Ayah dah 90 thn tp sehari plg kurang nak 2x. Lps 50 thn, ibu luahkan semuanya. Aku terkedu

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca, Nama aku Eja (bukan nama sebenar). Tujuan utama aku nak berkongsi apa yang terjadi dalam keluarga aku adalah untuk dijadikan pengajaran kepada para pembaca. Sebelum aku mula menulis lebih panjang, izinkan aku ceritakan secara ringkas pasal keluarga aku.

Ayah mentua aku (aku panggil ayah) ada dua isteri tapi isteri pertama sudah mngal. Ibu mentua aku (aku panggil ibu) merupakan isteri kedua ayah.

Ayah mempunyai 5 orang anak hasil perkahwinan dengan isteri pertama dan 5 orang anak hasil perkahwinan dengan ibu.

Suami aku merupakan anak bongsu dan agak pendiam berbanding yang lain. Ayah jenis tak bercakap sangat dengan anak anak.

 


Kalau bercakap pon dia hanya bercerita benda tak elok pasal orang lain. Hatta, keburukan anak anak sendiri juga diceritakan kepada sesiapa sahaja yang duduk dan berborak dengan dia. Anak anak ayah ada yang berdndam dengan adik beradik sendiri sebab ayah yang melaga lagakan kami.

Perwatakan ayah memang agak pelik. Oh ya, umur ayah dah 90 tahun dan ibu 70 tahun pada tahun ni. Mereka tinggal di Perak.

Kisah bermula apabila ibu mulai skit pada tahun 2018. Ibu tak boleh berjalan sebab lututnya s4kit. Bermula saat itu, ayah mula “b4d mood”. Ibu merangkak untuk siapkan makan minum ayah.

Suami aku ada ajak ayah dan ibu untuk tinggal bersama tapi ditolak mentah mentah oleh ayah. Alasannya kebun nanti tak terjaga.

Maka, kami berbiancang adik beradik, abang yang tinggal di kampung bersebelahan dengan kampung mentuaku (kami panggil dia Abang Wan) setuju untuk jaga kebun ayah.

Jadi suami bawa lah ayah dan ibu kerumah kami di Selangor dengan tujuan merawat saakit ibu. Masa tu bulan puasa. Kami bawa ke klinik kesihatan untuk dapatkan surat rujukan dktor untuk ke hspital berjumpa dengan “specialist”, tapi biasalah hpital, perlu tunggu giliran. Bukan senang senang nak jumpa pakar.

Jadi kami bawa ke “Rehab Centre” sementara menunggu giliran hspital yang mana temu janjinya adalah lagi 3 bulan dari tarikh kami buat appointment untuk ibu.

Seminggu pertama, semuanya masih ok. Semua aku siapkan. Ibu memang berjalan pakai tongkat, siksa sangat nampaknya. Memang ibu berehat betul betul sepanjang dirumah kami. Tak perlu masak, basuh baju sidai baju semua. Semua aku siapkan.

Waktu ni aku masih lagi sambung pelajaran aku peringkat sarjana di tahun akhir, jadi tak terikat sangat dengan masa memandangkan tugas aku hanya perlu menulis thesis aku. Pada minggu kedua ayah mula marah marah ibu. Itu tak kena, ini tak kena. Ayah cakap nak balik.

Kami dah pening, rawatan ibu masih berjalan. Macam mana nak teruskan kalau ibu pulang ke kampung dengan ayah.

Ayah cakap dia tak boleh nak makan kalau ibu tak ada, dia tak reti masak semua tak reti lah. Memang dari pemerhatian aku, air basuh tangan untuk makan pun ibu letak kat meja untuk ayah.

Lepas makan ayah hanya tinggalkan sahaja pinggan di meja. S4kit hati aku tengok perangai ayah buat ibu macam tu sedangkan ibu tengah s4kit. Kami cuba pujuk ayah, kesianlah kat ibu. Memang selepas rawatan di rehab centre ibu semakin baik, tapi tidak lah 100% ok.

Kami merayu pada ayah supaya terus membenarkan kami bawa ibu untuk rawatan. Dan akhirnya, ayah cakap “hantar ayah balik, nanti ibu duduk aje dengan kamu.

Kamu uruskan rawatan ibu”. Jadi kami balik hantar ayah dulu pada minggu ketiga puasa dan ibu tinggal dulu dengan kami.

Raya tahun tersebut giliran aku beraya dengan keluarga aku di Perlis. Jadi sebelum pulang beraya ke Perlis, kami singgah Perak untuk hantar ibu.

Masa tu 3 hari sebelum raya. Lepas hantar ibu, kami terus ke Perlis. Hari terakhir puasa, dapat call dari Abang Wan, katanya ibu hiilang lari dari rumah.

Tak keruan kami. Apa lagi ayah buat ni. Petang, katanya ibu dah balik. Ok, kami lega. Selepas menyambut aidilfitri dengan keluarga aku, raya ke-2 kami pulang ke perak untuk beraya dengan keluarga suami. Kami sampai, ayah buat hal lagi. Masa tu aku memang tak tahu.

Ibu macam biasa la anak anak balik memang lepak dengan anak anak sampai lewat malam. Ayah tak turut serta. Sesekali dia keluar bilik dengan muka bengis.

Suami cakap itu normal kalau ayah tengah marah. Dalam hati aku, oh, mungkin k3s bergduh dengan ibu pada hari last puasa tak habis lagi kot, jadi aku abaikan.

Raya ke-5, kami perlu pulang ke rumah kami di Selangor memandangkan suami “on duty” pada raya ke-7. Kami Tanya ibu nak ikut kami terus atau nak kami ambil nanti je memandangkan temujanji ibu dua minggu selepas raya. Ayah terdengar perbualan kami, dia meng4muk.

Baju baju ibu dikeluarkan dari almari. Suami dan aku tergamam. Pelbagai fitnah keluar dari mulut ayah. Katanya ibu mahu ikut kami sebab ibu mahukan lelaki kaya.

Ibu menangis teresak esak. Kami cuba tenangkan keadaan tapi kami turut dihalau dari rumah. Jadi, kami bawa ibu pulang ke rumah kami.

Adik beradik yang lain setuju. Sepanjang ibu dirumah aku, ibu tak boleh tidur. Sentiasa kelihatan risau. Aku cuba bercakap dengan ibu. AKhirnya, ibu cakap dengan aku, “Eja, ibu dah tak tahan dengan ayah. Biar ibu nak pisah dengan ayah. Ibu dah tak sanggup”.

Aku cuba dapatkan cerita dari ibu, ye lah, macam mana aku nak tolong kalau aku tak tahu. Dari cerita ibu, aku hanya mampu beristighfar.

Rupanya, hari last puasa ayah tuduh ibu berziina hanya kerana ibu tidak mahu ikutkan kehendak ayah untuk bersama. Masa tu ibu masih lagi s4kit. Ibu cakap dia dah tak larat. Dia sudah pon menyuruh ayah kahwin lain sebab ibu tak mampu nak penuhi tuntutan batin ayah.

Sehari minimum 2 kali bersama. Ibu cakap dia s4kit ayah tak percaya. Ayah cakap ibu sengaja mencari alasan sebab dah ade lelaki lain.

Ayah paksa ibu bersama, bila ibu menolak, itu lah punca ayah mengaamuk. Hari terakhir puasa, ibu ambil p1sau untuk buktikan dia tidak pernah sesekali bersama lelaki lain.

Ayah sempat rentap p1sau tu dari ibu. Dan hari raya pertama, ayah nak bersama, ibu waktu tu pikir anak anak semua balik raya, ibu nak siapkan apa yang patut untuk elakkan bersama dengan ayah, ayah marah. Sampailah ayah terdengar perbualan kami pasal nak bawa ibu teruskan rawatan.

Ayah cakap ibu nak sangat ikut kami sebab dah ada lelaki lain. Pagi pagi kami keluar (suami ke tempat kerja dan aku ke uni tempat aku study), masa tu lah ibu ajak teman lelaki ibu ke rumah.

Aku tanya ibu, macam mana ayah masih larat sedangkan umur dia sudah pon 90 tahun, ibu cakap ye, ayah masih larat dan sikap ayah sangat berbeza bila bersama. Aku blur, aku bercerita dengan suami aku. Kami bawa ibu ke pejabat agama untuk dapatkan nasihat.

Di pejabat agama, aku temankan ibu. Masa tu ibu menceritakan segala terbuku di hati. Aku hanya terdiam.

Ayah hanya solat bila semua anak anaknya ada, bila anak anak tiada ayah tak solat. Tidak ku sangka begitu sekali sikap ayah terhadap ibu yang akhirnya membawa kepada proses pencerraian.

Semasa dalam process pencerraian, aku bawa ibu ke MENTARI di Selayang untuk dapatkan khidmat nasihat.

Jangan tanya aku kenapa suami aku tak bawa ibu, sebab masa ni ibu hanya bercerita dengan aku sahaja. Jadi, suami aku cakap lebih baik aku yang uruskan memandangkan ibu lebih selesa dengan aku.

Kenapa aku bawa ibu ke klinik MENTARI? Sebab ibu mempunyai sympt0m yang orang normal tak ada. Dari pemerhatian aku dan suami,

1) Ibu sanggup letakkan p1sau di perut sendiri sewaktu bergduh dengan ayah pada hari terakhir puasa.

 


2) Ibu cakap bila tidur semua memori yang tak elok datang. Jadi dia Nampak benda benda tu, terbayang bayang sampai dia tidak boleh tidur.

3) Sekejap sekejap dia akan intai di tingkap, dia takut ayah datang paksa dia bersama. Hidup dalam ketakutan dan kegelisahan. Di klinik MENTARI Selayang, ibu jawab soalan soalan yang diberikan dan jumpa doktor.

Selepas ibu berjumpa dr, dr panggil aku masuk. Doktor jelaskan keadaan ibu dan minta aku bawa ibu ke unit psik0logi di hspital yang terdekat dengan rumah aku. Klinik buat surat rujukan untuk berjumpa dengan pakar. Ibu perluukan rawatan.

Aku ringkaskan, psych1atrist diagn0sed ibu dengan PTSD: Post-Traumatic Stress Dis0rder disebabkan sikap ayah terhadap dia. 50 tahun ibu bersama ayah. Ibu merana dan tiada satu pon anaknya tahu sehinggalah tahun 2018, setelah ibu “burnt out”.

Ayah pula, sudah berkahwin dan sama juga. Isteri baru tidak mampu menunaikan tuntutan batin ayah memandangkan umur isteri barunya sudah pun 50 tahun.

Banyak yang ayah tanam sekeliling rumah. Pelbagai “penjaga” yang ayah ada. Itu merupakan salah satu punca ayah tidak boleh berenggang lama dengan rumah di kampung.

Ayah mempunyai dua bilah keris yang dia sentiasa mandikan dengan limau nipis dan asapkan. Kami masih tidak tahu di mana ayah simpan keris keris ini untuk kami ambil dan ubatkan.

Keris keris ayah ni, katanya dari zaman atuk neneknya. Ayah pernah cakap barang tu barang lama jadi kena jaga.

Suami juga sudah berjumpa dengan beberapa orang ustaz, tapi ayah memang tak mahu buang benda tu. Dua bilah keris masih menjadi tanda tanya di mana ianya tersimpan. Doakan kami adik beradik mampu buang saka ayah.

Kadang kala, kita kena sentiasa jadi pemerhati. Bukan untuk sibuk urusan rumah tangga orang lain tapi, kadang kala ia mampu menyelamatkan nyawa.

Ibu jenis bangun solat tahajjud semua, rajin mengaji. Tapi, mntal iillness is a ser1ous problem. Bukan main main. Bila menyerang, kita pon tak tahu.

Jangan hukum orang tak beriman sebab tu kena penykit mntal atau emosi. Dan penykit ni, semakin banyak dalam komuniti kita.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Leya Alias, Saya risau ayah tu. Nanti benda tu nak bertuan kalau ayah dah.. faham-fahamlah kan. Kena usaha pergi buang tu. Moga dipermudahkan urusan dan moga ibu bertambah baik keadaannya.

Rosa Nurul, hmm berat..2 2 perlu ditolong… bukan ibu sahaja, ayah pon perlu ditolong. ikutkan pengalaman saya yg x seberapa ni, bila di’kawal’ oleh ‘benda’ tu, luaran akan nampak saya meng4muk, xnak solat padahal dalam hati saya terperangkap minta tolong diselamatkan, nak solat, nak ngaji.

perasaan terperangkap dalam diri sendiri dan dikawal untuk tidak boleh beribadat tu sangat menyakitkan. bincang lah adik beradik untuk tolong ayah & ibu. semoga allah permudahkan semuanya.

Nik Fadila, Tolong rawat ibu dan ayah mentua… Utk ibu… Carikan dia mandian bidara dan losyen bidara kuaran darul syifa… Sy ade pengalaman mcm nih… Somi sy ade benda tu sejak kecik… Dua thn lps sy br tahu dan berubat…

Alhamdulillah Allah permudahkan…. Mujurlah jgk sy nih kuat… Sbb bos sy salah seorang perawat darul syifa.. Jd sy tahu simptom tuh… Sy br serba sedikit utk mengatasi benda tu.

Sy tanam pokok bidara depan umh.. Sy carikan garam bukit ltk dlm umh.. Pasang rukyah sentiasa… Dan sebagainya.

Julia Ismail, Salam puan eja
Allah dtgkn pertolongan dr kalian berdua utk membantu ibu.kesiannya membaca setiap tulisan puan.puan n suami telah bertindak sebaik mungkin.ya mntal illness yg ibu puan hadapi mmg sgt mendalam bayangkn selama ini apa yg dia hadap

dan mmg perkara sebegini jika dikaji lebih mendalam ada juga bole dikaitkn dgn ilmu ghaib..saka dan sebagainya.semoga Allah ampun kn kita semua..berusahalah utk buang saka ayah tu sblm ayah mngal sbb saka ni sepanjang keturunan.

Dia akn cari waris lain.allahhuakbar..moga terhindar dr kemurkaan Allah.buat ibu..moga cpt sihat.jika ada bekalan ubat..teruskn..sbb ank saya juga alami sc1zofrenia..

Akibat dr trauma masa disek dibuuli dan diejek.tp lepas dpt rawatan alhamdulillah dia sudah sembuh walaupun ubat still on.

awal bln 1 nnti nk jumpa doktor.mohon kiranya ada yg membaca komen saya ini doakn agar dia dh x perlu bergantung ubat dan sntikan lg.mntal illness mmg s4kit yg x berdrah.

kepayahan mrk sukar digambarkn..org disekeliling lah perlu kuatkn pes4kit utk pulih.moga puan..suami dan ibu puan dlm lindungan Allah sentiasa..aamiin.

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*