Doa Fattah Amin Mahu Fazura Bertudung Akhirnya Dimakbulkan, Alhamdulillah

TEKA-TEKI mengenai penampilan terbaharu Nur Fazura akhirnya terjawab apabila suami kepada aktres itu iaitu pelakon Fattah Amin mengesahkan bahawa isterinya kini sudah berhijab sepenuhnya.

Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin,31, dia bersyukur doa untuk melihat isterinya berubah ke arah menjadi muslimah lebih baik termakbul.

Penampilan baharu Fazura menarik perhatian ramai apabila kerap mengenakan hijab dalam setiap gambar yang dimuat naik menerusi media sosial.

180327704_112141060920224_7929866576148761368_n

“Sebagai seorang suami saya rasa bersyukur kerana itu apa yang saya doakan selama ini.

“Alhamdulillah, Fazura pun dah bertudung sekarang ni,” ujarnya kepada mStar.

Saya teringin nak bawa dia ke zoo kerana sekarang ni saya hanya bacakan buku tentang haiwan kepada Fatima.

Pelakon drama Isteriku Bukan Untuk Disewa itu berkata demikian ketika sesi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Hamba secara maya pada petang Khamis.

Selain itu, Fattah turut berkongsi hasrat untuk membawa cahaya mata sulungya Nur Fatima Aisya ke zoo apabila pandemik ini berakhir.

“Saya teringin nak bawa dia ke zoo kerana sekarang ni saya hanya bacakan buku tentang haiwan kepada Fatima.

nfsdnf

“Rasa kesian apabila dia sendiri tak dapat tengok dan kenal haiwan-haiwan tersebut secara langsung dan hanya melihat mereka melalui televisyen,” ujarnya.

Berkongsi perkembangan Fatima, Fattah berkata dia dan Fazura tidak senang duduk dan bimbang setiap kali anak mereka meragam.

Tambahnya, pelbagai perkara yang difikirkannya jika terdengar bayi itu menangis kerana terlalu sayangkan anak mereka.

Dalam perkembangan lain, single terbaharunya yang berjudul Hamba merupakan kolaborasi ketiga Fattah bersama komposer Hafiz Hamidun selepas single Kiriman Agung dan Sinar Selawat.

Lagu yang turut mendapat sentuhan serta kolaborasi bersama penyanyi rap Kmy Kmo itu bakal dilancarkan di kesemua platform digital mulai 23 Julai.

Fazura Lancar Koleksi Tudung Terbaru, 20,000 Helai Habis Terjual

Dua hari lalu, pelakon jelita Nur Fazura baru sahaja melancarkan koleksi tudung terbarunya diberi nama ‘Kakak Kita’ menerusi jenamanya Tudung Fazura.

Baru sahaja beberapa jam dilancarkan, Fazura berkongsikan di Insta Story koleksi tudungnya itu yang mempunyai 10 corak itu habis terjual sebanyak 20,000 helai dalam masa sehari.

Difahamkan, jualan tersebut mencatatkan rekod luar biasa. Menerusi entri itu, Fazura meluahkan rasa syukur di atas rezeki diberikan.

Hasil tinjauan di Twitter mendapati, rata-rata netizen teruja untuk mendapatkan tudung berkenaan apatah lagi hanya berharga RM27 sehelai yang pastinya sangat berbaloi.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen meluahkan rasa kecewa apabila gagal mendapatkan koleksi tudung berkenaan apabila semuanya sudah sold out.

Pada April lalu, Fazura melancarkan koleksi tudung Jauharah Square Scarves. Baru sahaja beberapa jam koleksi tudung tersebut telah pun habis dijual.

Sumber RK/Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Doa Fattah Amin Mahu Fazura Bertudung Akhirnya Dimakbulkan, Alhamdulillah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*