Netizen ‘Petik’ Nama Joey Daud Kerana Deskripsi Pelawak Umur 40an Dan Pernah Naib Juara Maharajalawakmega. Sekali Isteri Joey, Watie Elite Tunjuk Ini

Netizen masih berteka teki tentang siapakah pelawak yang pernah jadi Naib Juara Maharajalawak Mega dan berumur 40an.

Antara nama nama yang dipetik adalah Tauke Jambu dan Shahrol Shiro tetapi netizen memetik satu lagi nama iaitu Joey Daud daripada kumpulan Joras.

Tauke Jambu telah keluar kenyataan bahawa dia tidak terlibat dan Shahrol Shiro juga telah pun mengeluarkan kenyataan.

Dari semalam Joey Daud tidak menunjukkan apa apa aktiviti di akaun sosial media beliau dan netizen mula merasakan pelawak yang ditanggkap adalah Joey Daud.

Hari ini isteri Joey Daud telah memuatnaik satu video menunjukkan bahawa suami dia elok je duduk kat rumah.

Video yang dimuatnaik di instagram story Watie Elite jelas menunjukkan Joey berada dirumah.

“Elok je laki i ada kat rumah, kenapa cakap laki i ok ke tak ok” – Watie Elite

Dalam video tersebut kelihatan Joey Daud sedang bermain patung gajah.

Video:

Jadi siapa sebenarnya pelawak tersebut? Netizen kembali berteka teki dan pihak poliss tiada keluarkan apa apa kenyataan rasmi mengenai identiti pelawak tersebut.

Shahrol Shiro Pula Kena Petik Netizen Terlibat Pemerdagang4n W4nita. Shahrol Turut Dedah 3 Lagi Nama Turut Terkena

Selepas pelawak Tauke Jambu menafikan dirinya individu yang dit4han kerana dis.yaki terlibat dalam kes pemerdagangan wanita atas tujuan seks, rakan selebriti dalam arena lawak iaitu Shahrol Shiro pula menerima tempias.

Turut menolak dakwaan tersebut, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 37, meminta artis yang berkenaan tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi membersihkan nama pelawak-pelawak lain.

“Orang ramai ingat saya sebab kumpulan Shiro pernah jadi naib juara juga, sepatutnya netizen kalau nak tahu mereka kena cari lagi siapa bekas-bekas naib juara program itu.

“Malah individu berkenaan juga perlu tampil beri kenyataan bahawa dia ditahan untuk bantu siasatan…setidak-tidaknya orang tidaklah buat tembakan rambang teka pelawak itu saya dan beberapa nama pelawak lain pun disebut netizen seperti Mamat Sepah, Ali Puteh dan Shuk Sahar.

Perkongsian Shahrol di Instagram

“Kawan-kawan pelawak lain semua terkena, tak adil… kalau dia bagi kenyataan mengaku ditahan untuk membantu siasatan pun dah boleh menjernihkan keadaan.

“Saya bukanlah nak salahkan dia sebab setiap orang ada dosa masing-masing. Tapi dengan cara macam itu sahaja netizen tidak akan tunding jari kepada pelawak lain, itu sahaja caranya,” katanya ketika dihubungi.

Menerusi laporan pada Selasa, seorang pelawak yang popular menerusi program Maharaja Lawak Mega direman empat hari bagi membantu siasatan polis atas dakwaan kes pemerdagangan manusia.

Suspek ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ahad.

Tauke menafikan bukan beliau

Dalam serbuan itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang.

Namun selepas tiga hari ditahan, pelawak berusia 40-an itu akhirnya dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa.

Sementara itu, Shahrol mengingatkan netizen agar tidak mudah menuding jari menuduh seseorang sehingga boleh menimbulkan fitn4h.

“Itu bukan saya, terima kasih kerana bertanya dahulu dan kepada yang komen dengan terus men.uduh saya, saya tidak mahu kalian merangkak di Padang Mahsyar mencari saya dan fokus pada d.osa-d.osa yang lain kerana saya dah memaafkan anda.

“Buktinya saya berumur bawah 40-an, terima kasih kerana mengambil berat tentang saya,” katanya.

Update Terkini dari PDRM

Pemerdagangan manusia: Pelawak bebas dengan jaminan polis

Pemerdagangan manusia: Pelawak bebas dengan jaminan polis

Seorang lelaki yang dipercayai pelawak terkenal dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa selepas ditahan sejak Ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia dan eksploitasi se.ks di Kuala Pilah.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, siasatan kini masih berjalan seperti biasa sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

“Selepas keterangan individu berkenaan diambil, kita telah membebaskannya pada semalam.

“Bagaimanapun siasatan lanjut tetap dijalankan seperti biasa sebelum kes itu dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP),” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan, lelaki terbabit dipercayai pelawak berusia 40an itu ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah menerusi serbuan Op Pintas.

Difahamkan, polis turut berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau sewaktu serbuan berkenaan.

Polis turut memberitahu, lelaki tersebut turut berdepan tindakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan siasatan masih kekal mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyelu.dupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan huku.man pen.jara tidak lebih 15 tahun serta den.da jika sabit kesalahan.

Justeru, pihaknya turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi agar tidak mengganggu siasatan.

“Kita (polis) tidak tahu dia pelawak jadi jangan keruhkan keadaan bagi ruang pada pihak polis selasaikan siasatan.

“Walaupun telah bebas tetapi siasatan masih berjalan jadi saya mohon orang ramai jangan buat spekulasi,” katanya lagi.

Sumber Rujukan : Astro Awani / IG Watie Elite / IG Joey Daud

Artikel: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*