Agong boleh dapatkan penjelasan sebelum keluarkan kenyataan – Zuraida

Kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung cadangan pembatalan ordinan darurat pada 29 Julai lalu adalah tidak “tidak wajar” (not proper), menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Zuraida berkata Yang di-Pertuan Agong, yang perlu menurut nasihat kabinet dalam kebanyakan perkara, boleh mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah.

Dia berkata demikian dalam rancangan bual bicara bahasa Inggeris, Consider This di Astro Awani malam tadi.

Menjawab soalan pengacara berkenaan pembatalan ordinan darurat, Zuraida berkata sebagai anggota dalam kabinet, dia yakin ia dibuat dengan proses yang betul.

“(Malaysia adalah) raja berperlembagaan di mana (raja) perlu mendapat nasihat kabinet dan perdana menteri tentang apa sahaja.

“Saya sedikit kecewa. Apa saja yang mereka tidak jelas, mereka seharusnya menghubungi Pejabat Perdana Menteri. (Lebih-lebih lagi) perdana menteri (mengadap Agong) sekali seminggu sebelum mesyuarat kabinet,” katanya.

Malaysiakini

Zuraida menjelaskan yang kebinet memutuskan untuk membatalkan ordinan darurat pada 21 Julai dan – berdasarkan proses yang ada – membawa keputusan itu kepada Agong.

“Agong seharusnya mendengar apa yang disyorkan oleh kabinet. Sepatutnya ada perbincangan dan libat urus.

“Tidak harus ada sebarang kenyataan awam yang saya fikir tidak wajar (not that proper) dalam sistem raja berperlembagaan,” katanya lagi.

Ketika dinyatakan bahawa persetujuan istana diperlukan untuk sebarang undang-undang, Zuraida tidak setuju.

“Jika penasihat undang-undang Agong sangat cermat dalam pentafsiran (undang-undang), dia akan tahu yang walaupun Agong tidak setuju, dalam masa 30 hari ia akan selesai atau memakan masa enam bulan.

“Jadi, perbahasan tentang perkara ini membazir masa memandangkan kita tahu akhirnya bergantung kepada kerajaan dan kabinet untuk memutuskan dan Agong perlu mendengarnya.

“Jika (istana) perlu penjelasan, kita akan jelaskan. Itulah yang seharusnya,” kata Zuraida.

T3mpoh 30 hari yang dinyatakan Zuraida mungkin m3rujuk k3pada P3rkara 66(4) P3rl3mbagaan P3rs3kutuan yang m3nyatakan Agong “h3ndaklah dalam masa 30 hari s3l3pas s3suatu Rang Undang-Undang dik3mukakan k3padanya m3mp3rk3nankan Rang Undang-Undang itu d3ngan m3ny3babkan Mohor B3sar dicapkan pada Rang Undang-Undang itu”.

P3rkara t3rs3but m3rujuk khusus k3pada rang undang-undang yang diluluskan di Parlim3n. Tidak j3las jika ordinan darurat turut t3rpakai dalam P3rkara t3rs3but.

B3rk3naan t3mpoh 3nam bulan, Zuraida m3rujuk P3rkara 150(7) P3rl3mbagaan P3rs3kutuan yang m3nyatakan jika tidak dibatalkan m3n3rusi Parlim3n, ordinan darurat akan b3rh3nti b3rkuat kuasa s3l3pas 3nam bulan tamatnya darurat.

Apabila ditanya b3rk3naan k3nyataan Agong yang M3nt3ri di Jabatan P3rdana M3nt3ri (Parlim3n dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan t3lah m3ng3lirukan d3wan rakyat b3rk3naan p3rkara itu, Zuraida m3mp3rtahankan Takiyuddin.

“Jika anda dengar dengan cermat apa yang dikatakan – perkataan demi perkataan – dia tidak berkata apa-apa tentang ordinan. Dia kata kabinet telah membatalkan ordinan pada 21 Julai.

“Jadi itu keputusan kabinet. Tiada apa yang salah,” katanya lagi.

Pada 29 Julai lalu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan yang tegas kepada eksekutif. Antara lain, ia berkata Agong “sangat dukacita” dengan Takiyuddin yang berkata ordinan darurat telah dibatalkan di saat perkenan belum diberikan.

Agong sebaliknya bertitah yang ordinan tersebut perlu dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi memenuhi Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Jika perbahasan dibuat, ia akan membawa kepada undian untuk menentukan pembatalan ordinan tersebut dan berisiko mendedahkan tahap sokongan yang dimiliki Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat.

Agong amat dukacita, pembatalan Ordinan Darurat belum diperkenan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana ia belum diperkenankan baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, semasa majlis menghadap secara maya 24 Julai lalu bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan, tidak dilaksanakan.

“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

“Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen.

“Ia bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara, malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahli Parlimen Kota Bharu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Foto RTM

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka menegaskan bahawa dalam pemerintahan Raja Berperlembagaan dan sistem Demokrasi Berparlimen bertunjangkan prinsip keluhuran perlembagaan, semua pihak perlu mematuhi kedaulatan undang-undang.

“Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda,” katanya.

Beliau berkata, Seri Paduka juga sedia maklum akan perlunya baginda bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti terkandung dalam Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Namun katanya, Seri Paduka menzahirkan pandangan bahawa baginda, selaku Ketua Utama Negara mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran jika berlaku sebarang tindakan yang tidak berperlembagaan oleh mana-mana pihak, khususnya mereka yang melaksanakan fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan kepada pihak kerajaan di atas pelaksanaan persidangan Parlimen yang bermula Isnin lalu.

Ini sejajar dengan saranan Raja-Raja Melayu dalam Perbincangan Khas yang telah diadakan pada 16 Jun lalu supaya persidangan Parlimen dapat diadakan sebelum tamatnya tempoh Darurat.

Sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini, bertukar kecoh sebaik sahaja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun membacakan kenyataan media Istana Negara mengenai Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat ketika perbahasan mengenai pakej rangsangan ekonomi diadakan. Keadaan semakin gamat dengan desakan Ahli Parlimen pembangkang yang menuntut supaya usul dikemuka di dewan bagi membincangkan mengenai kenyataan Istana Negara yang memaklumkan kekecewaan Yang di-Pertuan Agong mengenainya.

“Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan ini menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera,” katanya.

Dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, Isnin lalu, Takiyuddin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat 1 Ogos ini.

Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan berkuatkuasa 21 Julai lalu.

Sumber MSkini/Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Agong boleh dapatkan penjelasan sebelum keluarkan kenyataan – Zuraida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*