Tiada sebelah tangan, rider guna tangan palsu sorok kekurangan demi cari rezeki

Biarpun diuji dengan kekurangan dalam hidup, ia tidak bermakna seseorang itu harus menyerah kalah dan membenarkan diri dibelenggu kesedihan sepanjang masa.

Sebagai manusia selagi hayat masih dikandung badan, teruskanlah melangkah dengan gagah.

Begitulah seperti kisah pemuda ini yang mencuri perhatian netizen di aplikasi TikTok. Walaupun dirinya hanya memiliki sebelah tangan, namun dia tidak berputus asa dan tidak menanti belas kasihan daripada orang lain.

Guna tangan palsu, sembunyi kekurangan

Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, pemuda itu sedang bersiap sedia untuk bertugas sebagai rider. Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila pemuda itu menggunakan tangan palsu bagi menutupi kekurangan yang ada pada dirinya.

Meskipun begitu dengan segala kudrat yang ada, dia tetap gigih melakukan pekerjaan sebagai seorang rider dari pagi hingga ke malam.

Tak dinafikan lagi keadaan fizikalnya itu menyukarkan kegiatan harian malah boleh membahayakan nyawanya. Namun, itu sedikitpun tidak mematahkan semangatnya untuk mencari rezeki halal demi meneruskan kelangsungan hidup.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengakui tersentuh dan terharu tatkala menyaksikan perkongsian pemuda itu. Malah, ada juga yang berasa sedih dan meluahkan rasa syukur kerana telah dilahirkan cukup sempurna.

Kekurangan bukan penghalang

Terkejut tengok tangan palsu

Murahkanlah rezeki bro ni

Semangat yang tiada pada semua orang

Inspirasi

 

Sumber: TikTok @nabilahmad400/OMM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Tiada sebelah tangan, rider guna tangan palsu sorok kekurangan demi cari rezeki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*