Pendedahan Mengejutkan, Nadir Terangkan Beza Masuk Ke Gaza Guna Miles Of Smiles Dan Lucky Tours – “Pertimbang Sendiri Mana Lebih Bagus Dan Berkesan”

KEMELUT mengenai misi kemanusiaan pendakwah Ebit Lew ke Gaza bagaikan tidak berkesudahan biarpun dia sudah tampil memohon maaf pada Jumaat.

Ebit sebelum itu tampil menerusi siaran langsung dan menjelaskan bahawa dia masuk ke Gaza dengan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Lucky Tours.

Penjelasan Ebit itu sekali gus dilihat menafikan dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini yang menyatakan Ebit masuk ke Gaza menggunakan sebuah syarikat bernama Hala yang perlu dibayar dengan harga mahal sehingga menjejaskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Pada Sabtu, Nadir tampil memberi penjelasan mengenai perbezaan antara syarikat Hala dengan Miles of Smiles yang pernah disebutnya sebelum ini yang mana menurut Nadir, Hala dan Lucky Tours adalah syarikat yang sama.

“Yang pertama sekali yang ditanyakan kepada kita, adakah betul bila mana ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang masuk melalui syarikat Lucky Tours lebih baik berbanding Miles of Smiles?” soalnya.

Menurut Nadir, bumi Gaza bukanlah sebuah destinasi pelancongan.

Malah katanya, tidak wujud persaingan harga antara agensi pelancongan dalam membawa mana-mana individu mahupun NGO ke bumi bergolak itu.

“Bila mana kita sebut bukan tempat pelancongan, maksudnya ia bukanlah tempat yang kita boleh dapatkan banyak syarikat pelancongan yang bersaing untuk bagi masuk ke dalam bumi Gaza. Siapa yang paling murah, kita akan ambil… tidak.

1227561

Menurut Nadir, syarikat Hala merupakan satu entiti bisnes berbeza dengan Miles of Smiles.

“Bumi ini adalah bumi konflik, bumi penuh keberkatan, bumi yang susah untuk masuk. Dalam banyak-banyak tempat yang susah nak masuk, ia tak sesusah nak masuk ke bumi Gaza ini. Sebab itu kita sebutkan bahawa syarikat yang ada untuk menguruskan orang masuk ke Gaza, saya sebut syarikat perniagaan hanyalah satu syarikat sahaja yang nama rasminya dikenali sebagai Lucky Tours.

“Dan nama tidak rasminya atau nama yang orang tempatan kenal, orang Gaza kenal, yang semua orang di Gaza ini tahu berada di bawah pihak intelligence di Mesir, yang mana ketua atau timbalan ketua kepada intelligence di Mesir ini ialah anak kepada Presiden, Jeneral Al-Sisi, dia yang memiliki syarikat ini, syarikat Hala ini, ataupun syarikat Lucky Tours ini.

Miles of Smiles ini adalah sebuah NGO dan Lucky Tours atau Hala ini sebuah entiti bisnes.

“Bagilah nama nak bagi apa pun, ia ialah satu syarikat sahaja. Bukannya banyak syarikat, dengan nama berbeza-beza yang kita boleh banding harga dan sebagainya,” kata Nadir menerusi sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia yang disiarkan di Facebook.

Ujarnya, syarikat itu dibangunkan sebagai alternatif untuk rakyat tempatan masuk secara mudah dengan cara membayar bagi melakukan perjalanan ke Gaza.

Malah kata Nadir, Lucky Tours yang disebut Ebit merupakan satu entiti bisnes, berbeza dengan Miles of Smiles yang merupakan sebuah koalisi NGO.

Kata Nadir lagi, wang A$10,000 yang perlu dibayar kepada Miles of Smiles bukan bertujuan untuk memudahkan perjalanan ke Gaza, sebaliknya wang itu disalurkan kepada penduduk Palestin sendiri.

“Hala ataupun Lucky Tours untuk orang tempatan yang nak masuk dari bumi Gaza, dari Mesir dia kena bayar A$600. Ataupun dia nak keluar dari bumi Gaza, kena bayar A$600. Dia nak masuk dari Kaherah ke Gaza semula, dia kena bayar lagi AS$600. Itu orang tempatan. Jadi AS$1,200.

1227748

Kunjungan Ebit ke Gaza menjadi perdebatan ramai sejak beberapa hari lalu.

“Untuk orang luar yang disebutkan sebahagian NGO yang masuk dengan Lucky Tours atau Hala ini, mereka perlu bayar A$2,500. Dan disebutkan pula Miles of Smiles kena bayar A$10,000. Jadi buat apa pergi dengan yang mahal sedangkan boleh pergi dengan yang murah?

“Jawapannya sangat-sangat senang sahaja, kita kena tahu beza Miles of Smiles dengan Lucky Tours atau Hala ini iaitu Miles of Smiles ini adalah sebuah NGO dan Lucky Tours atau Hala ini sebuah entiti bisnes.

“Maksudnya bila kalian bayar ke Miles of Smiles A$10,000 itu bukannya untuk pengangkutan, bukannya untuk masuk diiringi, bukan untuk mudahkan perjalanan tetapi jumlah itu adalah wang komitmen yang kita bayar untuk tunjuk kita komited masuk ke Gaza bagi memberi bantuan.

“Wang itu bukan untuk Miles of Smiles tapi akan digunakan untuk penduduk Palestin,” jelasnya panjang lebar.

Malah kata Nadir, ada pihak yang menunjukkan komitmen tinggi turut diberi kelonggaran dan tidak perlu membayar wang A$10,000 kepada Miles of Smiles.

Jelasnya lagi, kemasukan ke bumi Gaza melalui Miles of Smiles bukanlah satu perkara asing buat NGO yang sudah terbiasa ke sana.

“Itu beza antara Hala atau Lucky Tours dan juga Miles of Smiles. Kalau kalian rasa kalian nak bayar AS$2,500 untuk masuk dan manfaatnya dapat kepada pemilik bisnes Lucky Tours, duit itu hangus begitu sahaja.

“Sekiranya duit itu duit kalian sendiri, gunakanlah di mana sahaja kalian nak guna. Tapi kalau ia duit sumbangan, duit NGO, atau kalian nak jadi penyumbang atau penggerak NGO yang lebih bijak, maka bolehlah guna Miles of Smiles.

“Itu lebih utama. Letak AS$10,00 pasti ia dapat digunakan untuk penduduk Palestin. Pertimbangkan sendiri mana lebih bagus dan berkesan,” ujarnya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Pendedahan Mengejutkan, Nadir Terangkan Beza Masuk Ke Gaza Guna Miles Of Smiles Dan Lucky Tours – “Pertimbang Sendiri Mana Lebih Bagus Dan Berkesan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*