, seminggu hanya 3 kali je suami dirumah saya itupun asyik2 di call oleh isteri pertama..

Pernah juga saya cakap pada suami kalau isteri pertama nya agak h0doh, gem0k dan hitam.

Tapi suami menampar muka saya. Ya Allah sedihnya saya hanya Allah yang tahu. Saya juga dahagakan kasih sayang suami. Suami selalu abaikan anak saya. Sedangkan ini adalah anak kandung dia..

Oleh sebab suami terlalu berkira, abaikan saya, lebihkan isteri pertama, Sebab terlalu tertekan saya mengambil keputusan untuk berjumpa bom0h untuk membuat mereka berpisah dan Alhamdulillah.

Hubungan mereka mula berantakan dan suami mula lebihkan saya. Dan baru2 ni suami ada cakap. Kalau dia akan craikan isteri pertama dan akan membawa saya dan anak sya tinggal dirumah banglo itu dan semuanya akan menjadi milik saya.

Pengajaran untuk para isteri pertama diluar sana. Jangan terlalu tamak. Sekarang awak sendiri yang rugi. Doakan saya bahagia bersama suami dan anak saya.. terima kasih admin.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum. Semoga confession saya ini disiarkan dan boleh menjadi panduan kepada sesiapa sahaja yang senasib dengan saya. Alhamdulillah saya sempat dipoligamikan oleh suami setelah masuk tahun ke-9 perkahwinan kami.

Poligami yang saya tak pasti sudah berapa lama tetapi saya hanya mendapat tahu sebulan sebelum tarikh ulangtahun perkahwinan ke-9 kami.

Sebelum rahsia ini terbongkar, memang terlalu banyak petanda kecur4ngan seorang suami yang ditunjukkan. Tapi sekuman pun tidak pernah terfikir suami nekad untuk berkahwin dengan perempuan lain.

Selepas rahsia terbongkar selepas dibongkarkan oleh madu saya, apa yang saya buat? Pertama, hanya minta penjelasan dan apa rancangan suami seterusnya.

Tanpa maakian dari saya kepada suami dan wanita itu, saya cuba untuk meneruskan hidup saya dengan janji suami untuk selesaikan masalah ini. Itu janji dia.

Btw, madu saya buat pengakuan yang dia mengandung dan menghina saya kerana tak boleh beri zuriat kepada suami saya.

Dia mengjustifikasikan perbuatannya dengan cara menghina kekurangan diri saya. Dia mengaku yang dia lebih berhak dari saya kerana zuriat yang dikandung.

Saya minta suami untuk lepaskan saya dan memulakan hidup dengan keluarga barunya..tetapi suami bertekad tak akan melepaskan saya dan berjanji untuk menyelesaikan masalah ini. Itu janji dia.

Saya meneruskan hidup seperti biasa. Hampir dua minggu, suami beritahu saya tiada lagi wanita itu antara dia dan saya. Antara dia dan wanita itu telah selesai antara mereka.

Saya bersyukur dan bersedih dalam masa yang sama. Tapi saya redha dengan takdir ini.

Apapun, saya yakin reaksi dan penerimaan saya terhadap masalah ini adalah salah satu sebab kenapa suami saya dan wanita itu lembut hati untuk beralah. Apa yang saya buat?

1. Langsung tidak menyalahkan, memarahi atau memaki suami saya dan wanita itu.

2. Berserah dengan segala kesedihan dn doa saya hanya kepada Allah. Rezeki saya kejadian ini berlaku di bulan Ramadhan.

3. Saya tidak meminta supaya suami saya memilih saya. Saya cuma meminta jika wanita ini tidak membawa manfaat pada suami saya dan saya, maka jauhkanlah dia dari kami.

Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Thank you Allah. Besar sungguh kekuasaanmu.

4. Saya berusaha untuk mendoakan wanita itu yang telah mencarik, merobek, menghina saya supaya berubah dan dijauhkan dari mengulangi perbuatan ini kepada wanita lain.

Alhamdulillah, hikmahnya tetap ada. Hubungan saya dan suami menjadi lebih baik. Saya cuba untuk ikhlas memaafkan suami dan cuba untuk tidak berdndam dengan apa yang telah suami lakukan.

Manusia, manakan ada yang sempurna. Mungkin ada yang khilaf di pihak saya sebagai isteri. Mana mungkin saya menyalahkan orang lain sewenangnya.

Saya percaya, penerimaan saya terhadap kecur4ngan suami menjadi salah satu sebab suami sedar dengan kesalahan yang dia lakukan.

Walaupun dipujuk oleh wanita itu dengan alasan anak supaya mngalkan saya dan memilih dia, alhamdulillah jodoh kami masih ada.

Wanita itu juga hairan dengan penerimaan saya bilamana sepatah pun saya tak melepaskan marah atau memaki dia.

Pesanan saya kepada wanita yang senasib dengan saya diluar sana, hadapilah ujian ini dengan tenang. Mintalah dengan yang Maha Kuasa.

Sesungguhnya hanya kepada Dialah kita memohon pertolongan. Hanya Dialah yang berkuasa memegang hati kita dan hati suami kita.

Selepas 4 bulan, dalam senyuman saya cuba untuk mengubati hati sendiri. Alhamdulillah atas segala ujian ini. Sesungguhnya ujian ini amatlah kecil berbanding ujian kita di akhirat sana.

Tak ada guna menyalahkan sesiapa. Saya cuma berharap kegembiraan sementara ini kekal selagi hayat dikandung badan. Terima kasih.

Ramai yang geram dgn perangai isteri ke 2 dlm perkongsian pertama, apa reaksi warganet

Sari Sharif, Permpas mmg camtu. Sy da laluinya sblm ni. Mmg skit penangan permpas ni. Kifarah Allah itu mmg ade. Blsn kat akhirat pun sedia mnunggu.

Nti ko sedialah jwb kat sna yer..moga ko x terketar ketar ketika di pngadilan nti. Peringatan tuk dri sendri jugak. Mga terhindar dr perkara syiirik.

Sabariah Omar, Syiriknya kamu sampai sanggup berbomoh, kata dah insaf sbb berzina sebelum nikah tapi buat d0sa yg paling besar dgn syiirikkan Yg Esa. Semoga b0moh dan tt yg syiirik dilaknati Allah dan suami tt terbaca luahan kat krt ni.

Klu kena crai nanti baru tau, anak luar nikah bukan tanggungjawab suami tt, nanti dgn nafkah 2k tu terbang, axia dan rumah sewa pun tak mampu nak bayar.

Farisha Elina, Hitamnye hati sis ni,bertaubatlah sis sbelum trlmbt.x akan kekal lama apa yg sis dpt skrng ni.apa yg isteri pertama ada tu,dah memang hak dia sis,

sis spatutnye bersyukur apa yang sis ada.sis dahlah no2,sis hadir dlm hdup diaorng pon,semua dah ada,itu hasil dari suami sis dgn isteri pertama.

Jgn bangga apa yg sis lakukan skrng ni,yakinye sis ape yg sis lakukan srng ni siap bersyukur apa yg jadi ni.sis bertaubatlah sebelum terlambat.

Sy doakan smga trbuka pintu hati sis utk bertaubat dan betulkan keadaan,kesian isteri pertama,jgn hidup senanf atas penderitaan orng sis,x akan kekal lama.

Fizzah Damia, Dik ko ckp dah insaf..?tp bomoh kan org syirik antara dosa besar…semoga suami dan istri pertama mendapat kesembuhan.

kau mmg tak sdar diri..ko y tamak sbnarnya..ko ingt tak koje mudah ke nak dapat 2k..satu minggu ko 3 hari tak ok ke..huhumanusi tak pernah bsyukur.

Sal Ishak, ni sapa yg tamak… dah la ambik hak org.. pertikaikan harta org.. gi aniaya org.. tak takut kubur lansung.. awk yg tamak..

dan tak sedar diri.. rmh dan harta yg ada adalah harta sepencarian isteri pertama dan suami awk.

awk dtg kemudian.. harta itu sudah ada. awk sepatutnya kumpul harta sdiri.. bukan ambil hak org lg.. cukuplah suaminya awk rmpas.

Kredit:bacakami

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*