
SHAH ALAM – Video tular mendakwa sekumpulan pekerja sebuah kilang di Seksyen 22 yang melarikan diri daripada serbuan tidak benar sebaliknya situasi berkenaan berlaku disebabkan pekerja terbabit panik akibat bunyi siren yang berpanjangan di kilang tersebut pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya mengesahkan kejadian dipercayai berlaku antara jam 4.30 hingga 5 petang itu bukan kerana operasi atau serbuan pihak penguatkuasa.
“Siasatan awal dijalankan mendapati berlaku kegagalan fungsi ‘alarm’ kebakaran, dan difahamkan pihak syarikat dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian, bunyi ‘alarm’ menyebabkan ramai pekerja jadi panik dan lari keluar takut ada kebakaran.
“Kilang ini difahamkan baru sahaja diambil alih oleh sebuah syarikat, memandangkan syarikat ini masih baru iaitu lebih kurang sebulan ramai pekerja dan pengurusan belum di dedahkan dengan ilmu latihan kebakaran seperti tempat berhimpun dan ‘evacuatian plan’,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Pada Selasa, tular di media sosial video memaparkan sekumpulan pekerja kilang memanjat pagar sebuah kilang.
Rata-rata netizen mendakwa situasi tersebut berlaku disebabkan adanya serbuan pihak berkuasa di kilang terbabit.
Video,
Komen Netizen,
#pdrm ambil la tindakan ke atas kilang ni kami yg rakyat tempatan kena bekurung warga asing di beri kerja apa cita
terang lagi bersuluh,dh terang2 kn ,rakyat suruh ttup kilang,bukan ttup selangor!??♀️pasal tu lah klu cerdik sgt ni pun xboleh di ikut bodoh x boleh di ajar ni lah diaaa??
Buruk kn nama marelli. Blh kna saman kn. Marelli pindah tmpt lain
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ….bukti dh ado…mcm mano?
Ni apa cite menteri.. tgh bandar pn blh operasi ke. Aku dh 2 bln tk de income. Pendatang asing plk blh keja. Bikin panas btul.. buka mata buka hati buka akal.. rakyat tersepit skrg. Buat la btul2 pkpd ni.. macm taik pnya menteri. Haaa jwap
Kita beria 2 berkurung lama. Kes tk turun 2.. jgn smp rakyat bangkit
Sumber Sinar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment