Tidak Berdiam Diri, Ini Respond Nadir Al Nuri Selepas Ustaz Ebit Lew Tanya Dimana Duit Rm20 Juta




PENDAKWAH terkenal Ustaz Ebit Lew mengakui dihujani pelbagai mesej caci-maki di media sosial susulan kontroversi berhubung pemergiannya ke Gaza.

Ujar Ebit, dia digelar syaitan, dajal, babi dan perompak oleh segelintir individu yang salah sangka dan beranggapan dia tidak telus dalam menguruskan wang sumbangan orang ramai.

Dalam siaran live pada Khamis, Ebit menyangkal persoalan yang ditimbulkan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Badan Bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman mengenai sumber wang yang digunakannya dalam misi itu.

Ebit turut mempersoalkan Nadir Al-Nuri serta duit sumbangan bernilai RM20 juta yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Kata Ebit, ke mana perginya duit mencecah RM20juta itu lebih wajar dipersoalkan memandangkan ia merupakan sumbangan orang ramai untuk rakyat Palestin.

“Orang selalu tanya apa saya buat dengan duit? Tak perlu cerita. Dia ingat saya bawa duit (rakyat) Malaysia ke sana. Yang kutip duit ni NGO.

“Dan yang mengetuai NGO ialah Nadir Al-Nuri. Bukan sikit, banyak dia kumpul RM20 juta. Sangat banyak. Patut soalan itu ditujukan kepada beliau mengenai RM20 juta seperti yang diisyhtihar dalam surat khabar.

“Mana RM20 juta? Kat akaun siapa? Check dengan Nadir Al-Nuri. Patut ditanya sebab melibatkan banyak duit. Tuan puan nampak RM20 juta kat mana?

INI RESPOND NADIR TENTANG NGO DIA

Selepas Ebit Lew keluar kenyataan semalam yang dituju kepada Nadir Al Nuri bermacam macam spekulasi yang keluar.

Dimanakah RM20 Juta? Duit apa sebanyak itu? Siapa yang pegang sebenarnya?

Hari ini Nadir Al Nuri melalui Telegram rasmi beliau telah mengeluarkan satu kenyataan.

Jom kita belajar sama-sama bagaimana NGO sebaiknya diurus sambil-sambil kami tunjukkan apa yang negara kita Malaysia dah buat untuk Palestin.

Ini hak kalian untuk tahu kerana kalian yang menyumbang, kami hanya menjadi jambatan yang menghubungkan kasih-sayang dan persaudaraan.

Kami juga akan memberikan maklum balas tentang 1001 keresahan yang sedang bermain di minda kalian, warga netizen.

Esok, jam 12 tengahari waktu Malaysia di laman Cinta Gaza Malaysia yang telah dibenam 2 kali sejak perang -> Terkini dan Sensasi Palestin

Tolong sebarkan seluasnya ya

Jadi esok adakah kita akan dapat jawapan yang ditanya oleh Ustaz Ebit Lew?

Siapa Nadir?

Nadir Al-Nuri Lahir di Scotland, Anak Seorang Profesor, Kahwini Balu Syahid & Ada 7 Anak, Kehidupan Sederhananya Jadi Inspirasi

Perkongsian peribadi Nadir Al-Nuri, satu-satunya rakyat Malaysia di wilayah Palestin berkenaan kontroversi dengan Ustaz Ebit Lew semalam, menjawab pelbagai persoalan yang viral sejak menjelangnya sambutan Aidiladha 1442H.

Tidak ingin terus ‘memanaskan’ keadaan, Majalah Nona terpanggil untuk berkongsi satu kisah menyedihkan tentang Nadir Al-Nuri, yang menjadi asbab perjuangannya sebagai aktivis kemanusiaan di sana.

Tapi sebelum itu, mungkin tidak ramai mengenali siapa Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. Berusia 34 tahun, Nadir sebenarnya dilahirkan di Scotland ketika bapanya membuat PhD di sana.

Bapa Nadir iaitu Prof Dr Kamaruzaman Yusoff merupakan seorang ahli akademik terkenal di UTM. Dia dibesarkan dengan asas pendidikan yang kuat dimana Nadir sendiri adalah bekas mahasiswa Asasi Sains UM, graduan Ijazah Sains Marin (UMS), Diploma Syariah dan Bahasa Arab (Kolej Antarabangsa Damsyik) dan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Universiti Islam Gaza).

Sebagai orang terpelajar dan lahir dalam sebuah keluarga berada, secara zahirnya pasti kita menyangka… Untuk apalah dia bersusah-payah tinggal di sana? Apa lagi berjuang sebagai satu-satunya warga Malaysia di Palestin sewaktu perang melanda?

Bertubi-tubi pertanyaan demi pertanyaan bermain di fikiran. Nadir tenang menjawab pertanyaan saya melalui kiriman voice note, termasuk kisah sedih yang menimpa isterinya, Reem Al-Minawi.

“Mengenang hari-hari di Gaza, kadangkala saya pelik sendiri bagaimana ianya dilalui. Elektrik yang datang seadanya, sempadan yang dibuka mengikut selera, keluarga yang terpisah bertahun lamanya.

Mungkin, di dunia yang ini, untuk saya sudah ada suratan. Suratan bahawa hidup saya untuk mengusap kepala anak yatim dan menyuap sang miskin, untuk berkorban usia membebas Palestin, dan bersedia, pada bila-bila masa, kalau ada ikhlas dan istiqamah, diseru Allah bertemu-Nya dengan tangan ibu dan ayah dipimpin.” Nadir Al-Nuri

Saya rasa ini kali pertama saya bercerita kepada khalayak tentang satu pengalaman yang sangat menyedihkan saya.

Sebagaimana yang kalian tahu, untuk masuk ke Gaza ni kita perlu melepasi sempadan Rafah. Ia terletak di antara bumi Gaza dan Mesir. Ia tidak selalu dibuka kerana dikawal dengan keizinan kerajaan Mesir dan Israel. Kadang-kadang 3 bulan atau 4 bulan sekali.

Jadi beberapa tahun lepas, saya bersama isteri dan anak sulung (Naeem) telah bermusafir ke Malaysia. Sekembalinya dari tanah air, dan dalam perjalanan untuk sampai ke Gaza semula, di Mesir, keadaan di sempadan Rafah ini seolah-olah keadaan di padang Mahsyar.

Berkumpul ribuan penduduk yang cuba untuk masuk ke Gaza dari pintu sempadan ni, dengan pengurusannya yang sangat-sangat buruk dan tidak sistematik.

Kadang-kadang kena tunggu 2 hari.

Masa ketika itu isteri saya menunggu dalam keadaan sedang mengandung, anak yang pertama (sepatutnya). Sebabkan keadaan itu, pihak kerajaan Mesir rasa kesian dan dia tak dibenarkan masuk cara biasa tapi dibuka sebuah pintu yang kecil.

Itu pun selepas beberapa jam menunggu dalam keadaan yang penat dan terpaksa berdiri untuk dibenarkan masuk.

Kami pun masuk melalui bawah pagar tu, merangkak perlahan-lahan untuk sampai kepada isteri. Alhamdulilah selepas penat yang begitu panjang, kami akhirnya dapat masuk ke Gaza semula.

Tapi selepas dua minggu, suatu hari isteri saya tiba-tiba meraung kesakitan. diikuti pendarahan dan ketulan-ketulan janin yang hancur. Kami dapat tahu kami kehilangan anak yang pertama kerana kepenatan yang melampau dalam tempoh dua minggu lepas, atau setepatnya ketika di sempadan tu.

Itulah pengalaman peribadi yang sangat menyedihkan, susah payah yang terpaksa kami tempuhi untuk masuk ke Gaza dalam keadaan yang sangat menyusahkan hingga anak yang dikandung pun terkorban.

Kasih sayang terhadap isteri dan anak-anaknya di Palestin membuatkan semangat Nadir lebih berkobar-kobar ingin memberikan yang terbaik buat semua pihak. Semoga segala usaha ‘frontliner bantuan kemanusiaan’ Malaysia ini dipermudahkan serta mendapat pembalasan terindah daripada Allah Taala.

Sumber Artikel : AwatttSyeikhh Network/Olahan RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*