Aku ibu umur 21 anak 4 org, tgl rmh mrtua. 5 bln suami xblk, tiba2 mentua suruh cerai dgn sebab xmasuk akal

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisha ini. Asssalam min. hide kan profile aku. Aku ibu muda berumur 21 tahun anak 4 orang tapi anak no 2 meninggl masa dalam perot so sekarang ada 3 dan sekarang aku prgnant anak ke 3. aku tak tau la mau mula kan story dari mana.

Bukan mau cakap apa dalam ni. cuma aku tiada tempat suda mau luah apa yang terpendam.

Setiap hari menangis. pikir kan nasib diri dan anak aku paling sulung 4 tahun. anak aku yang ke dua. setahun lebih. dan sekarang aku tengah mengndung 7 bulan lebih.

Yang menyaakit kan husband aku lama sudah tak balik rumah. sekarang aku dan anak2 tnggal rumah mertua d kampung. haritu aku dengan husbnd naik ruma mertua sama2 lepastu esok nya husband turun ke bndar konon nya ada urusan tapi sampai hari ini dia tak balik.

Contact apa semua tiada. nafkah untuk anak2 pun tiada. Mertua pun bukan orang senang . mertua aku tak suka aku. dia layan anak2 aku pun hmmm. hanya tuhan jaa yang tahu.

Hari2 aku harap husb aku tu balik tapi sampai sekarang aku tak pernah suda jumpa. masuk bulan ni suda 5 bulan lebih. skit nya tuhan saja yang tahu .

Husb tak bekerja. masa kami baru naik rumah mertua masa tu. husb memang tak kerja. Dia berhenti keja. husb aku seorang pe4agih dan kaki juudi. kaki perempuan tak tau la pula.

Tapi husb pernah cakap yang dia tak buat lagi benda2 tak bagus tu tapi aku tak tau la dekat belakang aku dia buat apa dia masi kaa ambil barang tak guna tu atau tidak.

Mertua aku pernah suruh aku balik rumah orang tua aku sebab tak mmpu tanggung aku dengan anak2 aku . dia suruh aku buat keputusan untuk bercerrai dengan husband aku tu.

Orangtua aku dua2 masih ada, sebnarnya. Perkara ni sudah banyak kali terjadi tapi tak lah sampai husband berbulan2 tak balik rumah. husb memang selalu bua hal. masa dia gaji. 2, 3 hari dia tak balik ruma. sebab Sy4bu dan jodi online dia.

Aku suda lama pertahan kan rumahtangga aku. macam mana pun gaya husb aku. aku sabar dan hanya berdoa supaya husb dpt berubah.

4 tahun suda anak aku, susah senang aku hadap ja hidup dengan husb. setiap kali husb mnta maaf. aku tak pernah tak maaf kan. tapi aku pun tak tau la apa dosa dan salah aku dengan husb aku sampai husb aku tu snggup tinggalkan aku dengan anak2.

Dengan keadaan aku mngandung macam ni. Mertua aku memang bnci kan aku. mertua aku cakap. aku ni tak malu menumpang ruma dorang. ipar pun sama juga. Orang dalam rumah ni. semua benda yang dorang bagi tuk anak aku.

Macam susu pempes. semua dorang berkira . pastu dorang mau aku ganti balik duitt dorang . sedang kn dorang tahu aku ni mana ada kerja . macam mana mahu gnti?

Lepastu dorang suruh aku bayar hutang husb aku. tuu pun husb hutang dengan nenek dia tapi mertua n ipar2 perempuan aku tu desak minta aku yang bayar semua.

Demi tuhan tak larat suda aku tnggung derita ni sendri sampai hari ni aku masih tak tahu husb ada dekat mana tapi mertua pernah cakap dengan aku yang husband aku kena tngkap polis tp aku tak percaya. Aku nk tgu dia sampai husb aku balik

Atas sebab mertua tak bagitau dan bila aku tanya berapa lama husb aku kena tngkap mertua aku tu cuma cakap aku tak payah ambil tahu dalam keadaan aku mengandung begini.

Sedih dan rasa skit sangat bila husb tak ada d sisi. macam2 yang bermain dalam pikiran aku myb husb dah ada pmpuan lain or betul husb aku tu kena tngkap p0lis? aku pun tak pasti tak tau.

Pasal makan dan barang keperluan anak. pun aku dah skit kepala memikir. aku bukan ada kerja mau beli makanan susu pempes anak aku.

Mertua langsung tak bagi duit or beli kan tu semua tuk anak aku dan jujur nya. aku memang dah bnci dekat husb aku tu. kalau boleh bercrai sekarang. aku mau terus bercrai.

Aku betul2 tak tahan mau hadap and hdp dengan orang perangai macam ni. macam dah aku kena ckp oleh fmily husb aku ni.

Disebab kan aku masih lagi berthan mnggu husband dalam rumah dorang ni. aku ni konon tak tahu malu. menantu kurang ajar.

Sebab aku tak byr hutang husb, mereka sumpah2 aku. Anak aku melintang dalam perut susah aku besalin nanti dan macam2 lah.

Apa patut aku buat ? mau mngadu dengan orangtua. mesti orangtua aku cakap ni smua kehendak aku. aku yang pilih dan aku tetap pertahan kan rumahtngga aku dan tetap stay dengan husb. tapi sekarang hati aku dah tawar .

Aku btul2 bnci kan fmily husb aku . terutamanya husb aku. minta pendapat. apa yang patut aku buat. betul kah keputusan tuk bercrai dan kembali kepangkua orangtua aku.atau sebalik ny ?.

Tlg la beri kan pendapat . aku tau dalam ni mesti banyak yang ada pengalaman macam masalah yang aku tngah hadapi sndri2 sekarang ni.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah.

Assalam semua pembaca. Aku ni dalam dilema antara bini dan mak aku ni. Serabut kepala aku sorang2 fikir jalan penyelesaian ni.. Macam ni, bini aku dari keluarga yang senang banyak dari keluarga aku.

Masa kawan dia tak pernah cerita pun pasai ni. Kenal pun masa sama2 kerja operator kilang. Aku kawan 3 bulan, terus masuk minang. Masa tu baru tahu , mak ai rumah dia…kakak abg2 dia semua keja hebat.

Bini aku pun ada degree. Kerja kilang sebab tak dapat kerja tetap lagi. Dalam tunang dia dapat kerja tetap padan dengan degree dia. Aku plak tetap operator kilang.

Lepas kahwin, kami sewa rumah sendiri. 1 jam saja dari rumah mak ayah aku. Setiap minggu mak aku akan call suruh aku balik.

Sebulan 1 kali ja kami balik rumah mak mertua aku. Aku mmg suka blik rumah mak aku tapi aku malu la bila guna kereta bini aku, minyak tol pun bini aku bayar..

kalau bawa mak ayah aku keluar jalan2 makan pun bini aku yang bayar. Gaji aku ni bayar rumah dan beli barang dapur sikit ja. Duit makan sendiri pun bini aku tolong topap..

Tahun ke-3 kami pindah duduk 1 flat dengan mak aku. Senang nak bawa pergi jalan2.masa tu ekonomi aku pun dah stabil.

Aku buat bisnes..baru aku rasa jadi suami sejak guna duit aku semua ni. Gaji bini aku hanya untuk diri dia sendiri ja. Tapi mula bisnes pun modal dari dia la Bila dah duduk dekat2 ni.

Setiap hari mak aku datang rumah atau kami pergi rumah mak aku. Jalan kaki 3minit tak sampai .. seminggu dua tiga kali aku bawa mak ayah aku makan.

Aku ada dua abg dan seorang adik. Semua boleh bawa kereta tapi susah sangat bawa mak ayah aku keluar jalan2.

Lepas 6 tahun kawen, bini aku berhenti kerja, tolong aku bisnes.2 bulan lepas, bisnes aku drop teruk. Kebetulan ayah aku baru dapat duit pencen.

Aku minta pinjam duit sikit, tp tak dapat. Aku sampai gadai semua barang emas bini aku. Pastu bini aku terpaksa minta pinjam famili dia.

Laju ja mak dia bankin duit untuk kami. Lepas dapat duit, kami balik rumah mak mertua aku dua hari. Mak mertua aku sedih tengok segala barang emas bini dah tak ada.

Balik sini mak aku ajak keluar makan. Aku bawa la pergi makan ikan bakar, kena 70ringgit ja..aku bayar.

Malam tu aku dengar mak mertua aku call bini aku, depa sembang dan aku dengar pasal aku bayar makan tadi. Aku pun tegur bini aku sebab mengadu pada mak dia.

Tapi dia ungkit jasa dia dari awal kahwin. Dia kata aku berat sebelah. Dan dia kata aku boleh belanja famili aku lepas aku tebus suma barang emas dia dan bayar hutang mak dia.

Kalau tak dia tak akan keluar bersama mak ayah aku lagi. Aku memang sayang bini aku. Tapi mak aku, syurga aku.

Aku tak sanggup dengar mak aku buat ayat sedih anak anak tak mahu bawa dia jalan-jalan lagipun mak aku ni bila jalan2 bukan minta makan mahal,

bihun sup tepi jalan pun dia telan asal dapat ronda2 keluar dari rumah. apa patut aku buat sekarang..

Ikut target, kalau bisnes dah ok, dalam 3bulan aku dapat ambil semua barang emas dan bayar hutang mak mertua aku. Tp confirm masa tu dah cukup buat mak aku sedih.

Aku tak fikir adik beradik lain boleh buat mak aku faham dngan aku. Bini aku tegas. Bila dia kata sesuatu,memang dia akan buat mcm tu.

tambah pula ayat mak mertua aku..”bila senang najib(bukan nama sebenar) belanja famili dia, bila susah famili dia tak tolong pun..Min, jangan fikir aku tak kecil hati dengan famili aku.

Aku tak dapat nak luah pada sesiapa pun perasaan aku ni. Aku cuba tak nak burukkan famili sendiri. Aku buang semua negatif thinking. Niat aku cuma nak buat mak ayah aku gembira selagi mereka masih ada.

Tp sekarang aku ada halangan. Bini aku, bini yang sayang aku sangat, bini yang banyak tolong aku.. pening aku terus fikir masalah ni.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Eika Izhana, Blk rmh org tua awak dik. Buat yg terbaik utk diri awak & anak2. Hutang2 suami tu awak x perlu byrkan, yg dorg tolong belikan utk anak2 tu pun x perlu byr blk.

Mmg jd tanggungjwb family suami utk tanggung awak & anak2 ms suami xde. Nnti suh dorg tuntut dr suami awak je. Jg hati, jaga emosi awak. Semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti.

Eima Ghazali, Klau akk jd,adik dah lma akk pindah dik…buat apa duduk dgn org yg x suka kita…lgpun suami adik memng x, perduli pun apa nk jd dgn adik dan ank2..buktinya adik sendiri boleh nmpk..aKak harap allah permudhkn urusan adk sekeluarga kesian ank2

Arda Fairuz, Haishh aku baca jgk smpi habis dgn sabar yg tertahan2.. Haii la pempuan…otak ko m4ti ke.. Sda org buang ko masih tggu. Sda mertua n ipar2 bg buka pintu utk kluar pn ko masi tebalkan muka.

If ckp kasihan pun xda apa ko dpt. Tp mmg btl ko punya mengharap dn akal tumpul ni sda menunjukkan ko x malu. Skiranya ko ada maruah ko x kan duk diam menunggu la.

Ko xkan biar diri dcaci dihina mcm x bermaruah bgtu sdgkan ko tau smua itu bukan slh ko pun. So knpa diam knpa tunggu.. Ibu bapa sndri kan ada lg.. Drpd ko beratkan ibu bapa org plg la ke pangkuan ibu bapa dlu..

Pej.agama kan ada.. Dekat daerah ko xda mahkmah syariah ker? Pg la situ crta kan la smua.. N minta petunjuk nasihat diorg.

Pg balai cari nama suami.. Jgn hidup d tpt yg penuh tekanan dgn anak2. Kasihan anak2.. Ayah dorg xda otak ko ibunya ko buktikan ko ada otak. Ntah la.

Mawar Nur, Akk rasa kamu kena ajak somi keluar dari rumah tu. Cari kawasan perumahan yang penduduk dia mesra masjid. Sujud pada Allah. Nangis sungguh sungguh. cakap kat Allah aku nak selamat rumahtangga aku.

Tunjuk kan aku jalan. Mudahkan urusan aku dan suami. Kita kalau jaga hubungan kita dgn Allah. Redup somi tgk kita dik.

Akak hanya mampu doakan adik. Ingat ayat Allah Surah Insyirah … Setiàp kesusahan ada kemudahan. Pegang ayat tu dik. Janji Allah tu dik.

Adda Abdullah, Perempuan yg paling malang bilaa dapat suami yg menyakitkan. Baliklaa rumah org tua. Move on. Inshallah. Makayah takkan taknak tolong anak.

Tkkan nak tengok je cucu2 kn. Kuatkan semangat. Move on, mybe lagi bahagia mungkin. Selaim dari suami. Anak anak adalah anugerag yg sgt bermakna.

Farah Izyan, Sis da boleh pergi mintak crai fasakh atau crai taklik da sebab gagal jalankan nafkah zahir dan batin selama ni dan menghiilang. Buat ape la nak hadap lagi dengan family macam tu.

Tak payah nak bayarkan hutang2 suami tu. Biar lantak p keluarga diorang. Sekarang ni balik terus rumah mak ayah. Nak tunggu anak tu makin bertambah lagi ke dengan perangai laki macam tu..

Dia tu tak sayang anak bini da. Tak matang lagi nak bertanggungjawab nak galas status suami. Gerak la awal2. Cari kerja. Pikir anak2 je takyah nak pikir benda lain. Takyah nak sksa diri.

Zayati Samad, Pulang lah kepada ibubapa mu.Walaupun marah dgn pengawinan mu.Tiada ibubapa yg tidak memaafkan anak.Lagi2 memikirkan anak2 kamu yang masih kecil.

Mungkin bila tinggal dgn ibubapa, kamu bole buat perancagan untuk masa depan kamu,anak2 dgn bantuan ibubapa.Cari lah pekerjaan untuk sara diri dan anak2 setelah melahirkan.Jadi tidak lah membeban kan ibubapa.

Ina Najwa, Masih nak menunggu ke? masih nak hadap ke mertua n ipar mcm tu..ngan suami lak kaki menagih kaki judi..dah sah sah dah mmg derita je hidup kau nanti baik kau blik je umah org tua kau.

berpisah je lebih baik pada kau still ngan dia sat g dok menambah ank je berderet hidup tetap susah sbb lki kjap masuk lokap kjap xblik kjap hiilang dri radar..ke kau nak tunggu ank 5-6 baru nak move on..

umur muda pakai dok jaga ank je sedozen xleh nak kluaq p kije la gtu gok..padan dok jaga ank je la pastu pahit getir hidup meluah lgi kat krt..penat je org bgi pendapat jika xnak move on..

sygkan diri sendiri tu sikit jgn sibuk fikir pasal lki xblikkk..lki xblikkkk..kan blik menambah ank lgi klu dia jnis bertanggungjawab xpe ni hampeh..

Yati Khamis, selagi ko tidak keluar dri kehidupan mcm itu. slgi itu la ko derita. siapa la kita maw mengubah manusia kalau dia tdk maw berusha maw berubah. balik la ke ruma org tua mu move on. bgi org tua mu jaga anak2 n bekerja.

duit gaji hulur la sikit sma org tua mu. nti kalau suda boleh move on. jgn pulak balik pg ex laki. ko tau penangih n judi kalau suda biasa buat. susah tau maw berubah. diorg kerja bnda tu ja la.

Ila Hamid, Nasihat sya Puan balik la rumah mak bapa. Sampai bila mau makan hati duduk rumah mertua. Kalau dah selamat bersalin nanti cari kerja dan jika satu hari nnt husband tu balik jgn tambah anak lg.

Kalau sya la kan buat apa bersuamikan penagih dan kaki judi. Berapa byk peluang yg diberi ada suami tu berubah??

Tiada kan.. baik move on saja la Puan. Apa pun semoga dimurahkan rezeki Puan anak beranak dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*