Ibu bsumpah xkan jumpa madunya iaitu ibu tiriku. Aku diam2 dating dgn ibu tiriku tnpa pgetahuan ibu

Foto sekadar hiasan. Assalam dan maaf jika jalan penceritaan ada yang agak kelam kabut, agak panjang, atau agak hambar. Dan terima kasih kerana sudi baca kisahku. Jika ada sebarang persamaan dengan sesiapa, semuanya secara kebetulan, sebab ini kisah dari diriku sendiri. Aku anak sulung, dan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Adik-adikku smua masih kecil.

Aku pula, baru sahaja menamatkan ijazahku. Sudah bertahun2 aku belajar jauh di luar negeri. Selepas aku habiskan final exam dan juga final year, macam biasa aku terus pulang ke kampung halaman. Selepas aku balik, semuanya berjalan lancar, tapi tak lama.

Kami dikejutkan dengan berita yg ayahku kahwin lain. Aku betul2 terkejut sebab benda berlaku secara tiba2, tambah2 pulak dengan aku yang baru sahaja balik..

Ataupun mungkin aku tak pernah sedar selama ni perubahan pada ayahku kerana keadaanku yang belajar jauh dari kmpung halaman. Ibuku? dia paling terkesan. Cinta hatinya telahpun menduakan dirinya.

Selepas peristiwa itu, suasana di rumah terus berubah. Bagai hiilang sesuatu. Ibuku juga telah berubah. Sering termenung, menangis mengenangkan apa yang sudah trjadi.

Dia sangat tertekan. Pernah juga ibu semacam tak boleh bertenang, terus menjerit dan menangis, melutut dpan ayahku, meminta maaf dan memohon crai.

Ayahku kata “ehh ape nii .. jangan cakap benda bukan2”. Aku pula terus tahan ibuku dengan memeluknya, dan mengalir juga air mataku di pipi pada waktu itu.

Sejak kejadian itu, ibuku merasakan apa yang telah terjadi mungkin datang dari silapnya sendiri, tetapi egonya tetap menyalahkan dan membenci ayahku. Lalu ibu lakukn pelbagai cara untuk memenangi hati ayahku kembali.

Memasak makanan fav ayahku, mencuba masakan baru, ‘dating’ bersama2, seperti orang baru brcinta. Nampak bahagia, tapi hanya untuk seketika.

Bila ayahku tiada, ibuku murung kembali. Mungkin hati rindu, tetapi perit untuk akui benda itu. Macam mana dengan aku? tipulah kalau aku kata aku tak sedih, tak stresss semua tu.

Ayah aku sendiri kot. Selama ni dengar cerita dari luar jee. Sekali jadi dkt diri sndiri, seriously unpredictable.

Tambah pulak tengok ibu dengan keadaan mcm tu hari2. Alhamdulilah adik2 aku jenis tak banyak soal. Budak2 kann, main je la tau, hahaha.. tapi diaorang akan tanya ayah kat mana, kenapa tak balik lagi, and all that. Time ayah aku balik, diaorang seronok sangat2. Pluk tak nak lepas.

Masa berlalu, akhirnya aku berpeluang untuk berjumpa dgn ibu tiriku. Semua atas ajakan ayahku. Tetapi ayahku langsung tak memaksa. Kenapa aku bersetuju? sebab benda dah berlalu. Sampai bila aku nak mrah? nak salahkan takdir? benda dah jadi pun.

Jadi berjumpa, hanya untuk itu. Ibuku pula memang bersumpah takmau berjumpa dengannye langsung. Ya ibuku masih marah. Itu hak dia. Aku pula lebih kepada ‘follow the flow’. If rasa benda baik, ikut. If tak, you know what should you do.

Semasa otw ke rumah ibu tiriku, sumpah aku berdebar. Bersediakah aku? kuatkah aku? sanggupkah aku?? tapi semua ku diamkan. Dah dalam perjalanan dah pun, hahaha.

Sampai di rumahnya, hahh itu dia, ibu tiriku. Dia pandang aku dan senyum padaku, lalu terus datang kepadaku. Aku menyalam tangannya seperti biasa, tetapi dia terus memelukku sambil menangis, sambil meminta maaf kepadaku.

Aku kaku di situ. Ehh nak buat apa ehh. Macam blank terus jadinyaa, haha tapi aku pluk dia balik. Ayahku ? ada dibelakang kami. Ohh tengah lap air mata rupanya. Ehh cengeng jugak ayah aku nii hishh. Entah apa ayah aku fikir masa tu. Aku? tak fikir apa2 pun.

Tak tau jugak masatu apa yang aku fikir. Mungkin masih tak sangka semua benda ni jadi. Mungkin juga tak sangka aku dah berada di rumah ibu tiriku. Mungkin juga masih fikirkan kekuatanku mnghadapi semua ini yang entah sampai bila.

Sekarang dah beberapa tahun benda ni berlalu. Ibuku sekarang sudah kepada fasa redha. Ayahku pula memang sekarang bergilir2 balik ke rumah kami.

Tapi ada waktunya ketika kami semua kerja dan sekolah pada waktu siang, ayahku yang cuti pada ketika itu akan ke rumah ibu tiriku.

Ibuku mrah juga kadang2 dan mengatakan ayahku tidak adil, kerana ada ketika ayahku kerja shift malam, dia takkan balik ke rumah kami yang tiada orang siangnya itu.

Dia akan ke rumah ibu tiriku dan terus pergi kerja pada petang itu. Makanya kami takkan sempat berjumpa pun. Ayahku pula kata dia kesunyian di rumah sorang2 ketika kami tiada.

Entahlah, mungkin ibuku betul. Dia kadangkala sunyi ketika ayahku tiada. Mungkin tindakan ayahku juga betul. Dia juga sunyi waktu kami tiada.

Tetapi memang ketara waktu ayahku bersama kami agak terbatas. Pernah sehingga seminggu kami tidak berjumpa, membuatkan kami terlalu merindukn ayah kami.

Perangai ibu tiriku pula makin lama makin lain. Kadang2 dia sangat baik, tetapi kebaikannya itu kadang kala kelihatan keterlaluan, seperti ketara sangat ingin memenangi hati kami adik beradik.

Dan kadang kala membuatkan aku berasa agak tidak selesa dgn caranya itu. Mungkin itu caranya dan gayanya. Selalu juga aku keluar bersamanya ke shopping mall sudah tentu tanpa pengetahuan ibuku sendiri, utk menjaga hatinya. Terbit juga rasa bersalah kerana menipu ibuku, tetapi bukan itu niatku.

Apa yang aku ingin simpulkan di sini, benda yang kita tak pernah jangka, tak pernah terfikir, Jika Allah mahukan, memang akan menimpa kita.

Semuanya atas kehendak-Nya. Semua untuk menguji kita sama ada kita masih mengingati-Nya atau tidak, sama ada ketika senang brgembira atau ketika duka melanda.

Apa yang penting, kita sendiri kena kuat menghadapi benda ini. Aku sendiri pun mungkin nampak seperti tiada apa2, tapi sebenarnya aku s4kit bila fikirkan benda ini. Pernah smpai terbawa2 sampai ke mimpi, bila tersedar dari mimpi aku terus menangis meraung.

Sebagai anak, lagi2 yang sulung perempuan, benda ini memang bawak effect sangat2 besar dalam diri aku. Aku jadi takutkan segala kemungkinan yang bakal jadi. Jujur aku takut sangat2. Tambah pula adik2 aku yang masih kecil semuanya.

Aku takut aku tak kuat. Buat sesiapa yang ada pengalaman sepertiku, aku teringin nak tahu macam mana kalian hadapi benda ini, macam mana juga kalian boleh jadi kuat untuk orang2 yang kalian sayang .. Tolong juga doakan aku.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Amin Yahya, Kalau ada peluang jadi orang tengah untuk menjernihkan keadaan,why not.x payah nak jadi batu api sangat lah.

bercakap dan berpesan2 yang baik2 sudahhh.benda dah jadi,lagipon poligami halal di sisi agama.x kan nak suruh depa bermusuh sampai m4ti kot

Aini Aris, Pikir satu jela. Mak awk lahirkan awk dan adik2. Besarkan elok2,jaga ayah elok2.harung susah senang. Bila dah senang. Tiba2 ada orang lain dtg nak join sekaki. Lepastu sbb nak adil, dia ambil masa yg sepatutnya dengan kita,dgn mak kita. Tu baru masa, belum bab nafkah lagi.

Tiba2 mak kita kena redha terima semua. Sebagai anak tolong la support mak sendiri. Kalau kami takmau ambil tahu pun belah famili sana. Suka hati la nak buat apa.

Khaty Mohd, Mungkin adik belum berkahwin atau belum pernah bercinta.. maka adik belum betul² mengetahui apa yang bermain difikiran seorang isteri….

Pesan akak… utamakan ibu.. ibu.. ibu.. bahagiakan ibu.. hanya ibu dan hanya untuk ibu, dunia dan akhirat. percayalah.. kecewa, dugaan ibu lebih besar dari apa yang kamu lihat.. ibu perluukan kekuatan kamu.. kasih sayang kamu…

Gunakan masa yang ada.. utuk hiburkan ibu… jangan bagi kosong… bawa ke majlis² ilmu, jalan².. saya doakan moga ibu kamu dipermudahkan dalam urusan didunia dan mendapat syurga atas kesabaran ini..

Sian anak² kecil kurang kasih sayang ayah… dh keje shif.. tambah lagi satu giliran.. emmm.

Azira Azman, Emm kalau aku dh nampak perangai sejenis try hard buat baik semua tu, better jauhkan diri. Bukan apa, kau teman dia keluar semua tu diluar pengetahuan ibu kau, kalau ibu kau tahu, apa perasaan dia?

Dah lah terasa dikhianati suami sendiri, ehh anak pun sama ke nk khianati dia. Ni view dr sisi ibu kau ye. Even kau rasa mcm tkda benda, remeh tp dr sisi ibu kau benda tu besar kot. And try hard buat baik oleh mak tiri kau tu must be something.

Kau igt, mak tiri kau boleh manipulasi keadaan kau and keruhkan lg hubungan kekeluargaan korg yg sememang nya aku boleh kata agk dh berantakkan sikit dek ketidakadilan ayah kau tu.

Mak tiri kau boleh ungkit everything “jasa” yg pernah dia tabur kt kau tau if mmg niat dia nk amik kesempatan. Fikir jauh sikit. Buat apa2, biar ibu kau tahu. Kalau dgr dr mulut org, org2 sampaikan kt ibu kau, the result is beyond ur expectations ok.

Nora Haron, Dik, Baik mana pon mak tiri tu mak sendiri ada lagi. Jaga hati dia, tak perlu nak baik sgt dengan orang sana tu. Hormat je sudah.

Kalau dia betul2 baik dia tak kawen curi dengan ayah awak. Tak perlu nak buat sampai kena tipu mak sendiri hanya kerana nak keluar dengan mak tiri. Sedih kot. Memang rasa kena tikam belakang lah.

“Anak aku tipu aku sebab nak keluar dengan madu aku” Kalau awak kat tempat mak awak, apa awak rasa?.

Nabila Jalil, Kesian mak kau. Aku bukan lah nk kecam . Tapi cuba letak diri kau pada mak kau. Kalau kau kawin satu hari nanti, suami kau kawin lagi satu, anak kau pulak seronok keluar dengan mak tiri. Kau sedih2 kat rumah. Apa perasaan kau confessor?

Suhaila Shahida, dear confessor, be strong. awak akan dikecam dengan bertalu² sbb pemikiran tak matang.

Suka hati kau je nak memihak pada mak tiri dengan alasan follow the flow. Kesian lebih pada mak kau dik..

Mak yg berjaga siang malam jaga kau s4kit demam dlu, mak yg bersusah payah dgn ayah kau masa diorang baru nak start hidup, mak yg harapkan sorang²nya anak perempuan dia jadi tempat luahan,

tempat bersandar pedih luuka hati dia dikhianati lelaki yg dia percaya dan sayang tu.. tp sayang, anak tak reti baca hati mak yg terluuka paling dalam.

Balqis Riza, Im sorry what? U pergi jumpa bini kedua bapak u dia nangis minta maaf pluk2 and u diam? Kalau aku, dah hantuk kepala dia kat dinding sbb porak perandakan keluarga aku, siap buat mak aku murung.

Bapak aku kalau sunyi sgt, boleh ambil anak angkat baby, jaga kat rumah.. Gatal kahwin lain kenapa.. Gatal ckp gatal.. Jgn berselindung disebalik lonely

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen

Sumber IIUM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*