Selepas Nama `Dipetik` Gara2 Berita Pelawak Terlibat Isu Pemerdagangan Manusia, Tauke Terus Muncul Beritahu Sesuatu

Kuala Pilah: Pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di sini, Ahad lalu.

Dalam serbuan pada 10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

K3tua Polis Da3rah Kuala Pilah Sup3rint3ndan Amran Mohd Ghani b3rkata, l3laki b3rusia 40-an itu ditahan dalam s3rbuan Ops Pintas ol3h Bahagian Siasatan J3nayah (JSJ) Ibu P3jabat Da3rah (IPD) Kuala Pilah s3l3pas m3lakukan risikan.

“M3n3rusi Ops Pintas, kami b3rjaya m3nahan s3orang l3laki dan m3ny3lamatkan s3orang wanita b3rk3turunan M3lanau daripada m3njadi mangsa p3m3rdagangan manusia bagi tujuan 3ksploitasi s3ks.

7 petunjuk pemerdagangan manusia | Harian Metro

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon bimbit.

“Suspek direman selama empat hari manakala mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

“Suspek juga dikenakan kompaun bagi kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang itu,” katanya.

Pelawak Tauke beri penjelasan,

Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan

Tauke nafi 'bapa ayam' yang ditahan

Pelawak Tauke menafikan dirinya adalah individu yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Ahad lalu.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria menegaskan, dia tiada kaitan dengan penangkapan yang dibuat.

“Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu.

“Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

“Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Tauke, biarpun namanya antara yang ‘dipetik’ netizen namun dia tidak marah sebaliknya menganggap ia sesuatu yang lucu.

“Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini.

“Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini.

“Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini,” katanya.

Biodata Dan Latar Belakang Pelawak Tauke Jambu | Iluminasi

Sementara itu, isterinya, Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya mempunyai kaitan dengan jenayah terbabit, sebaliknya berada disisinya ketika ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.

Dalam serbuan pada jam10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

Sejak berita itu disiarkan, nama Tauke antara individu yang disebut-sebut warganet.

Sumber Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Selepas Nama `Dipetik` Gara2 Berita Pelawak Terlibat Isu Pemerdagangan Manusia, Tauke Terus Muncul Beritahu Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*