
Seorang Ahli Parlimen di Kedah yang bergelar Datuk disiasat polis apabila didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.
“Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan dan kita akan panggil beberapa saksi bagi membantu siasatan,” katanya.
Menerusi beberapa foto tular di laman Twitter, ahli politik pembangkang itu dilihat duduk bersembang di atas meja sambil menikmati teh dan kuih-muih bersama beberapa individu secara terbuka.
Difahamkan, tindakan itu berlaku dalam satu program bantuan untuk penduduk setempat sehingga dipersoalkan warganet kerana negeri itu masih melalui tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Dua2 pihak buat rakyat marah!
Jangan kata gambar lama pulak?
Duduk atas meja pulak tu…
Tak payah la jamuan bagai
Buat apa penat-penat sebarkan, habis kuat buka kertas siasatan ja sampai kita lupa.
Aku kalau yg lain2 elok duduk atas kerusi tiba2 ada satu pailang mai duduk atas meja, memang aku tampar terus.. mcmtu cara nk ajar jadi beradab skit..
Terdahulu, Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon turut mengundang kemarahan rakyat apabila terlibat dalam ‘kenduri durian’ di sebuah dusun sekali gus dipanggil polis untuk memberi keterangan.
Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli) , Twitter @RakyatBersuara4
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment