Saya Terpaksa Menyamar Pakai Topeng, Kutip Dan Jual Tin-Tin Kosong – Ropie

Jika dilihat dari gaya dan ekspresi mukanya, dia seperti seorang manusia yang tidak punya msaIah.

Senyuman dan tawanya menjadi topeng wajah. Siapa yang tidak kenal dengan Ropie? Pelawak yang kini menjadi dambaan ramai pengarah dan penerbit.

Pemilik nama sebenar Zahid bin Tajuddin ini seakan boleh berbangga dengan pencapaian dalam industri seni tanah air tatkala rakan seangkatan kumpulan Cecupak bagaikan hilang arah.

Pun begitu, bukan mudah untuk dia berdiri dalam ruang hidupnya kini.

Segala kenikmatan harus dibayar dahulu dengan jerih perih. Sukarnya hidup sebagai anak seni. Itu permulaan bicara insan yang cukup berjiwa hamba ini.

MemuIakan langkah sebagai anak seni sekitar tahun 1997, anak kelahiran Padang Rengas, Taiping, Perak ini memahat nama sebagai salah seorang ahli kumpulan lawak, Cecupak. Namun, ketika itu mereka bersaing hebat dengan Senario.

Pernah terpaksa kutip dan jual tin kosong

” Zaman kejatuhan saya tahun 1999-2000 selepas kumpulan Cecupak dibubarkan memang ‘sak1t’ waktu itu.

” Ketika itu, nak kais pagi makan pagi pun susah. Saya pernah kcewa dengan industri ini dan diri sendiri sehingga pulang ke kampung halaman.

” Balik-balik tengok ada seguni tin depan pintu. Rupanya arwh abah dan mak kutip tin untuk dijual.

” Malah pernah dulu saya terpaksa menyamar pakai topeng, kutip dan jual tin-tin kosong. Waktu tu memang susah, anak pula kecil lagi. Selain tin saya juga jual bateri-bateri dan juga suratkhabar.

” Ketika itu, jiwa saya hancvr. Saya seperti tidak berguna. Tetapi segala kesusahan hidup di ibu kota saya telan seorang. Tidak mahu menyusahkan mereka. Jadi saya tolong kutip tin, bateri lama dan macam-macam lagi.

” Saya janji umur 45 kalau tak berjaya akan cari kerja tetap tak kisahlah terpaksa jadi pengawal keselamatan atau sebagainya.

” Saya tak malu buat kerja-kerja apapun. Tapi bila tengok ada tawaran jadi saya teruskan. Itulah pengalaman hidup saya dahulu. Kalau ingat semula, berderai air mata.

” Nikmat yang dimiliki sekarang adalah rezeki terhebat Tuhan. Benar kata orang, bersusah dahulu, senang kemudian.

” Tidak akan saya pernah lupa keperitan hidup ketika itu,” katanya perlahan.

Gambar: Ropie bersama isterinya, Syirin

Kini meniti populariti

Namanya memuncak sekitar tahun 2017 selepas menjawakan watak Nayan dalam filem pecah panggung, Hantu Kak Limah. Ramai yang mula perasan bakat sebenar Ropie yang mungkin sebelum ini dipandang sepi.

Malah, watak Pak Kodi menerusi sitkom JKKK benar-benar meletakkan Ropie dalam liganya tersendiri. Di usia lima dekad, dia berjaya merealisasikan impian. Tidak mudah ya. Jauh perjalanannya.

” Saya pernah sahaja sapu semua tawaran yang ada. Asal ada duit. Ketika itu, bayaran RM50 sehari pun saya sapu.

” Walaupun di sudut hati, bayaran itu tidak setara kudrat yang dicurah. Namun, itu kan rezeki?

” Sekarang, saya sudah mula fikir faktor usia. Kalau hendak berlari-lari, watak aksi itu mungkin kena fikir dua tiga kali. Kalau dulu semua watak saya belasah tetapi sekarang kasihan dekat tulang belulang semua. Sakit.

” Malah sebelum berlakon, saya akan lebih banyak mendiamkan diri, kumpul tenaga. Takut nanti tercungap-cungap.

” Bagi tenang diri dan fikir apa yang hendak dilakukan. Hendak berjenaka ini tidak mudah,” katanya.

Diaju soalan, tidakkah dia mahu mencuba watak berbeza selain komedi, bagi Ropie, nikmat Tuhan yang kini dinikmati harus disyukuri. Bukan tidak pernah mencuba, namun lebih baik andai dia terus di liganya sendiri.

Dia pernah berdoa, semoga Allah memakbulkan impian untuk bergelar pelawak dan punya nama pentas berbeza selain nama asalnya. Maka, apa yang dinikmati adalah anugerah Tuhan atas doa-doanya.

Tidak gemar berkongsi hal peribadi, Ropie berkata, pendekatan itu diambil bukan kerana mahu berahsia, sebaliknya dia inginkan keluarganya menikmati kebebasan tanpa dibebani tumpuan.

” Saya hidup gembira bersama isteri, Syirin yang turut bertindak sebagai pengurus. Kami mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun lalu dan sejak itu, dia yang mengurus dan menyusun jadual kerja saya.

” Saya tahu, jika diuruskan orang lain, saya akan jadi agak manja. Saya bersyukur dengan kehadiran Syirin dan apabila dia ada di sisi, tiada wanita lain yang berani mendekati,” ujar Ropie.

Sumber: Utusan, Keluarga Dan Wikipedia via Aka Sohor

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

1 Comment

  1. Saya pun pernah kutip tin , jual besi buruk..sehingga menjadi peraih besi buruk, .bila dh maju sikit..kne cantas, d tuduh curi besi buruk..terus stop

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*