Tiada Sesi Ambil Gambar, Memang Tidak Sangka Tindakan Anggota Polis

Keadaan sesetengah rakyat Malaysia yang dirundung kesusahan ketika ini telah membuatkan banyak pihak terpanggil untuk memberi bantuan.

Dari insitusi kerajaan sehinggalah mereka yang bukan kerajaan (NGO) semuanya saling bersatu padu memberikan sumbangan bagi meringankan beban penduduk di Malaysia tanpa mengira kaum, agama ataupun kepercayaan.

Polis hulur bantuan

Oleh itu, menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, satu video anggota polis memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi video itu lagi, dapat dilihat bonet kereta peronda polis itu penuh dengan barang-barang makanan untuk diagih-agihkan kepada mereka yang berada di kawasan itu.

Kapsyen yang disertakan dalam posting berkenaan juga turut memuji inisiatif yang dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memberi bantuan kepada orang awam selaras dengan prinsip yang mereka tegakkan, “polis dan masyarkat berpisah tiada.”

Jasa & bakti mereka sagat dihargai

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif keatas usaha yang dilakukan pihak berkuasa terbabit dalam membantu orang awam yang sedang kesusahan.

Mereka juga berharap agar tindakan sebegitu memberi contoh kepada orang lain untuk sama-sama menghulurkan sumbangan kepada keluarga atau individu yang sedang susah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Rasa bangga jika semua polis macam ni

Semoga kebaikkan mendapat ganjaran

Tak ambil gambar pun bagi sumbangan

Video,

Tahniah PDRM!!! sebenarnya banyak kegiatan amal dilakukan PDRM, cuma mungkin kurang diketahui ramai. Tapi bagaimana sikap MP/Adun DAP terhadap anggota polis? boleh lihat apa yg berlaku di Raub semalam!!!

Org xnampak benda baik… Mmg betul,pdrm banyak tolong org y memerlukan.. hero ni dia buat kerja dalam diam.. depan mata sy dah banyak kali sy tengok pihak polis bagi bantuan makanan… #pdrmmalaysia terbaik

Salute PDRM!..tapi sedih bila Dap buat kurang ajar pada barisan hadapan negara ni..

Saya tak sampai hati nak tgok semua ni kadang2 datok sebab saya tak mampu nak bantu apa2..saya hanya berdoa moga Allah angkat covid 19 ini dan buka kembali rumahnya dan buka kembali tanah sucinya utk kita kembali berjemaah rapatkan saf dan kembali tawaf berasak2 seperti dulu..Aamiin

Trbaik PDRM n syabas kpd dato sri sbb sesetengah pihak hanya tau provoke je,tp brlainan dgn dato sri……

terbaik pdrm…rasa berbangga sebagai rakyat malaysia jika pdrm macam ni,sama2 membantu dalam masalah rakyat,pasti rakyat akan sentiasa respect pdrm,tapi mana adun2 yang gaji puluh2 K tu? dulu sebelum nak dapat undi bukan main sampai sanggup turun cuci longkang bagai,masuk pedalaman bagai semata2 nak dapat simpati undi,sekarang bila rakyat dihimpit rasa kesusahan mana yg hilang pendapatan apa bantuan adun @ menteri yang bertanggungjawab ?

Sedihnya siapa sangka Negara Ku Malaysia dah sampai tahap teruk MCM nie … TPI PM8 PUNYA TAKUT NAK BERSIDANG LAMA RAKYAT TERSEKSA, HAMPAS TERUK KERAjaan PN nie

wowwww baiknye. saya slalu kesian tgk anggota polis, askar.. berhujan, berpanas masa pkp ni. Smoga murah rezeki & dipermudahkan urusan

Sumber: Facebook Najib Razak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*