Caprice Kesunyian Sambut Hari Jadi, Masih Belum Dapat Masuk Gaza – “Berhijrah Seorang Diri Di Negara Orang..”




Sempena ulang tahun kelahiran ke-33 hari ini, penyanyi rap Caprice berkongsi di InstaStory dengan meluahkan rasa kesunyian apatah lagi sedang ‘berjihad’ seorang diri di luar negara.

Pemilik nama Ariz Ramli itu berkata, ia adalah hari paling sukar untuk ditempuhi dalam kehidupannya sejak meninggalkan Malaysia lebih sebulan lalu bagi misi kemanusiaan ke Gaza.

“This has been the toughest 40 days of my life. The first time kita beribadah dan berhijrah seorang diri di negara orang.
“I’ve never felt lonliness like this before. Yet the most closest to Allah in the past 5 days,” tulisnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Takut kolaborasi bersama Yonnyboii itu tetap bersyukur dengan apa yang telah terjadi selain berharap orang ramai akan ‘memahami’ situasi sebenar satu hari nanti.

“Alhamdulillah for everything that has happened. Insyaallah one day all of this will make sense to you and the ummah,” ujarnya.

Sebelum ini, Caprice mencetuskan kontroversi apabila mempersoalkan beberapa isu berhubung misi kemanusiaan di Palestin yang membabitkan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew.

Isu berkenaan terus ‘panas’ selepas Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri mendedahkan sisi lain mengenai pasukan Ebit sehingga berlarutan selama beberapa hari.

Difahamkan, dia yang ketika ini berada di Mesir masih belum dibenarkan masuk ke dalam wilayah bergolak tersebut selain menyatakan keputusan enggan pulang ke tanah air demi meneruskan misi seorang diri.

Luahan Caprice

Bismillah.

Salam, whoever have met me from JAIS, JAKIM, wakil rakyat, students, and places where i have shared my vision for the ummah. Sebagai individu, caprice banyak buat dosa dan banyak lagi kene belajar tentang agama. However, I hope you know that i will never LIE atau sebar fitnah when it comes to Kemajuan Islam dan umat Islam.

Caprice minta maaf dgn cara caprice waktu terlalu emosi tetapi selama ni kita memang bagi sokongan 300% kepada tuan Nadir di Gaza dan Ebit Lew. Pekara yang kita tahu, insyaAllah kalau bukan di dunia, kita jumpe di sana.

Caprice doa untuk ebit lew dan team ebit lew, walaupon misi kita ke Gaza sangat berbeza, if we cant even have peace among ourselves, ape lagi di Palestine? Selama kita berada di sini, Caprice masih rujuk kepada Ulama dan berape ustaz tentang perjalanan Caprice di sini dan Alhamdulillah, walaupon semua tegur cara caprice, tetap mintak Caprice teruskan dgn misi dan pejuang kita.

Sebelum naik kapal terbang lagi, team leader sudah bagi tahu awal2 itu tempat perang ade risiko yang kita tak akan pulang. Sebelum naik kapal terbang lagi Caprice sudah niat dan sedia untuk rugi dunia janji tak rugi akhirat. Dan hari ni, kita sudah rase bende tu.

I will continue to fight for diplomacy, peace, and compassion for not just Palestine, but any corner of the World. I will defend anyone who are oppressed tak kisah bangsa dan agama.

This has been the toughest journey in my road of hijrah and ibadah, i will continue until my last breath.

iam sorry once again if you are hurt, i do not wish to continue this debate, i hope to only unite and achieve a collective goal of peace in Palestine. If i have to defend myself in court, i will do so with the guidance of Allah. Thank you.

Salam ❤

Sumber: Instagram Caprice

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*