Tiba-Tiba “Lepas Vaksin Buka Tudung?”, Ramai Selar Tindakan Nina Iskandar, Ini Jawapan Nina

Pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar tampil menjawab pertanyaan peminat apabila kelihatan tidak lagi bertudung di Instagramnya baru-baru ini.

Menerusi hantaran foto selepas mendapatkan suntikan vaksin, Nina kembali mendedahkan rambut dan hal itu mencetuskan pelbagai pertanyaan daripada peminat dan netizen.

Jelas Nina, dia tidak pernah memberikan sebarang kenyataan untuk mengesahkan imejnya sebelum ini setiap kali diajukan pertanyaan oleh media.

“Setiap orang ada perjalanan sendiri, begitu juga saya.

“Apabila rakan media bertanya pada saya ‘Nina sudah kembali berhijab ke?’

“Jujur saya cakap, berat untuk saya jawab. Itulah sebab kenapa saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengesahkan apa-apa.

“Saya masih belajar setiap hari untuk menjadi insan yang lebih baik,” tulisnya.

Di ruangan komen pada foto berkenaan, ramai yang mempertikaikan tindakan Nina selain menyifatkannya kelihatan lebih manis ketika berhijab sebelum ini.

“Sebelum vaksin pakai, selepas vaksin buka. So jangan ambil vaksin.

“Cantik lagi pakai tudung.

“Job tak ada kena buka tudung.

“Aik kejap pakai tudung kejap tak…

“Nak pakai tudung bukan mudah, tak cakap orang lain tapi pada diri sendiri. Saya sendiri pun kejap pakai kejap buka, kita manusia tak apa perlahan-lahan semoga akan dapat istiqamahnya.

“Jangan persoalkan dia dengan soalan yang tidak seharusnya di khalayak. Doa yang baik-baik.. Saya percaya Nina orang yang baik,” tulis sebahagian pengguna di ruang komen.

Bagaimanapun, netizen turut memerhatikan zikir auto yang berada di jari Nina dan menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mempertikaikan keimanan seseorang.

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Nina Iskandar

biodata dan latar belakang pelakon nina iskandar 1 563

1. Pemilik nama penuh Nur Akmalina binti Iskandar.

2. Lahir pada 4 Ogos 1991 di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Kini berusia 28 tahun.

3. Kediaman terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

4. Bergiat dalam dunia seni sebagai pelakon dan model.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

6. Anak kedua daripada empat adik-beradik.

7. Pernah mengenakan hijab, sebelum akhirnya kembali dengan imej asalnya yang tidak bertudung.

8. Memulakan kerjaya membintangi drama negara Brunei berjudul Etna Suraya, hasil kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).

9. Pernah mengikuti pengajian dalam jurusan Pengurusan Perniagaan di Kolej International Graduate Study (IGS) di Bandar Seri Begawan, namun memutuskan untuk berhenti belajar kerana ingin memberi fokus kepada kerjayanya sebagai pelakon.

10. Pada 27 November 2018, beliau terbabit dalam kemalangan jalan raya yang turut melibatkan dua buah kereta lain. Bibirnya koyak, malah hidungnya patah dalam insiden yang berlaku di Kuala Lumpur itu.

11. Membintangi filem Ada Apa Dengan Rina? (filem Brunei), Muka Surat Cinta, Sniper, Lu Gua Bro, Pengantin Malam dan Hospital.

12. Juga drama televisyen, antaranya Rintihanku, Jika Itu Takdirku , Dendam Semalam, Lari Mira, Mr Tanda Soal, Andainya Takdir, Bicara Cinta Tertangguh, Cinta Bukan Kristal dan Setelah Cinta Itu Pergi.

13. Termasuk telefilem Serambi Mama, Pondok Itu Rumahku, Sha, Shah & Syawal, Kalau Aku Kaya, 13 Tiang Cinta, Siapa Dia Sebenarnya, Jasmine, Bini Muda, Ratu Kebaya Masuk U, Syahadah Terakhir, Gerabak Cinta dan Senarai Raya Papa.

14. Tercalon dalam kategori Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 serta Pelakon TV Wanita Popular dan Pasangan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Foto,

biodata dan latar belakang pelakon nina iskandar 2

 

biodata dan latar belakang pelakon nina iskandar 3

 

biodata dan latar belakang pelakon nina iskandar 4

 

Sumber Gempak/Illuminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*