Kec0h Neelofa mencelah dalam IG live Ebit Lew, sekali Pu Riz dedah apa yg berlaku

Pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail mengakui pernah mendapat tawaran untuk menjalankan misi bantuan ke Gaza bersama isterinya, Neelofa dan Ustaz Ebit Lew pada Jun lalu.

Katanya, tawaran dan perbincangan tersebut turut melibatkan adik-beradik yang aktif dalam misi kemanusian Gaza, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.

Haris, 26, berkata, tawaran tersebut datang daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan mereka juga sudah menjalankan beberapa perbincangan secara dalam talian.

“Sejujurnya, betul saya bersama isteri dan beberapa selebriti lain termasuk Ustaz Ebit Lew mendapat tawaran untuk ke Gaza. Pergerakan ke sana juga dijadualkan pada Jun.

“Namun, saya dimaklumkan projek tersebut tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab.

“Kemudian, saya dapat tahu Ustaz Ebit Lew bersama pasukan dapat ke sana bagi menjayakan misi mereka. Itu adalah rezeki mereka,” katanya.

Terdahulu, nama Haris bersama isteri dan adik-beradik Heliza serta Hazwani Helmi disebut penyanyi rap, Caprice menerusi hantaran dalam InstaStory yang mendakwa mereka sepatutnya ke Gaza bersama Ebit Lew.

Pendedahan tersebut sekali gus menimbulkan pelbagai tanggapan, selain ada yang mendakwa Ebit mengambil kertas cadangan berkenaan bagi tujuan menjayakan misi sendiri.

“Cukup untuk saya jelaskan, memang saya bersama yang lain termasuk Ebit Lew dijemput untuk ke sana. Apa yang berlaku selepas itu, saya tidak ada pengetahuan apa-apa mengenainya.

“Saya harap perkara ini jelas dan orang ramai berhenti untuk membuat spekulasi. Saya berdoa semoga segala kebaikan yang kita kerjakan mendapat keredaan Allah,” katanya.

Neelofa mencelah dalam IG live Ebit Lew, tak puas hati terpalit kontr0versi – “Kenapa Caprice kaitkan nama saya?”

Neelofa mencelah dalam IG live Ebit Lew, tak puas hati terpalit kontroversi – “Kenapa Caprice kaitkan nama saya?”

TERPALIT dengan konflik antara Ebit Lew dan Caprice, pengacara popular Neelofa meminta namanya tidak dikaitkan dengan isu misi bantuan kemanusiaan Gaza.

Neelofa menerusi Instagram live personaliti dakwah Ebit Lew pada petang Khamis berkata, dia sendiri akan menghubungi penyanyi rap itu bagi menyelesaikan hal itu.

“Saya akan contact Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tak terlibat. This is not right!

“My mom pun tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz.

“Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas” tulisnya pada ruangan komen.

Sebelum ini, nama Neelofa dipetik oleh penyanyi Takda Hal Bro yang mendakwa pengacara itu sepatutnya tersenarai dalam rombongan misi bantuan ke Gaza, Palestin bersama Ebit Lew.

Bagaimanapun, Caprice mendakwa Ebit mengeluarkan beberapa nama termasuk Neelofa bagi menjalankan misi itu bersendirian.

Mengulas perkara berkenaan, Ebit berkata, Caprice menghubungi dia dan bertanya tentang dokumen yang kononnya nama Neelofa dan suaminya Harris Ismail turut tersenarai ke Gaza.

“Dia tuduh saya ambil dokumen yang ada nama dia, Neelofa dan Haris. Saya mesej saya secara tiba-tiba. Saya hanya bersangka baik tapi dia berkeras.

“Saya tak pernah jumpa dia, Neelofa dan Harris untuk berbincang fasal isu Gaza. Dia kata mak Neelofa yang beritahu pada dia hal itu.

“Saya tak bawa lari dokumen, saya ikut saluran yang betul,” ujar Ebit.

Terdahulu, Ebit Lew menerusi Instagram live menjawab segala fitnah dan menjelaskan isu hangat berkaitan Gaza yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Isu yang dibangkitkan oleh Caprice pada Jumaat lalu itu menjadi panas selepas seorang rakyat Malaysia, Nadir Al Nuri yang menetap di Semenanjung Gaza mendedahkan perjalanan pendakwah itu ke bumi bergolak itu tidak melalui cara yang sepatutnya.

Neelofa akan menghubungi Caprice berhubung dakwaan namanya turut terpalit.

Terdahulu, Neelofa menerusi beberapa maklum balas yang ditinggalkan semasa siaran langsung Instagram (IG Live) Ebit Lew tengah hari tadi meminta agar nama ibunya, Noor Kartini Noor Mohammed tidak lagi dikaitkan dalam perbalahan antara Ebit dan Caprice berhubung isu bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin yang heboh diperkatakan ramai sejak kebelakangan ini.

Sumber : Kosmo Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Kec0h Neelofa mencelah dalam IG live Ebit Lew, sekali Pu Riz dedah apa yg berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*