Zoey Rahman Nafi Hubungan Dengan Anju Hanya Gimik, Ini Yang Mereka Lakukan Sebenarnya




Selebriti yang penuh kontroversi dan sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah nampaknya kembali menjadi sorotan di media sosial apabila memuat naik gambar selebriti berwajah jambu, Zoey Rahman dengan kapsyen yang ‘memancing’ komen netizen.

Walaupun sebelum ini mereka mengaku memang sudah berkawan rapat sejak dari usia muda, namun kapsyen yang ditinggalkan Anju membuatkan lebih ramai ‘penasaran’ mahu mengetahui hubungan sebenar mereka.

Muat naik gambar Zoey

Dalam perkongsian terbaru selebriti wanita itu, dia seakan meluahkan rasa kesal dengan sesetengah netizen yang mempertikaikan keakrabannya dengan Zoey.

“Dulu dengan ex aku korang gelakkan kata aku kawin dgn shrek la hodoh la . Bila aku dah dengan Zoey orang kata aku tak sesuai konon aku macam mak cik sebelah dia … so bottom line korang nak aku dengan orang camne ??” tulisnya.

Tutup ruangan komen

Anju juga turut memuat naik gambar Zoey sebelum ini dengan memuji penampilan selebriti itu yang terlihat ‘comel’ dengan gaya penampilan seperti itu.

Walau bagaimanapun, Anju telah menutup ruangan komen di Instagramnya untuk posting tersebut.

Zoey buka mulut

Sehubungan dengan itu, menerusi Harian Metro, Zoey memaklumkan yang mereka memang rapat sebelum ini dan kembali bertemu semula selepas lama terputus hubungan pada awal tahun ini.

“Ketika itu kami cuma kawan biasa dan tak rapat pun. Kemudian, masing-masing terputus hubungan. Kami berjumpa semula awal tahun ini di sebuah klinik rawatan kecantikan. Itu pun secara kebetulan. Sejak itu, kami mula berhubung semula sampai sekarang.”

“Kalau ditanya adakah kami bercinta, apa boleh dikatakan kami sedang berkawan dan mengenali hati budi,” katanya.

Ada yang suka, ada yang tak suka

Zoey mengakui banyak menerima direct message (DM) dari netizen yang bertanyakan mengenai hubungan mereka berdua dan ada juga yang suka serta tidak suka dia berkawan dengan Anju.

“Ramai suka dan ramai juga kecam sebab orang ingat dia lebih berusia daripada saya selain status ibu tunggal dan pernah berkahwin dua kali. Ramai anggap dia negatif dan suruh saya bimbing dia kerana beberapa kontroversi yang mengaitkan dirinya sebelum ini,” ujarnya.

Anju gila2 orangnya

Tambah selebriti itu lagi, Anju merupakan individu yang ceria dan suka melakukan kebaikkan. Pesonalitinya juga tidak seperti yang digambarkan di media sosial.

“Sebenarnya dia ‘gila-gila’. Orang juga tak nampak kebaikan dirinya. Dia selalu bagi orang makan, berikan bantuan barangan dan banyak lagi. Berbanding mereka yang berimej Islamik tapi bersikap sebaliknya,” jelas Zoey.

Bukan gimik atau pemasaran

Walau bagaimanapun, ada juga mulut-mulut jahat mengatakan tindakan memuat naik gambar serta kapsyen mesra di Instagram sebagai salah satu bentuk pemasaran, namun ia dinafikan oleh Zoey.

“Pemasaran, gimik, bukan sama sekali. Saya ada banyak klien profesional. Takkan saya nak buat gimik bukan-bukan. Jadi saya kena profesional.”
“Lagi pun kerjasama saya dengan syarikat besar itu sudah ada syarat ditetapkan. Cumanya, apabila perkara ini tular sedikit sebanyak meningkatkan jenama produk saya. Kalau saya nak tumpamg populariti dia, jenama Mikaseries sudah popular dulu,” ulasnya lagi.

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie, Harian Metro (Sudirman Md Tahir)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*