Pakai Cantik-Cantik, Kacau Kuali Depan Rumah Je, Tak Sangka Ini Puncanya

MEMASAK pun kena ada gaya!

Begitulah kisah wanita ini yang tular gara-gara video memasak di halaman rumahnya di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Kelihatan gigih menyediakan colek ala Thai (nam pla wan) dalam kuali besar, fesyen yang digayakan Nur Fazieha Mohamad Puji, 25, turut menjadi bualan ramai.

“Memang saya buat keputusan untuk tampilkan diri macam ni. Walaupun jual makanan, saya nak bergaya sebagaimana saya keluar hari-hari.

“Saya nak bina personal branding. Zaman sekarang, media sosial kena lain dari yang lain. Bukan nak perhatian, tapi saya nak berniaga. Nak perkenalkan makanan saya,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Faz, dia mengakui tidak terlepas menerima komen negatif di aplikasi TikTok, namun menganggap ia sebagai satu pembakar semangat buatnya.

“Pada saya, kita perlukan juga komen negatif. Lagi banyak orang komen, lagi banyak perhatian diberi kepada kita.

“Mungkin yang komen negatif ni tak faham kerana mereka tak berniaga. Suatu hari nanti kalau dah berniaga, mereka akan faham.

faz3

Faz berkata dia mahu tampil berbeza di media sosial sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan produknya..

“Kalau kita diam, jiran sebelah pun belum tentu beli,” ujarnya lagi.

Tambah Faz, dia sebolehnya mahu tampil dengan pakaian yang lebih bergaya dan pelik dalam video masakan akan datang.

Bercerita mengenai perjalanan bisnesnya, Faz berkata ia baru sahaja dimulakan sejak dua bulan lepas.

Kalau nak rakam video, saya akan memasak siang untuk cari lighting.

Dedah Faz, dia sebelum ini bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai gajet sebelum mengambil keputusan untuk berhenti pada Mac tahun lalu.

“Saya berhenti kerja sebab nak full time berniaga. Sebelum ini saya pernah berniaga bengkung. Saya berniaga makanan pula sekitar dua bulan lepas.

“Tiba-tiba dapat ilham nak jual makanan, masa tu saya fikir kena buat sesuatu untuk survive. Ada orang beri nasihat supaya saya jual produk sendiri, stop jual produk orang.

faz2

“Dia suruh saya mulakan dengan apa yang ada kat rumah. Alhamdulillah, masa hujung Mei saya bermula dengan satu kuali, sekarang tiga kawah.

“Kalau boleh suatu hari nanti saya nak cari tempat proper, nak buka kedai,” ujarnya.

Dalam perkongsian video di TikTok, Faz turut memohon maaf kepada jiran-jiran seandainya proses menghasilkan makanan di hadapan rumahnya turut mengganggu mereka.

“Kalau ikutkan, bau tak kuat. Saya biasanya akan memasak waktu malam. Kalau nak rakam video, saya akan memasak siang untuk cari lighting.

faz4

Faz memasak di halaman rumah sahaja sejak mula berniaga dua bulan lalu.

“Saya cuma risau jiran tak selesa, ada tong gas depan rumah saya. Takut mereka risau,” ujar anak bongsu daripada lima beradik itu.

Dedah Faz, colek ala Thai yang dihasilkannya sudah diedarkan ke seluruh negara dan dia kini mempunyai lebih 20 ejen.

Faz juga sempat menitipkan pesan buat peniaga baharu agak sentiasa cekal dalam mencari sesuap rezeki untuk diri dan keluarga.

“Ada yang takut nak berniaga, takut orang tak nak beli. Pada saya, tak kisah apa orang cakap. Teruskan apa yang terbaik untuk kita.

“Gunakan media sosial dengan sebaiknya. TikTok merupakan satu platform yang bagus,” ujarnya lagi.

Video,

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*