Suami anggap adik perempuannya mcm isteri, sanggup tidur sebilik dan pelok ciom adiknya dpn saya

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Saya berkahwin belum sampai setahun dengan husband saya. Husband saya ni anak no 2 dari empat adik beradik dan dia menjadi tanggungjawab bagi mak dan adik perempuan dia setelah pemergian bapa nya. Abang dia yang sulung dah berkahwin dan lepas tangan atas tanggungjawab nya pada mak dan adik perempuan nya.

Jadi semua yang ambik alih tanggung jawab adalah husband saya. Disini saya agak kecil hati sebab husband melebih kan adik perempuannya dari saya sebagai isterinya.

Kalau melebih kan mak nya saya tak kisah malah saya selalu menasihat kan dia agar tidak melupakan tanggungjawab pada maknya.

Berbalik pada adik permpuannya. adik perempuan nya masih bersekolah tetapi belagak macam bekerja. Suka main motor hingga beribu2 habis. Selalu memintak husband saya beli itu ini.

Husband akan turut kan. beli barang2 motor bila saya tegur husband akan cakap biar lah dia seorang je adik perempuan saya. salah ke saya bagi dia duit? Tak slah tapi jika bagi duit untuk pembelajaran kan. Tapi ni kearah lain.

Sedangkan saya memintak duit untuk mencantikn diri. malah dia marah. dia berkata nak apa2 usaha lah sendiri. Dia selalu bising cakap saya dah gmuk tak comel macam dulu.

Tak reti nak senam untuk krus macam dulu sedangkan saya tak penah bising hal diri dia yang semakin gmuk dan tak hensem dan krus seperti dulu.

Saya diam sahaja kerna tak nak bergduh. Kadang duit nafkah saya lebih sikit dari duit pembelanjaan adik permpuan dia. Saya dh tak berani nak tegur nanti akn menjadi pergduhan kerana husband paling mrah kalau tegur pasal family dia.

Kalau pasal family saya sikit pun husband tak nak tahu. lagi kecewa husband lebih suke bawak adik permpuannya ke mane2 sahaja. Saya dia kan tinggal kn di umah mak mrtua saya.

Alasan nya nanti kawan2 dia nampak dan tahu saya ni isteri dia. saya tahu. saya tak secantik seperti adik perempuan dia tapi wajar ke saya diperlaku kan begini. sedangkan saya isteri dia. sedih sangat.

Kadang bila dia jumpe kawan2 dia, saya fikir dia pergi sorang2 rupanya bawak adik perempuannya. Lepas lepak dgn kawan2nya, dia akan bawak adiknya balik rumah saya dan tidur sekali dalam 1 bilik. Mereka dalam rumah dah macam suami isteri, tak segan silu pluk ciom dpn saya. Saya dah tegur tp tak diendahkan

Kadang2 kalau ada urusan dengan kawan2 laki dia. dia akan tnggal kan saya sama ada di umah nenek nya atau rumah mak mertua saya.

Biras saya akan ambik kesempatan tnggalkan anak nya yang comot dngan tak membersih kan naajis nya terlebih dahulu kepada saya. terus keluar brjalan. rase nak nangis sahaja.

Kadang ada urusan familly husband saya pasti kan ditnggal kan. Alasan nya saya lambat siap atau suka cari pasal dengan dia sebab tu kena tnggal. dia akan bawak adik permpuan nya.

Bila ada majlis kahwin ke atau jamuan makan2 di rumah family husband. Bila kawan2 nya bertanya mana isteri awak. mesti husband cakap ada tak ikut sebab dia kerja. Padahal saya ada disitu. Sedih sangat.

Saya tak ada tempat mengadu rase keseorangan sangat. Fmilly saya jauh. Jadi saya selalu brkurung dibilik sambil nangis.

Husband tak penah nak pujuk atau memintak maaf. malah saya yang kena jumpe dia. untuk memintak maaf. kalau saya tidak memintak maaf atau berdiam diri. husband akan berdiam diri jugak. kalau seminggu. Seminggu lah kami tidak brcakap.

Bila saya tanye kenapa senyap..dia akn jawab dah dia buat bodo je. Jadi orang pun buat bodo jugak lah. hncur rase hati.

Walaupon skit hati saya tetap jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri. bila saya masak dia makan tapi sikit. dengan muka kebncian. bila saya siap kan pakaian kerja dia. dia tak akan pakai.

Dia akn ambik yang lain. siap2 terus pegii kerja. tak sempat saya nak brsalam dengan dia. saya rase tetekan sangat2 dan sunyi sangat.

Bila saya cube meluahkan. husband mesti brkata jangan bising lah. tahu tak orang penat nii. saya hanya diam sambil menagis.

Tiada lagi kata2 manje dn pujian. tiada lagii kemanjan. Tiada lagi yang bawak saya berjalan2. tiap kali saya ajak dia brjalan. alasan nya penat. tapi bila kawan2 ajak kemane2 terus gerak.

Tiada alsan. saya hanya di rumah. hidup macam tiada life. Saya pergi krje balik kerja hanya dirumah. saya tidak dibenarkan berkawan dengan siapa2 walaupon perempuan.

Atau kua melepak dengan kawan2 perempuan. kecuali kawan perempuan tu dia penah nampak atau fmlly saya kenal. baru dia bagi. kalau tak hidup saya dalam bilik.

Saya nak jugak melihat dunia luar tapi bila saya ajak husband pasti dia memberi alasan. sebulan boleh kira berapa kali kua itu pun pergi belanja barang dapur dan terus balik.

Husband terus tido hingga ke esok kn hari nya. Bangun untuk pergi kerja. hari2 itu lah benda yang saya akan hadapi. sunyi sangt.

Paling strss dan tertekan bila husband bertanya takkan sampai sekarang tak ada tanda2 nak dapat anak lagii semua orang khwen nak ada zuriat kan.

Tapi dalam sebulan boleh kira berapa kali sahaja dia bersama saya. kalau bersama pun atas tanggungjawab sebagai suami sahaja..

Kadang dia nak bersama tapi saya sahaja harus memulakan dulu jika saya tidak memulakan dulu jangan mimpi dapat bersama. Dah lah tak usaha untuk mendapat kan anak.

Malah saya sendiri yang brusaha untuk mendpat kan zuriat buat husband. Saya dah tak tahu apa perlu saya buat. dan apa patut saya buat? Maaf lah jika terlalu panjang dan brcampur. maaf sangat.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah sampai habis ye.

Assalamualaikum. Cerita saya ni boleh dikira sebagai membuka aib tapi saya harap supaya ibu bapa yang ada anak anak kecil boleh ambil iktibar dari cerita saya ni.

Okay kita mulakan, apa yang saya nak ceritakan ni adalah dari pengalaman saya sendiri beberapa tahun lepas. Saya tak pasti bila lagi benda ni mula tapi apa yang saya ingat adalah apabila adik perempuan saya, P tiba tiba cerita dekat saya yang lepas dia mandi dan nak pakai baju dia perasan yang hanset abang dia iaitu adik lelaki saya.

B didirikan menghadap tempat dia selalu guna untuk pakai baju. Jadi dia pelik dan bila dia tengok hanset tu rupanya hanset tu tengah record v1deo dekat kawasan yang dia guna bila nak pakai baju.

Bila P cerita benda ni, saya tak rasa apa apa yang mencurigakan sangat. Saya anggap mungkin B tersalah tekan butang record dekat hanset dia dan terletak dekat dalam bilik P jadi saya cuma pesan dekat P lain kali kalau jumpa lagi hanset B macam tu tutup je v1deo recording tu.

Saya masa tu tak naklah tuduh yang bukan bukan dekat B sebab saya fikir takkanlah dia sanggup rakam v1deo adik kandung dia sendiri pakai baju.

Lama lama kejadian macam ni berulang banyak kali dan saya dah tak boleh nak bersangka baik dengan B tapi saya masih tak boleh nak tanya B kenapa dia buat macam tu sebab tak nak mengeruhkan hubungan adik beradik kami jadi saya senyap je dan minta P supaya berhati hati bila nak pakai baju.

Suatu hari lepas saya siap mandi dan tengah tunggu azan maghrib dari hanset saya untuk berbunyi tiba tiba saya dengar azan dari hanset saya dan dari hanset yang lain. Jadi saya pun carilah mana sumber bunyi azan yang kedua tu .

Dan saya jumpa hanset B tersembunyi dekat celah celah kawasan rak baju saya menghadap betul betul tempat yang saya akan berdiri bila nak pakai baju. Tapi waktu tu saya blur, benda pertama yang saya fikir adalah kenapa hanset B ni boleh ada dalam bilik saya dan tersembunyi dalam rak baju saya.

Sebab saya blur lagi waktu tu saya tak sempat nak tengok hanset tu tengah record v1deo ke tak tapi saya terus panggil B dan tanya dia kenapa dia letak hanset dia dalam bilik saya.

Jawapan yang dia bagi adalah sebab dia nak kejut saya sembahyang maghrib nanti jadi sebab tulah dia letak hanset dia dekat situ. Mengarut, Saya terang terang dah bangun dah waktu saya turun bawah nak mandi dan masuk bilik saya.

Apa fungsi hanset dia dalam bilik saya kalau saya dah bangun. Tapi sebab waktu tu saya memang blur sangat saya malas nak layan alasan dia dan bagi je hanset tu dekat dia sebab saya nak sembahyang.

Kejadian yang berlaku ni bila saya imbas kembali memang mencurigakan. Sebab tu saya dah mula tak sedap hati dengan dia sebab dia dah mula berani buat benda ni dekat kakak kandung dia sendiri.

Lepas kejadian ni saya dah mula lupa apa yang dia buat sebab sibuk dengan kelas tambahan untuk menghadapi SPM.

Namun, suatu hari waktu saya tengah guna tandas saya perasan yang dekat pintu tandas ada banyak lubang lubang kecil yang agak besar sampai saya boleh nampak bayang bayang orang yang lalu depan tandas.

Jadi sebab bosan, saya perhatikan lubang tu dan saya nampak ada bayang bayang orang berjalan depan pintu tandas ulang alik nak dekat dua tiga kali.

Tapi tiba tiba, cahaya dari luar yang saya nampak dekat lubang tu kena tutup. Lama. Macam ada orang berdiri lama lama depan lubang tu. Saya tiba tiba rasa macam kena perhati jadi saya cepat cepat selesaikan urusan saya dan keluar dari tandas.

Lepas keluar saya pergi dekat lubang tu dan intai. Saya boleh nampak dengan jelas keadaan dalam tandas melalui lubang tu, Serius waktu ni meremang bulu roma. Saya sedih sangat.

Takkanlah B sanggup intai adik beradik perempuan dia guna tandas. Jadi sebab saya takde bukti dia intai melalui lubang tu saya cuma ambil langkah untuk tutup lubang tu pakai ducktape.

Saya ingatkan kejadian ni takkan berulang dah sebab takkanlah B tu bengap sangat sampai tak boleh nak fikir yang kami (saya dan P) dah tahu perbuatan dia. Tapi, bila saya tengah guna tandas, saya pelik bila saya nampak cahaya dari luar tandas dekat lubang yang saya dah tutup pakai ducktape tu.

Rupa rupanya, B dia alih ducktape tu letak dekat tepi lubang tu, jadi lubang tu kalau tengok dari jauh macam dah kena tutup tapi sebenarnya kedudukan dia yang beralih.

Jadi, sebab kejadian ni saya yang kena, setiap kali saya nak guna tandas saya akan rasa macam kena perhati. Saya jadi tak senang hati. Sebab walaupun lepas saya dah tutup lubang tu banyak kali. B tetap akan alih ducktape tu. Kalau tak pun dia akan buat lubang atas ducktape tu.

Saya dah tak boleh tahan. Dia punya usaha untuk intai orang mandi dengan guna tandas tu memang buat saya sedih. Kami ni adik beradik kandung dia. Sampai hati dia buat macam tu dekat kami. Tindakan dia tu melampau.

Bila saya cerita benda ni dekat P, saya kata dekat dia hati hati dengan B tu sebab dia sanggup buat lubang dekat pintu tandas tu. Sedangkan pintu tandas tu pintu kayu yang memang tebal. Tapi dia punya bersungguh buat lubang.

Lama lama saya baru faham kenapa selama ni lepas saya siap mandi saya akan nampak dia duduk dekat depan pintu tandas. Walaupun saya pelik tapi saya percaya bila dia cakap yang dia nak guna tandas jadi dia tunggu saya siap guna tandas.

Tapi bila ingat semula, tak terkira dengan jari berapa kali saya nampak dia tunggu saya depan tandas. Setiap pagi bila nak pergi sekolah dia akan duduk depan pintu tandas. Tapi saya bodoh sebab takleh nak faham sebab di sebalik tindakan dia tu.

Satu hari, P bagitahu saya yang waktu dia tidur tidur ayam dia perasan yang B bangun dan raba dada dia. Saya speechless. Saya, sebagai kakak dia yang tengok sendiri dia membesar tak sangka dia akan buat macam tu dekat adik dia.

Jadi, saya kumpul semangat untuk bagitahu mak saya. Sebelum ni, saya diamkan sebab saya fikir yang selagi saya dengan P hati hati, kami masih boleh elakkan situasi dirakam masa tengah pakai baju, diintai masa tengah mandi dll. Tapi rupa rupanya saya salah perkiraan.

Jadi sebab mak saya kerja dekat daerah lain. Saya cuma boleb call mak saya dan ceritakan satu persatu kejadian yang berlaku.

Saya fikir, kalau saya ceritakan dekat mak saya, mak saya akan ambil tindakan tegas dekat B sebab mak saya perempuan. Mesti mak saya faham perasaan bila rasa macam maruah dan harga diri kita kena pijak.

Mak saya terkedu bila dengar cerita saya dan sebab waktu saya call mak saya tengah kerja. Jadi mak saya cuma kata kat saya yang nanti mak saya akan fikirkan apa yang berlaku.

Semestinya saya tak sangka yang petang tu saya dapat call dari mak saya, beliau menangis nangis dan kata yang mak tak rasa B akan sanggup buat macam tu.

Mak saya kata yang bila beliau call B, B menafikan tuduhan yang saya lemparkan dekat dia. Saya takde bukti. Tapi pengalaman saya berulang kali kena kejadian macam tu buat saya yakin yang B memang intai kami mandi. Sebab B satu satunya adik beradik lelaki yang saya ada.

Tiba tiba besoknya mak saya balik. Bila mak saya balik, mak saya terus bawak B keluar dan mak saya kata dekat saya yang beliau nak tanya depan depan muka betul ke tak dia tak buat benda tu.

Beberapa ketika kemudian, mak saya dengan B balik. Balik macam biasa, macam takde apa pun berlaku. Balik dan lepas tu boleh gurau gurau lagi. Saya dan P terkejut. Kenapa mak saya boleh bergurau lagi dengan B sedangkan sebelum tu mak saya menangis.

Saya tanya mak saya, mak saya kata yang B mula mula menafikan tapi lama lama baru dia mengaku. Saya tanya mak periksa tak hanset dia. Mak saya senyap je.

Saya dan P memang tak puas hati. Rasa macam hak kami tak ditegakkan. Kami bukan kena rakam, intai, raba dengan orang asing tapi drah daging kami sendiri.

Tapi kenapa mak saya tak ambil serius benda ni. Jadi lepas tu mak saya terus pergi balik dekat daerah tempat mak saya bekerja.

Minggu depannya, sebab saya dan P betul betul tak puas hati dan rasa macam kena aniaya. Jadi, P decode nak tanya mak saya kenapa mak saya buat keputusan macam tu.

Waktu P tanya mak saya tu, saya dekat luar rumah tengah basuh baju. Bila saya masuk rumah apa yang saya nampak memang buat saya sedih. P menangis nangis depan mak saya sambil mak saya tanya dia apa yang dia tak puas hati dengan B.

Cakap dekat dia. Mak saya panggil B suruh duduk sekali dalam perbincangan tu. Mak saya kata kita selesaikan semua benda ni hari ni. Apa yang P tak puas hati sangat dekat B. Nada mak saya waktu tu… sedih sangat.

Mak saya macam paksa P, macam marah P. Tapi P tak cakap apa apa, dia menangis je sampai tersedu sedu. Saya tak sampai hati tengok, P kecil lagi baru nak masuk zaman sekolah menengah. P tu adik perempuan saya, yang bila saya ada masalah saya cerita dekat dia.

Bila tengok dia macam tu saya pun nak masuk campur dalam perbincangan tu tapi abah saya halang. Tapi benda ni melibatkan saya jugak jadi saya pun masuk dalam perbincangan tu.

Saya cakap semua benda yang berlaku. Saya paksa dia, saya tanya dia betul tak dia rakam saya dan P tukar baju. Betul kan dia yang buat lubang dekat pintu tandas. Betul kan dia intai kami mandi Dan dia mengaku.

Dia mengaku. Waktu tu saya minta hanset dia, saya nak tengok sendiri sama ada v1deo tu ada tak dalam phone dia. Tapi sebab saya ni tak berapa pandai dengan teknologi saya tak jumpa apa apa.

Tapi saya tahu setiap hanset ada fungsi untuk hide album cuma saya buta teknologi. Lagipun waktu tu mak saya perhati saya macam nak marah jadi saya bagi semula hanset dia.

Saya ingat bila dia mengaku mak saya akan marah dia, pkul dia, rotan dia. Saya tanya kenapa dulu waktu saya kecil saya kena rotan, tampar, kena kurung dalam tandas yang gelap, kena laga kepala dengan kakak saya bila kami bergaaduh, bila saya buat salah.

Tapi bila B buat salah besar macam ni mak saya cuma nasihat dia. Tapi last last saya yang kena semula. Mak saya tanya saya, saya ni sebenarnya pertikaikan didikan mak saya ke? Mak saya kata yang saya ni rasa mak saya tak pandai didik anak. Menangis saya dekat situ.

Apa yang saya maksudkan adalah kenapa dulu bila saya kecil, bila umur saya masih tak matang saya kena denda setiap kali saya buat salah.

Tapi bila B yang dah matang, dah besar pandai beza baik buruk buat, mak saya cuma nasihat dia je. Mak saya kata yang nanti B memberontak. Jadi mak saya pilih langkah paling mudah, nasihat. Saya dan P tak puas hati, apa yang kami lalui sangat menyedihkan. Kenapa kami tak dapat pembelaan.

Lepas tu, mak saya suruh B minta maaf dengan kami. B minta maaf cuma dia minta maaf sambil gelak. Sambil gelak. Macam maruah dengan harga diri kami ni bahan jenaka bagi dia.

Tapi apa yang saya dan P boleh buat? Kami kecil lagi. Saya SPM pun tak habis lagi. Kalau kami lari rumah pun apa yang kami boleh buat? Kami kena simpan rasa tak puas hati, kecewa, marah, jijik, dndam semua benda di dekat lubuk hati yang paling dalam sekali.

Mak saya anggap benda ni dah settle. Hal ni dah tak boleh dibangkitkan. Jadi, tak kiralah walaupun kami terluuka sampai rasa nak menangis air mata drah pun. Kami tetap tak boleh buat apa.

Saya fikir banyak kali, apa salah kami? Kenapa kami kena macam ni? Dekat rumah, saya dengan P bukan pakai baju ketat , seluar ketat. Pakaian kami semua longgar. Kami tak pernah pluk ci0m B. Jadi kenapa dia buat kami macam ni?

Iktibar yang saya nak semua ibu bapa ambil dari cerita saya adalah

1. Saya harap sangat ibu bapa sekalian ambil langkah untuk asing tempat tidur anak anak ikut jantina. Silap mak dan abah saya adalah sebab P dan B tidur sekali dengan mak dan abah saya walaupun dah masuk sekolah menengah sebab bilik mak dan abah saya ada aircond. Sebab tu B boleh raba adik saya.

Asing tempat tidur ni penting sangat dan kalau boleh pastikanlah yang dalam bilik anak perempuan ada tandas dia sendiri. Saya tandas asing dengan bilik jadi setiap kali saya nak guna tandas saya kena keluar dari bilik.

2. Saya harap ibu bapa peka dengan emosi anak anak mereka sendiri. Lepas apa yang berlaku mak dengan abah saya tak pernah tanya kami okay tak?

Mak dengan abah saya tak tahu yang setiap kali P nak period dia akan menangis dekat saya. Waktu nak period, emosi dia akan tak stabil. Jadi dia akan selalu menangis setiap kali dia teringat kejadian tu.

P sekarang akan meremang bulu roma setiap kali dia tersentuh tangan atau berselisih dengan budak lelaki kelas dia. Mak dan abah saya tak pernah tahu yang saya banyak kali fikir nak bnoh diri.

Saya pernah letak psau dekat pergelangan tangan saya tapi saya takut nak kelar. Sebab saya takut dengan azab Allah bagi orang yang bn0h diri.

Mak dan abah saya tak tahu yang emosi kami berdua tak pernah stabil. Yang setiap kali saya masuk tandas, tak kiralah tandas awam atau dekat sekolah. Saya akan rasa macam kena perhati.

Adik saya P dah jarang bercakap, dia jadi pendiam, introvert dan tak bergaul sangat dengan kami. Dia selalu duduk dalam bilik main phone. Kalau tak pun buat kerja sekolah. Bila keluar dari bilik pun sebab nak tengok tv je.

3. Saya harap ibu bapa pantau penggunaan telefon pintar anak anak masing masing. Sekarang ni zaman teknologi, kalau boleh semua orang nak ada telefon pintar masing masing. Tapi kalau boleh, bagilah telefon pintar dekat anak anak bila mereka dah matang, lepas SPM ke.

Saya tengok sahabat sahabat saya yang agak susah dan takde telefon pintar ni, takde masalah sangat pun dalam nak buat kerja sekolah. Kalau ada apa apa info yang cikgu maklumkan dekat grup whatsapp, mereka boleh guna phone mak mereka untuk cek. Mereka juga boleh berjaya dalam pelajaran mereka.

Jadi, kenapa kena bagi hanset yang ada akses kepada internet dekat anak anak yang muda lagi usia mereka? Dekat internet macam macam mereka boleh layari.

Silap mak dan abah saya, mereka sangat manjakan kami. Abah saya takut kami bosan dekat rumah bila mak dan abah saya pergi kerja jadi abah saya sediakan kami komputer dengan internet untuk kami main game, tengok cerita dekat youtube dll.

Waktu saya kecil, saya pernah tersurf satu v1deo yang saya rasa pelik dekat youtube bersama dengan B. Waktu tu saya tak faham apa sebenarnya viideo tu. Tapi bila besar baru saya faham yang tu sebenarnya v1deo lch.

Jadi, saya betul betul harap yang ibu bapa boleh pantau penggunaan telefon pintar anak mereka supaya boleh mengawal kelakuan anak anak mereka.

4. Didikan agama. Saya betul betul harap yang ibu bapa akan terapkan didikan agama yang kukuh dalam sukma, jiwa anak anak mereka sejak usia yang muda lagi.

Ajar anak anak untuk baca al quran setiap hari, buat solat berjemaah selalu dan ajar mereka pantang larang dalam agama. Sebab mak dan abah saya selalu sibuk, jadi mereka hantar kami adik beradik ke pusat mengaji. Jadi saya belajar mengaji dekat situ.

Apa yang saya nak kata, mak dan abah saya akan suruh kami sembahyang, tapi tak pernah periksa kami betul betul sembahyang atau tidak.

Dulu, waktu saya kecil, saya pernah tipu yang saya dah solat sedangkan saya tak solat lagi. Tapi bila dah besar saya tahu benda tu salah dan akan selalu pastikan saya cukup solat 5 waktu. Tapi, B saya jarang nampak dia solat.

Kakak saya pernah tanya dia sembahyang dah ke dan dia jawab dah. Tapi lepastu kakak saya kata yang dia tipu sebab kakak saya tak nampak pun dia keluar bilik ambil air wuduk dan lepastu B senyap tak menafikan dakwaan kakak saya.

5. Saya harap yang ibu bapa akan gunakan cara didikan yang lembut tapi still tegas dekat anak anak mereka. Pastikan anak anak hormat ibu bapa dan bukan takutkan mak ayah mereka sendiri. Janganlah gunakan kekerasan dalam mendidik.

Percayalah, tak semua masalah boleh diselesaikan dengan kekerasan. Sebab waktu kecil dulu saya pernah kena rotan, tampar apa semua tu, bila besar saya tak puas hati.

Bagi saya kesalahan saya dulu adalah normal bagi kanak kanak yang tengah membesar. Kenapa kawan saya tak kena rotan pun? Tapi kenapa saya kena? Tapi, abah saya setiap kali lepas rotan saya mesti akan datang dan sapu minyak gamat dekat luuka saya.

Pendek kata, saya tulis cerita saya di sini sebab saya tak nak apa yang berlaku dekat saya berulang dekat orang lain. Saya nampak apa yang peristiwa ni buat dekat P. P selalu marah marah. Dia jarang senyum macam dulu dan dia bertambah baran.

Adik saya dah berubah. Saya pun dah berubah. Dulu, lepas perbincangan tu memang kadang kadang saya akan sindir B, tapi sekarang saya dah penat.

Saya penat nak tegakkan hak saya untuk marah dia. Dulu waktu perbincangan tu mak saya suruh pkul B kalau saya nak puaskan hati saya. Tapi, saya tak sampai hati sebab apa pun B tetap adik saya.

Sampai sekarang, saya tak tahu sama ada saya dah maafkan dia atau tak. Percayalah benda macam ni tinggalkan kesan trauma yang mendalam dekat saya dan P. Walaupun saya cuba maafkan dia, parut yang dia tinggalkan sangat mendalam. Saya kecewa sangat dengan perbuatan dia.

Saya tak pasti admin akan post atau tidak confession saya ni tapi kalau admin post saya harap yang kalian boleh berikan nasihat kepada saya cara untuk hilangkan dndam dalam hati saya.

Saya kadang kadang fikir apa yang kena dan lalui tidak seteruk orang lain. Ada orang yang lalui perkara dan kejadian yang lebih teruk dari saya. Tapi, kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang saya rasai sangat kuat.

Terima kasih sebab sudi baca cerita saya walaupun saya tak pandai nak mengarang dan menyusun cerita ni dengan elok. Saya harap Allah akan sentiasa merahmati dan melindungi kalian semua.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Epy Nissa, Aduina sis ku..husband tu da bagi hint2 dia da x suka kan sis… baik sis jaga diri sis.bincng elok2,klu hubsnd x nk bncng juga.rasanya baik la sis berpisah dgn husbnd.mgkn bila sis da x da,baru dia sedar..buat apa sksa diri sis utk org yg x hargai sis..

Dayah Hasim, Bersuara tegas utk tnya ko tue sape dlm hidup die.. Tapi klau sbb anak die layan ko cmnie.. Lagi2 dah x lawa.. Duit pon berkira.. Kat mne keistimewaan seorg isteri klau adik pompuan yg die pentingkn mcm pasngan kek4sih plak..

Perlu ke layan isteri seperti bnduan.. Suka2 die.. Dah xde perasaan.. Baik ko pergi dri lelaki cmnie.. X perlu bertahan hnya skitkn diri sdri.. Ko pon kerja.. X susah nak hidup sdri.. Org x syg tapi buat kite menderita apa guna ko menangis.. Die pon x hairan..sudah2la nak syg lelaki cmtu.. Move on jela.

Shima Anuar, Kdang2 kan sis kita ni xbleh tlmpau baik,sskli tu prlu jg kita bela diri kita drpda d pijak2 org..klu sbb sis gmuk xcantik sda d mata suami sis tu,untuk mlepaskan nfsu pun bukan sda naa fham2 la sis.

slera suami tu d “Luar” suda klu mcm tu..blum ada ank kan ?p lah kasi lawa2 diri tu sis,cari duit sndri ka,cari hobi baru bli emas ka bzumba ka..balik2 jg sis mo fkir psal orglain..sygi diri sndri dlu ye sis.

Sumber IIUM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*