“Amat Dukacita”… Agong Ulang 2 Kali Sebelum Tegur Takiyuddin Dan Kerajaan, Kerajaan Telah Membatalkan Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Baginda

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada 26 Julai baru-baru ini, bahawa kerajaan telah membatalkan Ordinan Darurat yang dimasyhurkan oleh baginda, sedangkan pembatalan belum lagi diperkenankan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah menegaskan, dalam pemerintahan Raja Berperlembagaan dan sistem Demokrasi Berparlimen bertunjangkan prinsip keluruhan perlembagaan, semua pihak perlu mematuhi kedaulatan undang-undang.

Menurut Perkara 150(28) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubahan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada baginda.

“Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

“Baginda menegaskan bahawa kenyataan menteri di Parlimen pada 26 Julai adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen.

agong amat dukacita

Sebahagian kenyataan mengenai Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita. sumber facebook Istana Negara

Selain itu, Al-Sultan Abdullah bertitah kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dalam Rukun Negara, malah membelakangi fungsi dan kuasa baginda selalu Ketua Utama Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Baginda sedia maklum akan perlunya baginda bertindak mengikut nasihat jemaah menteri seperti terkandung dalam Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Namun, baginda menzahirkan pandangan bahawa selaku Ketua Utama Negara, mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran jika berlaku sebarang tindakan yang tidak berpelembagaan oleh mana-mana pihak, khususnya mereka yang melaksanakan fungsi dan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Baginda menegaskan bahawa ahli-ahli Parlimen supaya memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara pada ses sidang Parlimen yang kini berlangsung untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi rakyat dan negara ketika krisis pandemik Covid-19,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Takiyuddin berkata, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.

Batal Ordinan Darurat perlu pengumuman rasmi

SEREMBAN: Penamatan Proklamasi Darurat dan pembatalan enam Ordinan Darurat oleh kerajaan perlu diumumkan secara rasmi, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau turut menyifatkan pembatalan Ordinan Darurat oleh kerajaan semalam, tanpa pengumuman rasmi sebagai tidak berpelembagaan.

“Ordinan Darurat dilaksanakan tanpa di bentangkan di Parlimen, tidak didebatkan dan pelaksanaannya tidak dapat di semak dan imbang oleh Parlimen.

“Namun secara tiba-tiba ia dibatalkan. Semua dilakukan tanpa ketelusan. Tiada pengumuman rasmi, tiada pembentangan di Parlimen, tiada makluman dari Istana Negara dan perwartaan.

“Sejak bila Parlimen hanya menjadi ‘rubber stamp’ kepada keputusan Kabinet,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan tempoh Darurat dan Ordinan yang dibuat sepanjang tempoh Darurat selepas 1 Ogos.

Di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata enam Ordinan Darurat yang dirangka dan dikuatkuasakan ketika tempoh Darurat dibatalkan oleh kerajaan pada 21 Julai lalu, selepas mesyuarat Kabinet pada tarikh yang sama.

Pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan tempoh Darurat dan Ordinan yang dibuat sepanjang tempoh Darurat selepas 1 Ogos. - Foto BERNAMA

Dalam perbahasan hari ini, Takiyuddin berkata, beliau hanya akan menjawab soalan itu pada Isnin ini, apabila beliau memberi taklimat kepada Dewan mengenai Proklamasi Darurat.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, tindakan itu dilihat sangat merisaukan yang mana jika dibenarkan berterusan, negara boleh menuju ke kancah tidak sihat.

“Sepatutnya, ia perlu lebih telus dan tidak menggunakan krisis untuk melemahkan pelbagai instrumen semak dan imbang. Malah, tidak harus sama sekali menggunakan krisis untuk mengukuhkan lagi kuasa eksekutif,” katanya.

Mohamad berkata, pembatalan Ordinan Darurat membuktikan kebenaran pendirian UMNO sejak awal lagi bahawa darurat adalah tidak perlu.

Beliau berkata, UMNO sudah melakukan tugasnya senafas dengan desakan rakyat menentang perisytiharan darurat, mendesak pembatalannya, mengembalikan persidangan Parlimen dan mengembalikan fungsi Perlembagaan.

“UMNO ternyata betul bahawa menggantung Parlimen dan melumpuhkan Perlembagaan bukan caranya untuk menguruskan krisis kerana natijahnya Parlimen perlu bersidang.

“Pendirian UMNO juga benar bahawa menyelesaikan krisis ekonomi dan kesihatan negara memerlukan pembabitan semua dan bukan hanya tindakan eksekutif,” katanya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*