“Bayang pun tak nampak..” – Fendy Caliph Buskers tunggu janji diberi rumah PPR

Selepas hampir sebulan, pemain dram kumpulan Caliph Buskers Fendy Adlun masih menanti perkembangan mengenai status permohonan rumah mampu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ingin dimilikinya.

Pemain dram berusia 30 tahun itu sebelum ini menarik perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun selepas menghadapi masalah kewangan bagi membayar rumah sewa.

Menurut laporan Harian Metro, Rina yang melawat di kediamannya di Sentul pada 10 Julai lalu telah berjanji bahawa pihak mereka akan menguruskan permohonan rumah itu secepat mungkin.

“‘Bayangan’ rumah yang memang saya harapkan sangat tidak tahu lagi statusnya macam mana. Ikutkan saya, sudah isi segala borang dengan maklumat lengkap diperlukan.

“Cuma, surat akuan sumpah mengatakan saya kerja sendiri tidak dapat disertakan kerana tiada pejabat pesuruhjaya sumpah dibuka sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Dia yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan berkata, pihak DBKL ada menghubunginya beberapa kali namun tiada individu yang boleh dirujuk menyebabkan proses tersebut menjadi tergendala.

Malah, dia juga masih belum mendapat sebarang jawapan walaupun telah memohon bantuan seperti Elaun Pekerja Cacat (EPC) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitumal.

“Sekarang ini, saya hanya mengharapkan untuk dapat rumah mampu milik itu sahaja. Ini kerana, bayaran sewa bulanannya tidak tinggi dan jika ada lebihan pendapatan boleh saya buat simpanan masa depan,” ujarnya.

Terdahulu, Fendy menyara anak perempuannya Nur Azalea Zafirah yang juga cacat penglihatan dan autisme mengadakan persembahan ‘busking’ menerusi Facebook page bagi memohon sumbangan selepas pendapatan terjejas akibat Covid-19.

Rina Harun mohon maaf suapkan anak Fendi Caliph Busker, zahir terima kasih atas teguran

Rina Harun mohon maaf suapkan anak Fendi Caliph Busker, zahir terima kasih atas teguran

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun memohon maaf atas tindakannya menyuapkan anak perempuan penyanyi Fendi Caliph Busker ketika menyantuni keluarga terbabit di ibu negara pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan media, Rina antara lain menzahirkan permohonan maaf itu susulan tindakannya itu yang mendapat banyak komen daripada orang ramai.

“Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin akan pematuhan SOP dalam usaha menangani penyebaran wabak COVID-19.

“Berikutan berita yang tular berkenaan tindakan saya menyuapkan makanan kepada seorang kanak-kanak OKU bernama Nur Azalea Zafirah, berusia 6 tahun yang merupakan anak kepada saudara Fendi Adlun, pemuzik Caliph Buskers.

“Saya memohon maaf andai kiranya tindakan responsif saya tidak menyenangkan mata dan menimbulkan persoalan dan kebimbangan kepada sesetengah pihak,” jelasnya.Tambah Rina, kanak-kanak tersebut mengalami cacat penglihatan dan autisme. Malah kanak-kanak itu tambahnya, tidak mampu makan sendiri dan perlu dibantu.

“Untuk makluman semua, kanak-kanak tersebut merupakan seorang kanak-kanak OKU penglihatan dan autisme yang mana anak ini berada dalam keadaan kurang ceria ketika ketibaan saya.
“Namun kanak-kanak tersebut beransur ceria dan tenang apabila dipujuk dan ditawarkan hidangan makanan yang saya bawa. Bapa beliau sendiri memaklumkan bahawa anaknya tidak mampu makan sendiri dan perlu dibantu dalam menyuapkan makanan kepada anaknya.

“Hati saya menjadi lebih tersentuh apabila kanak-kanak tersebut sendiri menyebut “Nak Aunty suapkan…” kepada saya. Untuk tidak menghampakan anak istimewa ini, saya terus menyuapkan makanan tersebut sebagai sebahagian pendekatan psikososial dalam menzahirkan rasa kasih saya sebagai seorang wanita kepada kanak-kanak apatah lagi buat insan yang kurang bernasib baik ini,” jelas Rina lagi.

Tegasnya, beliau sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri setiap masa dengan menggunakan sanitasi tangan sebelum dan selepas menyantuni kumpulan sasar yang memerlukan bantuan.
Bagaimanapun, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih terhadap orang ramai yang sedia menegurnya bagi memperbaiki tugasan sehariannya.

“Terima kasih sekali lagi buat komen-komen yang membina yang diberikan dalam usaha memperbaiki tugasan, amanah dan tanggungjawab kebajikan yang saya usahakan.

“Semoga kita terus dilindungi dan keluar dari kemelut pandemik COVID-19 ini dengan segera,” jelas Rina lagi.

Kejadian itu tular dalam media sosial apabila Rina didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal malah menyuap anak orang secara sentuh terus semasa kunjungannya ke kediaman Fendi pada pagi Sabtu.

Dalam lawatan itu Rina turut menyalurkan Bantuan Bakul Makanan kepada pemain dram kumpulan Caliph Buskers serta menyelaras proses permohonan OKU beliau setelah bantuan Elaun Pekerja OKU tamat pada tahun 2019.

Turut disampaikan, sumbangan tunai Yayasan Kebajikan Negara dan juga Tabung Bantuan Segera Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kunjungan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "“Bayang pun tak nampak..” – Fendy Caliph Buskers tunggu janji diberi rumah PPR"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*