Penampilan Terkini Cat Farish Buat Ramai Terkejut, “Sakit Ke, Nampak Tua”

Ruffedge antara kumpulan nyanyian yang amat popular di tanah air. Salah seorang ahlinya ialah Cat Farish.

Ada satu kisah yang berlaku tentang Cat Farish ketika ini, iaitu penampilannya. Jika sebelum Cat sentiasa dikenali dengan seorang yang berbadan agak besar, kini Cat Farish kelihatan amat lain sekali.

Penyanyi ini kelihatan semakin kecil badannya dan sekaligus mengundang tanda tanya di kalangan netizen terutama peminatnya.

Ada yang beranggapan kemungkinan Cat ketika ada jatuh sakit kerana kelihatan amat lain sungguh. Ada juga menulis komen mengatakan dia kini kelihatan agak tua berbanding dulu.

Melihat ramai yang memberi komen tentang penampilan terkininya, ini respon Cat Farish.

“Bila kita dah kurus ada orang cakap macam jatuh sakit, bila gemuk orang tetap akan cakap macam-macam juga. Kadang-kadang ada juga yang kata saya kini nampak lebih tua. Tak kisahlah, suka hati mereka lah nak cakap apa kerana yang paling penting saya buat semua ni untuk sihat dan demi family saya. Saya tak ada rasa kecil hati, ini semua usaha saya sendiri.

Tentang keadaan terkininya, Cat memberitah dia telah buat satu operation bariatrik iaitu sleeve gastrectomy yang mana ianya melibatkan pembuangan 70 hingga 80 peratus perut sekitar bulan November tahun lalu.

Kurus orang cakap sakit, ada juga kata nampak tua” - Cat Farish tak peduli mulut orang, yang penting sihat - Hiburan | mStar

Hasil daripada operation berkenaan, Cat memberitahu beratnya berjaya turun lebih kurang 55 kilogram. Katanay semasa mula, beratnya 130 kilogram dan kini dah jadi 75 kilogram sahaja.

“Mulanya, saya buat check kesihatan tahun lalu. Doktor dedahkan keadaan saya teruk juga. Ada pelbagai masalah kesihatan termasuklah diabetes, mudah tidur dan juga semput. Saluran pernafasan saya sempit kadang-kadang tak boleh nak bernafas. Masalah pernafasan ini juga membuatkan saya jadi lebih banyak makan.

“Kerana banyak masalah yang saya ada, doktor pun beri nasihat agar saya buat surgery bariatrik”.

Setealh buat operation berkenaan, Cat Farish turut ambil inisiatif kawal makan dan buat diet karbohidrat selama lapan bulan. Penyanyi ini juga tak ambil gula dalam minuman dan makannya.

“Lepas surgery, saya buat diet karbohidrat selama lapan bulan sampailah sekarang. Saya makan ikan, ayam dan sayur. Daging kadang-kadang saja saya makan. Saya juga dah tidak amik gula”

Ternyata usaha Cat Farish kini berhasil, yang paling penting kini dia semakin sihat.

Trivia Cat Farish

Farish bin Ramli atau lebih dikenali sebagai Cat Farish (dilahirkan pada 12 Julai 1974) merupakan seorang pemuzik, penyanyi, pelakon, penulis lagu, penyanyi rap, penerbit rakaman Malaysia dan salah seorang daripada anggota asal kumpulan Ruffedge. Beliau mengasaskan Ruffedge pada 1997 dan merupakan penyanyi rap bagi kumpulan ini. Beliau kemudiannya mewujudkan kumpulan muziknya sendiri, The Fabulous Cats pada 2006 dan Tiga Swagger pada 2014.

Kurus orang cakap sakit, ada juga kata nampak tua” - Cat Farish tak peduli mulut orang, yang penting sihat - Hiburan | mStar

Beliau turut menulis lagu dan terbabit dalam beberapa projek yang melibatkan artis baru seperti FO3, Nabil, Sedozen, Moleq dan Caprise N Noa. Beliau turut memiliki sebuah studio muzik di Kuala Lumpur.

Di luar bidang muzik, beliau juga bergiat aktif dalam bidang lakonan dan telah membintangi beberapa filem termasuk Remp-It (2006), Impak Maksima (2007), Jangan Pandang Belakang Congkak (2009) dan Coverina (2015) serta telah membintangi beberapa drama TV termasuk Gerak Khas.

Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1974 di Teluk Intan, Perak dan merupakan anak sulung daripada dua beradik. Beliau mempunyai seorang adik perempuan. Membesar di Ulu Kinta, Cat mendapat pendidikan di SMK St. Anthony Teluk Intan. Menurutnya, semasa konsert Jelajah Era di Teluk Intan, Cat menyatakan bahawa beliau pernah tinggal di Eastern Garden. Cat pernah bekerja dengan beberapa kedai muzik, antaranya Tower Records, beliau juga pernah bergiat aktif bersama kumpulan Hakikat di kampung halamannya.

Cat mendirikan rumahtangga dengan Hartini Ramly pada Mei 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata – Nia Karlyssa (lahir 2008), Eva Latheefa (lahir 2010) dan Qul Iskandar (lahir 2011). Bagaimanapun, perkahwinan mereka berakhir pada April 2016. Dalam temuramah bersama Berita Harian pada September 2016, Cat berkata setiap hari beliau menangis memikirkan keluarganya, lebih-lebih lagi dengan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian beliau. Beliau berkata:

“Selepas bercerai, baru saya sedar selama ini saya mengabaikan hati dan perasaan isteri serta anak-anak. Saya terlalu sibuk dengan muzik dan kerjaya hingga tidak mampu memberikan komitmen kepada rumah tangga. Saya dibesarkan dalam keluarga yang berpecah-belah. Saya tidak mahu anak-anak lalui kesusahan yang sama pernah saya rasai,”

Cat juga berkata, selepas perceraiannya dengan Hartiny, hak penjagaan 3 anak mereka kini diberikan kepada bekas isterinya. Beliau turut mengakui terlalu hanyut dengan nikmat dunia menjadi punca perceraiainnya. Beliau juga menegaskan “trauma untuk berkahwin”.

Beliau berkahwin kali kedua dengan Suriani Hassan pada 20 November 2020.

Cat Farish bernikah kali kedua

Sumber News-Tel

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Penampilan Terkini Cat Farish Buat Ramai Terkejut, “Sakit Ke, Nampak Tua”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*