Tubuh makin susut, Hafiz Suip minta m4af dan berpesan tentang k3matian, sampai ramai dah mula bimbang

Perkongsian terbaharu menerusi hantaran foto hitam putih penyanyi Hafiz Suip mencetuskan kerisauan ramai. Malah, ada yang tertanya-tanya keadaan pelantun lagu Awan Nano itu yang kelihatan semakin susut berat badannya.

“Kenapa kurus sangat ni?” demikian soalan yang ditulis kebanyakan peminat menerusi ruangan komen Instagram Hafiz.

Pada hantaran terbabit, Hafiz tampil memohon maaf dan merayu doa daripada pelayar media sosialnya sambil berpesan tentang azab Allah serta kem4tian.

“Hafiz Suip betul-betul memohon maaf atas apa yang telah dia lakukan terhadap anda sekiranya ada yang terkecil hati, tersalah cakap dan sebagainya yang ada dendam yang tersimpan selama ini. Maafkan saya.

“Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng..tapi hakikatnya saya takut azab Allah SWT di mana satu hari apabila saya mati saya akan dihisab.

“Gaiss saya tak da lah mintak lebih cuma doakan yang baik dan saya mintak kalian bermodalkan 5 minit ja..ada masalah 2 rakaat mintak dengan Allah itu ja.

“Jangan harapkan makhluk..maksudnya jangan harapkan diri kita sekalipun…sebab yang menggerakkan kita Dia jugak..InshaAllah hati tenang pasti jumpa solusi,” tulisnya.

Sedikit informasi tentang Hafiz Suip

1. Pemilik nama sebenar Mohd Hafiz bin Mohd Suip. Dikenali sebagai Hafiz Suip.

2. Merupakan penyanyi dan pelakon.

3. Lahir pada 27 Februari 1990 di Kuching, Sarawak, Malaysia. Kini berusia 29 tahun (2019).

4. Anak sulung daripada tiga beradik.

5. Bekas pelajar SMK St Joseph.

6. Mula menapak dalam dunia seni sejak tahun 2009 iaitu di usia 19 tahun selepas diangkat sebagai juara program realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim ketujuh. Antara lain, musim itu turut melahirkan penyanyi Akim Ahmad, Zizi Kirana, Aril dan Isma.

7. Memperjuangkan genre muzik pop.

8. Antara lagu-lagu hitsnya seperti Bahagiamnu Deritaku, Muara Hati (duet bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza), Ku Akui, Awan Nano, Noktah Cinta, Matahari, Ombak Rindu (duet bersama Adira), Watak dan Kisah Cinta Kita.

9. Sehingga kini sudah mempunyai tiga buah album studio iaitu Masih Jelas (2009), Hafiz (2012) dan Luahan Hati Anak Seni (2013).

10. Sebagai pelakon, beliau membintangi drama Kau Dan Aku yang bersiaran di saluran Astro Ria dari tahun 2009 hingga 2011.

11. Pemegang trofi utama Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 2011 dan 2013 menerusi lagu Awan Nano ciptaan Datuk M Nasir dan Bahagiamu Deritaku ciptaan LY.

12. Pada 14 Mei 2016, beliau mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel Abdullah sebelum beroleh cahaya mata sulung berjantina lelaki bernama Muhammad Riyadh Zafri pada 31 Disember 2017.

 

Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*