Yusuf Azmi tampil bagi satu nasihat kepada semua mereka yang terlibat

Andai Perjuangan ini mudah pasti Ramai Menyertainya..

Hakikat Perjuangan bukan begitu.

Segala Pahit dan Manis harus kita laluinya..

Ikhlas tidak semudah kita bicara..

Keikhlasan tu hanya Allah yang mengetahui..

Kalau kesalahan manusia yang dicari pasti banyak yang kita ketemui..

Kita Hamba janganlah begitu.

Kita bukan Malaikat..

Kita Hamba manusia yang mempunyai Nafsu.

Pasti ada kelemahan..

Kalau bu.ruk yang kita cari.

Buru.klah kita dapat..

Carilah Kebaikan.

Carilah titik persamaan..

Baginda Rasullah s.a.w pasti sedih dengan kita..

Sesama islam mencari aib dan membuka aib sesama islam..

Saya Yakin Ustaz Ebit , Adinda Caprice , Saudara Firdaus Wong, Saudara Nadir Al Nuri dan semua pejuang pejuang kebenaran dan membantu umat manusia..

Marilah bersama sama membuang yang keruh dan ambil yang jernih..

Saya rujuk kepada antara hadis hadis Baginda Rasululllah

Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Muslim -2590 dalam sahih-nya)

Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang Muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi – 2032)

Daripada Jarir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal dengannya dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barang siapa yang memulakan dalam Islam suatu sunah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun.” (Hadis riwayat Muslim – 1017) dalam Sahih-nya)

Mohon selalu kepada Allah SWT supaya Dia pelihara aib kita daripada tersebar.

Semoga Ustaz Ebit Lew terus kuat dan berjuang dan berdakwah untuk diperlihatkan IKON Kebajikan Masyarakat Malaysia..

Semoga Adinda Carprice terus berjuang cara moden islam untuk orang muda di Malaysia..

Semoga Saudara Firdaus Wong terus islamkan seramai mungkin umat manusia di Malaysia..

Semoga Saudara Nadir Al Nuri terus berjuang untuk Saudara kita di Gaza..

Saya nasihatkan khusus kepada diri saya.

Antara perkara penting kita kena nasihat pada diri kita sendiri sebelum nak berjuang.

Kita kena bersama dan segala aspek sudut demi kebaikan Islam dan kemanusiaan..

Kita kena rasa bahagia bila melihat orang berjaya dan bahagia..

Kita kena rasa bahagia bila ada orang nak membela agama Allah..

Kita kena rasa bahagia bila ada orang membawa contoh yang baik untuk islam dan menjadi teladan yang baik pada umum..

Hadirkan dalam diri bahagia.

Lawan Syaitan yang melintas dalam diri kita..

Katakan pada Syaitan “Aku Bahagia” ,

Bila islam bahagia..

Semoga bermanfaat..

Allahuallam

‎لا إله إلا الله محمد رسول الله

‎الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Yusuf Azmi

Hamba Allah Al Faqir

Saya maafkan semua, cukuplah sampai di sini – Ebit Lew

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew memaafkan semua pihak yang melabelnya sebagai syaitan, dajal, babi, bodoh, penunggang serta segala macam fitnah dan kecaman yang menjatuhkan dirinya.

Menerusi coretan terbaharu di laman Facebook miliknya, beliau turut memaafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah bapanya, isteri dan dan anak-anaknya.

“Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya dengan ini dari hujung rambut hingga ke hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja secara langsung atau tidak langsung atas apa yang berlaku ini.

“Niat saya hanya hendak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf ya pada semua,” tulisnya hari ini.

Pendakwah disegani ramai itu turut berpesan kepada dirinya sendiri dan semua agar bersatu hati dan bersama-sama berdoa supaya Allah mengangkat musibah Covid-19 di negara ini.

Beliau berkata, sengketa yang wujud tidak menguntungkan sesiapa melainkan syaitan sedangkan ramai lagi orang miskin, anak yatim kelaparan selain ada yang hilang pekerjaan dan tiada tempat berteduh memerlukan bantuan.

“Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila dua orang berselisih kedua-duanya tidak untung. Tetapi yang untung ialah syaitan.

“Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya. Cukuplah sampai sini. Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat ibu bapa saya,” ujarnya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*